Saturday, February 20, 2010

::dah nak sekolah::

بسم الله الرحمان الرحيم

 

Esok sekolah!!!???


Cepatnya waktu berlalu..


Cuti 2 minggu bakal berakhir..


bermakna kami akan memulakan kembali tugas sebagai pelajar..


menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan kuliah dsb..


Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang 2 minggu ini..


Rindu, sayu, suka dan duka silih berganti..


Sahabat datang dan pergi..


Pastinya menggamit memori untuk terus memahatkannya di minda dan sanubari..


:::TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA MEMBERI PELAJARAN DAN PENGAJARAN BERGUNA BUAT KAMI SEBAGAI PEDOMAN DI MASA DEPAN:::


Berikan kekuatan kepada kami untuk kami terus melangkah..


Jangan lekakan kami dengan kenangan itu..


Semoga kenangan itu memberi kekuatan kepada kami dan bukan semakin melemahkan kami..


Pahatkan dalam hati kami:


1. waktu MUDA sebelum tibanya TUA


2. KAYA sebelum MISKIN


3. SIHAT sebelum SAKIT


4. LAPANG sebelum SEMPIT


5. HIDUP sebelum MATI


~Terima kasih sahabat2, kakak2 dan adik2 yang telah mewarnai musim cutiku dengan warna yang pelbagai..Semoga kenangan itu menjadikan kita lebih matang dlm hidup ini..


tak lupa salam imtihan buat sahabat2 dan adik2 yang bakal exam..


اللهم نجحنا في كل امتحان في الدين قي الدنيا والأخرة


Thursday, February 11, 2010

..::Jalan2::..

بسم الله الرحمان الرحيم

Jika cuti sebelum2 ni, saya selalu melawat mansurah, alex dan zaqaziq, cuti kali ni, saya berubah angin ke Tanta pula sebab xpernah ke Tanta kecuali masa kahwin k.bal ketika saya masih di tahun 1. Jadi bersama 4 orang junior, maka kami pun berangkatlah ke sana.

Sangat terharu melihat ukhuwah adik2. Walau sibuk study, masih sempat mengadakan majlis kesyukuran. Adik2 telah buktikan bahawa exam bukanlah penyebab untuk kita 'putuskan' sekejap ukhuwah kita, hanya berada dalam bilik study dan sebagainya. Tapi, time exam ni lah kita perlu lebih lagi menjaga hubungan sesama kita supaya kita sama-sama mendapat redha Allah..

"حبل من الله وحبل من الناس"

..semasa majlis kesyukuran..

..roti arab 'ish'..

..pemandangan dari bumbung rumah mereka..

..'kargo' kunci pagar (mcm ayat2 cinta plak ^_^)..

..masjid di Awalbah..
..berdekatan masjid ada kedai jual ais krim 1genih..
..teruja sebab kaherah jer xder ais krim cone 1genih..

..jogging di Stadium Tanta..

..سبحان الله..

..sempat lagi minta mak cik ni posing.he2..

Terima kasih kepada sahabat2 dan adik2 di Tanta yang menyambut baik kedatangan kami walaupun kalian akan memulakan exam selepas cuti berakhir. Cuti pun xterasa kalau exam selepas cuti. Apapun, moga Allah merahmati kalian dan memudahkan kalian untuk jawab exam nanti.
Minta maaf andai ada salah silap selama kami di sana...
Selamat hari lahir yang ke-19 buat syikin ^_^

.::Manusia akan terus berjaya selagimana ia meletakkan dirinya didalam agama..
walaupun bukan kejayaan didunia,
namun akhirat tetap menanti kerana itulah kejayaan hakiki..
Sebaliknya andai manusia menjauhkan diri dari agamanya sendiri,
ia akan terus binasa
walaupun kejayaan dunia sedang dikecapinya
namun itu bukanlah yg kekal abadi::..

:::Insya Allah, Kejayaan menanti bagi sesiapa yang berusaha dan bertawakal sepenuhnya kepada ALLAH:::

Tuesday, February 9, 2010

::Ma'arad oh ma'arad::

بسم الله الرحمان الرحيم


pintu masuk

suasana sekitar ma'arad

pintu masuk kawasan Arab Saudi

buku dalam BM ada dijual di sini

suasana dalam kawasan Arab Saudi

replika Masjidil Haram

replika Masjid An-Nabawi

Al-Kaabah As-Syarif

apabila tiba wktu solat..inilah keistimewaan kat sini, solat di mana2 sahaja bila tiba wktu solat, walau di tanah lapang (Islam xpernah menyusahkan umatnya ^_^)

menjamu selera di medan selera b4 balik

Memang ma'arad kutub ni adalah antara bookfair yang terbesar yang pernah saya ikuti. Kalau sehari memang tak berpeluang melawat semua tempat. Jika ada rezeki, insya Allah akan pergi lagi buat kali ke-2 sebelum tamat 13hb ni.

