Monday, May 31, 2010

teruskan..

Bismillah walhamdulillah..

Teruskan doa dan solat hajat untuk kejayaan misi bantuan kemanusiaan Lifeline4Gaza menghadapi serangan daripada lanun-lanun Israel. Semoga Allah memusnahkan segala perancangan jahat Yahudi dan musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam.


[Qunut+Nazilah.bmp]

Terjemahan: Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu,
kami meminta ampun kepada Mu,
kami memohon petunjuk dari Mu,
kami beriman kepada Mu,
kami berserah kepada Mu
dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan,
kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu,
kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud,
dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu
kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam.
Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham,
Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada.
Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan
dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana,
hindarkanlah kami dari segala bala
kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah

[qunut-nazilah.jpg]

2 comments:

aku dr amin said...

ucapkanlah :

'anta rabbi la ilahaillallah".

azliani ismail said...

'anta rabbi la ilahaillallah, muhammad rasulullah'