Friday, September 18, 2009

salam aidilfitri

Aidilfitri sudah menjelang tiba. sedih bercampur gembira mengenangkan ketibaan Syawal. sedih kerana terpaksa berpisah dengan bulan Ramadhan yang terasa seperti hanya seketika cuma. adakah masih dapat kurasai nikmat Ramadhan pada tahun hadapan? perasan gembira pula kerana adik-beradikku yang berada di luar kelantan sudah pulang cuma menanti ketibaan seorang lagi abangku yang ketika ini baru bertolak dari batu caves. semoga dia dan isteri selamat tiba.

sudah lama aku tidak merasai saat-saat seperti ini di mana semua adik-beradik berkumpul di rumah ma dan ayah sama ada yang dah berumah tangga mahupun yang masih bujang. pasti meriah raya kali ini dengan suara ceria anak-anak saudaraku yang semuanya lincah bermain. berbeza ketika menyambut raya di perantauan bersama sahabat-sahabat.

Ya Allah, berkati dan rahmatilah kami sekeluarga supaya sentiasa di bawah rahmat-MU..amiin

semoga Ramadhan yang bakal berlalu memberi sejuta kenikmatan buat kita dan diampunkan segala kesilapan kita yang lalu. semoga kita sentiasa istiqamah dengan ibadat-ibadat yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan ini dan semoga masih diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

salam aidilfitri kepada semua sahabat dan pengunjung blog ini.