Wednesday, June 9, 2010

...ilmu...

Bismillah wal hamdulillah..

Ilmu

Devotees

Ilmu bermanfaat benteng buat diri
Menjadi jurang yang berbeza
Antara bijaksana dan kejahilan
Antara mulia dan kehinaan

Kau ibarat permata
Yang berharga bermakna
Kau kepunyaan semua
Hadirmu adalah cahaya kepada manusia
Anugerah sang pencipta

Tanpa ilmu apa ada pada rupa
Tanpa ilmu apalah ertinya harta
Ilmu mentadbir diri sempurna
Masyarakat berilmu negara sentosa

Nasihat pada yang terlupa
Membantu menjadi insan berguna
Melenyapkan kemunduran juga

Menyapa pada kejayaan
Menjana pembangunan
Warnai kehidupan
Kebahagiaan..


dua tiga menjak ni asyik dengar lagu ni jer..
ya, Islam amat menuntut ummatnya menimba ilmu sebanyak yang mungkin..
sebab itulah pada permulaan Rasulullah S.A.W diangkat menjadi Rasul, Baginda di ajar perkataan "Iqra"..

ilmu Allah itu sangat luas..
bukan hanya apa yang dipelajari dalam kuliah sahaja..
bahkan lebih daripada itu..
belajarlah untuk mencari ilmu kerana kita tidak akan rugi sedikitpun..

dalam hadis 40 oleh Al-Imam An-Nawawi, hadis yang ke-36 (boleh rujuk kitab hadis 40 untuk matan penuh)


"Barangsiapa yang menuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga."


marilah sama-sama kita meningkatkan tahap ilmu kita bukan hanya untuk lulus exam semata kerana ilmu itu bukan hanya di dewan kuliah, malah bertebaran di merata dunia~

p/s : harapnya lepas exam ni pun, masih boleh berkepit dengan buku:p
kalau nak download lagu ni di sini

1 comment:

Anonymous said...

exam.. exam exam... stiap tajuk ad perkataan EXAM... bdak ni trauma dgn exam ak rasa.....haha