Wallahu'alam....

Monday, February 8, 2010

Mabruk::..

بسم الله الرحمان الرحيم

Sekalung tahniah kepada k.naimah dan abg isra' kerana dah selamat mendirikan rumah tangga pada 5 feb yang lalu. Alhamdulillah makin bertambah bait muslim perubatan di sini. Itulah yang sebaiknya, apabila sudah sampai masa dan ketika. Perhubungan yang halal dan diredhai akan lebih memberi ketenangan. Jadi kepada sesiapa yang sudah berpunya, alangkah lebih elok kalau di'upgrade' perhubungan tu ke arah yang lebih diberkati. Sesiapa yang belum berpunya, jangan risau, kalau dah tiba masanya, ia akan datang tanpa dijemput :p

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Mabruk juga kepada senior ain shams yang bakal mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ni. Insya Allah klau ada rezki, dapat join akad nikah tu nanti ;p


::bersama mencari keredhaan Allah::

Sunday, February 7, 2010

Tempoh khidmat wajib doktor di hospital dipendekkan???

07/02/2010 6:27pm

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerajaan sedang menimbang untuk memendekkan tempoh perkhidmatan wajib doktor di hospital kerajaan daripada lima tahun sekarang kepada empat tahun.

Beliau berkata, langkah itu dilihat dapat menarik para doktor untuk terus berkhidmat di hospital-hospital kerajaan secara sukarela.

"Memaksa mereka untuk berbuat demikian adalah tidak bagus,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan B-Nes Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang mengkhususkan kepada pengeluaran produk sarang burung, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah pada 27 Januari lalu bahawa kerajaan sedang meneliti untuk meningkatkan tempoh perkhidmatan wajib doktor di hospital-hospital kerajaan sehingga 10 tahun bagi mengatasi masalah kekurangan doktor.

Sektor awam dilaporkan berdepan dengan kekurangan doktor antara 14,000 dan 15,000 berbanding keperluan 25,000 orang, dan keadaan itu bertambah buruk apabila antara 300 dan 400 doktor meninggalkan perkhidmatan di hospital kerajaan lebih awal setiap tahun.

Kehadiran sekitar 3,000 doktor baru memulakan tugas setiap tahun juga tidak dapat menampung keperluan itu.

Tiong Lai berkata, keputusan mengenai pemendekan tempoh perkhidmatan wajib itu akan dibuat menjelang hujung tahun ini. – Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_26.htm

Thursday, February 4, 2010

:::Akhirnyaaa:::

بسم الله الرحمان الرحيم

Alhamdulillah akhirnya tepat jam 12.30 petang tadi,tamatlah mid year exam bagi kami pelajar tahun 3 Ain Shams University. Semua seakan-akan melepaskan nafas lega. Maknanya kami akan mula bercuti selama 2 minggu sebelum memulakan kembali kuliah sem baru. Inilah saat-saat yang dinantikan. Masing-masing dengan plan cuti tersendiri.

Plan hari ni, selepas exam, sepatutnya akan ke Ma'arad Kutub (42nd Cairo International Bookfair), tapi disebabkan sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, terpaksa ditunda. Jadi destinasi seterusnya selepas exam adalah.....

tempat tujuan:beli sotong

berbagai ikan dan udang

terima kasih: amu (pak cik) tempat kami beli sotong
yang ni plak tempat jual ayam segar..
anak kecil ini turut sama ibunya menjual carrot dan buah

Ini adalah kali pertama dalam sejarah hidup saya selama 3 tahun di Mesir menjejakkan kaki ke suuk (pasar) di Hayyu Thamin. Percaya tak?? sebab biasanya kami akan beli sayur dan ikan, ayam @ daging di kedai sayur dan ikan sekitar rumah aje sebab pasar jauh.

Tapi disebabkan ada sahabat kami dari Jordan yang menghabiskan cuti musim sejuk mereka di Mesir teringin sangat nak makan sambal sotong, sebab kat Jordan, seafood mahal kata mereka. Jadi, kenalah bagi muka sikit tambah2 salah seorang dari mereka adalah raidah kelas kami masa form 5 dulu..he2'happy K.husna ni chef masakan, katanya tak boleh hidup xmasak 5 hari, jadi dia plak
yang datang masak kat rumah kami..(sorry k.husna, pinjam nama)animal smileys

Hmmm...saya pula, semestinya cuti ni akan dipenuhkan dengan aktiviti sekitar Mesir (walau xlah jelajah seluruh Mesir)..Hajat di hati teringin juga nak jaulah ke Syria dan tempat-tempat lain, tapi tunggulah satu waktu yang mengizinkan..hmm, bila tu yer?? Mesir pun belum habis jelajah lagi..happy smileys
Yang penting...nak gi Ma'rad!!!!!! Ma'arad, tunggu peninggalan jejakku nanti...