Showing posts with label conteng2. Show all posts
Showing posts with label conteng2. Show all posts

Sunday, July 25, 2010

::finally::

Bismillah walhamdulillah..

akhirnya dapat juga sikit waktu untuk update blog. final exam dah pun berakhir 19hb yang lalu. dah habis exam, makin payah pula nak buka blog. time exam, tangan ni asyik gatal je nak buka blog. itu la cabaran musim exam. tambah-tambah sebab 24 jam kat rumah. dah abes exam ni jarang pula ade kat rumah
sengihnampakgigi.

habis je exam hari tu, saya dan ahli beit, cik Kabuto (bukan nama sebenar) terus ke rumah kelantan (kat sini ada banyak umah negeri..semua negeri ada). Al-maklumlah tepat ngan kitorang habis exam, rumah kelantan buat bazaria siswa (19-22hb)
celebrate. banyak la makanan yang dijual cam nasi kerabu (favourite rmai ni), nasi ikan keli percik, nasi ayam paprik, ABC, dan banyak lagi peace boleh kata tiap hari la jugak kami pergi. memang dah xmasak kat rumah. pada hari yang sama, rumah pahang dan terengganu pun buat bazaria juga. tpi kami xberkesempatan ke sana atas sebab-sebab yang xdapat dielakkan..ecece

hari terakhir bazar, kami disajikan dengan persembahan dikir barat dari ikhwah Kelantan. tapi saya pun xsempat tengok juga sebab petang tu badan rasa xsihat. kepala pening. terus balik rumah. lepas maghrib terus je tidoo.

hari ni terasa nak update blog..tapi xder la isi sangat pun post kali ni..saje nak menconteng-conteng sambil menunggu untuk berangkat ke alex..bercuti kat sana 2 hari sambil menjenguk sahabat2 kat sana yang dah lama xjumpa
peluk hehe

ok..kepada semua batch ASU especially 3 Kenanga (kanak-kanak ribena yang banyak ragam
menari), insyaAllah kita jumpa lagi untuk sesi depan (insyaAllah semua najah naik tahun 4). sama-sama doakan kejayaan buat semua. kepada yang dah berangkat dan akan berangkat ke TANAH SUCI MEKAH, jangan lupa untuk doakan kami di sini juga. moga diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke sana. kepada yang akan pulang ke Malaysia dan yang telah pulang, selamat bercuti dan manfaatkan waktu dengan sebaiknya. dan xlupa buat yang stay kat sini, ambillah sebanyak mungkin mutiara2, kelas2 pengajian sepanjang cuti ni sebagai bekal. kepada semua, selamat merebut peluang yang ada walau di mana kalian berada. semua mempunyai peranan masing-masing.kenyit

kanak2 ribena 3 Kenanga love



owh yer, sebelum terlupa..RAMADHAN pun dah semakin menghampiri..hari ini sudah 13 syaaban 1431 H..bermakna lebih kurang 2 minggu lagi pintu RAMADHAN akan terbuka..sudah bersediakah kita untuk melangkah ke arahnya?? Banyakkanlah amal ibadat kita daripada sekarang..semoga ianya berkekalan sampai bila2..selamat beramal
senyumkenyit

Ilalliqa'~

Sunday, July 4, 2010

:::

Bismillah walhamdulillah...

hari ni ade kelapangan waktu sikit untuk post dalam blog ni..
baru saja habis exam microbiology tadi..
hmm...soalan xder la susah pun, tapi jawapan yang susah
garupale
tawakal pada Allah..DIA yang bisa menentukan segalanya senyum

agak kelam-kabut la juga time jawab tadi
penat
mcq 50 soalan for 50 minutes..
essay 8 soalan ade anak2 dia dalam 3-6 soalan for 70 minutes

ala kulli hal, alhamdulillah sebab Allah bagi juga kekuatan untuk menulis

pengajaran untuk hari ni
senyumkenyit:
1. dalam dewan, baca doa banyak2
2. tenangkan diri dan tawakal pada Allah..mohon Allah bantu dalam menjawab exam
3. dah dapat soalan, cek betul2 : masa, bilangan soalan
4. jangan gelabah tengok soalan walaupun soalan susah..kalau soalan senang, jangan terlampau excited.
5. baca doa dan basmalah sebelum jawab
6. masa jawab, hanya ingat diri n Allah sentiasa bersama..usah hiraukan gangguan sekeliling
7. sebelum hantar, cek nama dan maklumat diri dan cek semua soalan, pastikan dijawab
8. doa dan hantar dengan selamat
9. kalau rasa diri jenis yang mudah nak menyesal, jangan bincang soalan lepas exam..tenang2 aja yok!!
10. tawakal...tawakal...tawakal...dan jangan sesekali menyesal...insyaAllah ada yang baik menanti..ameen
doa

p/s : nak xnak kena ulang lagi soalan tadi sebab esok ada oral microbiology..huhu..doakan kami yer..