Thursday, December 23, 2010

kempen 2



bismillah walhamdulillah..

masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk menulis..
bahang pilihanraya PERUBATAN mesir sudah mencapai kemuncak..esok 24/12, kita akan melihat berapa ramai ahli PERUBATAN yang bakal turun mengundi calon pilihan mereka..memilih pemimpin adalah tanggungjawab kita sebagai ahli dan pemilihan yang dibuat bukanlah satu pemilihan yang biasa kerana jatuh bangun
sesuatu persatuan itu bergantung kepada kredibiliti pimpinan untuk menyelesaikan setiap masalah yang timbul..

jadi, setiap ahli perlulah membuat pilihan yang tepat..ahli juga bertanggungjawab terhadap pemimpin yang dipilih..apabila anda telah mengundi calon kesukaan anda, maka menjadi tanggungjawab anda untuk membantu calo
n tersebut dalam menerajui kepimpinan yang dipegang..

"Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada ak
u selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku"~Umar bin Abdul Aziz~

Dalam detik-detik terakhir sebelum pilihan raya ini, saya menyeru seluruh sahabat-sahabat, mahasiswa PERUBATAN yang bijak dan berdedika
si, untuk kita sama-sama turun mengundi dan gembeleng tenaga dalam membangunkan persatuan yang kita cintai ini ^_~

Buatlah pilihan dengan sebaiknya dan sentiasa berdoa semoga Allah merahmati usaha kita dalam membentuk mahasiswa PERUBATAN yang unggul dari segi syakhsiah dan akademik serta mampu membantu masyarakat Malaysia terutamanya apabila kita berkhidmat di tanah air kelak..

wallahua'lam..

calon pilihan saya

sila klik



calon2 tahun 2 yang mampu menjadi pelapis
kepimpinan PERUBATAN di masa hadapan

azhar


cairo


ASU (cayalah korang ^_~)





selamat mengundi buat warga PERUBATAN yang disayangi ^_~

Tuesday, December 14, 2010

kempen ep1

bismillah walhamdulillah..

bumi mesir sudah kembali sejuk..sejak dua me
njak ni, suhu di cairo mencecah 12-20 darjah celcius..tapi bukanlah post kali ni nak bercerita tentang keadaan sejuk yang melanda mesir, tapi mengenai pilihan raya PERUBATAN pusat bagi sesi 2010/2011 yang bakal berlangsung pada 24/12/2010 nanti..

jadi, kepada seluruh warga PERUBATAN sama ada yang berada di kaherah mahupun muhafazah-muhafazah lain, anda semua amat-amatlah digalakkan untuk turun mengundi calon yang anda rasa mereka layak untuk memegan
g amanah sebagai AJKT PERUBATAN yang baru..anda adalah penentu kecemerlangan PERUBATAN pada masa akan datang..

sila klik di sini

juga di sini


jika tanya siapa yang akan saya undi??..

maka saya akan jawab: "saya lebih prefer aimi athirah sebagai timbalan presiden 2.."


"dan tentunya aizum nadirah adalah antara ajkt akhawat yang akan saya undi.."

ok..jumpa lagi ^_~



Friday, December 3, 2010

petang nan damai...

bismillah walhamdulillah...

post kali ini saya ingin kongsi dengan saudara-saudari mengenai emel yang saya dapat daripada seorang sahabat..semoga kisah yang dipaparkan menjadi penyuntik semangat buat kita semua yang bergelar khalifah..selamat menghayati......

Angin petang itu amat damai. Menyapa lembut. Dedaun kering jatuh ke tanah tanpa sebarang bunyi. Awan berliuk-liuk dilangit biru menampakkan lagi indahnya ciptaan Allah.Di atas pelankin kayu aku duduk bersama sang ayah. Wajahnya tenang. Setenang bayu pagi.


Sambil menghirup jus tembikai kami bersembang dan bermesra. Bukan sentiasa begini. Sang ayah amat jarang dirumah. Sentiasa sibuk dengan urusan dakwah dan tarbiyah. Urusan ummah.

Kami membicarakan pelbagai tajuk dan agenda. Amat menarik bila jiwa remajaku diselubungi pengalaman-pengalaman sang ayah dalam kancah dakwah. Perit dan manis yang sang ayah tuturkan membuat aku seolah-olah turut sama berada disituasinya.Ketika kusyuk aku memasang telinga menadah motivasi dari sang ayah tiba-tiba seorang lelaki dari jauh datang ke arah kami.

Ku lihat wajah lelaki itu sugul. Sedih dan seolah tidak bermaya.


Seusai memberi salam kepada kami lelaki tersebut terus menangis dan memeluk sang ayah. Aku hairan. Mengapa begitu?


Sang ayah tenang. Mungkin sudah dapat membaca suasana. Sudah pasti. Pengalaman tua sang ayah yang mengajarnya mengerti semua tentang kehidupan. Termasuk perihal mad’u.


Sang ayah mengusap lembut rambut lelaki tersebut. Dengan wajah yang tenang sang ayah bertanya.


“Mengapa akhi? Apakah yang menimpa kau sehingga kau jadi begini?”


Tangisan makin reda. Pelukan makin terlerai. Dengan mata yang berkaca sang lelaki memandang wajah tenang sang ayah. Mulutnya cuba untuk menuturkan bait dan kata.


“Abi..jiwa ana resah dan gelisah kala ini. Hati ana sering luka. Ana merasakan hidup ana sangat terganggu. Masalah pula tidak putus datang dan terus menimpa. Aktiviti jamaah tidak menenangkan jiwa ana. Terkadang ana merasakan ana hendak meninggalkan jalan ini. Tetapi ana sayangkannya. Ana tidak mahu menjadi manusia yang lari dari hidayahNya. Akademik menjadi bebanan dan sering jua ana merasakan kecewa dengannya.”


“Abi..bagaimana sekarang? Apa yang perlu ana lakukan? Ana….”


Tidak sempat menghabiskan katanya sang lelaki kembali menangis. Aku melihat air matanya pantas meluncur dipipi.


Sang ayah kembali mengusap rambut sang lelaki. Memujuk.


Sang ayah menjawab.


"Abi tidak melihat ini suatu masalah lain melainkan ia berpunca dari diri kita sendiri."

Pabila nta mengelarkan diri nta dai’e ilallah apa persiapan nta?

Bagaimana tahajjud nta setiap malam?


Sang lelaki terpinga diajukan soalan sebegitu.


Berapa masa yang nta sediakan untuk menghadap Allah Ta'ala di waktu qiyamnya setiap malam?

Apakah seorang da'ie mujahid akan dialpai oleh Allah Azz wa Jalla bila di saat orang tidur sang dai'e merintih..merayu..mengadu padaNya..? Tidak. Tidak mungkin.


Bagaimana aurad quran nta? Al Waqi'ah..Al Mulk..Yaa Sin.. dan lain-lain. Semuanya surah-surah yang amat berkuasa membina kekuatan ruh..kekuatan iman..kekuatan keyakinan. Menghapuskan kotoran-kotoran dosa..menambahkan bekalan pahala yang mampu menaikkan darjah ketenangan dalam hati para dai'e ila Rabbil Jalil...


Bagaimana pula solat nta? Yang mengandungi sentuhan-sentuhan ruhi ....unsur-unsur ta'abudan ( pengabdian ), tasliman ( penyerahan ), takhasyua'an ( khusyu'), tabazzulan ( kehinaan diri ), takhaddu'an ( kerendahan hati), tamalluqan(kerinduan).. yang sayugia membina jiwa hamba dalam diri para da'ie mujahid.... Sering kali seseorang itu tidak menemui hatinya di dalam solat..sehingga solatnya tidak ada ruh yang dapat menghidupkan jiwanya..


Bagaimana wirid dan zikirnya..yang sepatutnya menghidupkan hati..menyalakan ingatan, kerinduan. keasyikan kepada Allah Rabbul Jalil...membuahkan kemulian..menumbuhkan sifat-sifat mahmudah..membersih dan menggilap dari noda dosa..


Abi sukar mempercayai ..seorang da'ie yang istiqamah dengan wasilah-wasilah tarbawi akan resah jiwanya..tertekan hidupnya. Muhasabahkanlah kembali hati nta. Laraskan kembali iman nta.

Yakinlah, bila nta beristiqamah dengannya, insyaallah nusrah Allah pasti berbondong-bondong datang. Dari segenap pelusuk. Dari semua arah. Tanpa disangka-sangka.


Aku mendengar dengan teliti setiap bait kata sang ayah. Bagiku ia juga nasihat untukku. Ya, nasihat yang amat berguna saat iman aku goyah.


Sebaik sahaja sang ayah seusai menutur bicara, sang lelaki terus memeluk sang ayah. Makin kuat tangisannya. Lama mereka berdakap. Sang lelaki membisikkan sesuatu pada sang ayah. Terlalu perlahan. Aku tidak mendengarnya. Akhirnya tangisan sang lelaki reda. Reda dalam dakapan sang ayah.


Aku melihat wajah sang lelaki agak berbeza. Seolah sudah mendapat sesuatu yang diingini, senyuman kecil terlukir dibibir. Tanda puas. Walau mata masih berkaca. Tenang kembali.


Sang lelaki meminta izin mengundur diri. Aku menyalaminya dengan sopan sambil menghadiahkan senyuman dan doa bersama. Moga sang lelaki ini mendapat ketenangan walau dalam keperitan dan mendapat kemanisan perjuangan walau dicaci oleh manusia yang mencaci.


Moga aku jua begitu.


junaidiahmad

kelanafaqir.blogspot.com


(Diolah dari satu muhasabah oleh ABi - http://takwinfardilmuslim.blogspot.com/)

Wednesday, December 1, 2010

mencuci rumah~

bismillah walhamdulillah~

lama jemari tidak menaip. meninjau blog sahabat2, diri terasa inferior. kesibukan kekadang mengabitkan manusia mudah lupa pada hakikat sebenar sebagai seorang pendakwah. membisu tidak beerti kaku. bukan jua kerana tewas. tapi kebisuan untuk mencari nilai sebenar kehidupan. bermuhasabah dengan apa yang terjadi.

Allah menganugerahkan kita dengan kesenangan. namun perlu diingat bahawa kesenangan bukan untuk diraikan dengan semeriah-meriahnya, tapi sebagai peringatan. kesusahan yang dialami bukan beerti mendung itu milik kita selamanya. pasti suatu waktu, pelangi kejayaan bakal menjadi milik kita. sesungguhnya Allah Maha Adil untuk semua makhluknya.

wallahua'lam..

~sekadar mencuci rumah yang berhabuk~