ntah mengapa rajin pula tangan hari ni nak menaip..hajat di hati nak 'puasa' dari blogging buat seketika..tapi bila terbaca post di blog wa, terasa nak tulis sesuatu
rindu sebenarnya pada mereka2 yang datang satu 'kapal' dulu (haih..duk 1 mesir pun dah rindu, tak tahulah bila masing2 dah kembali ke Malaysia nanti
Ingat lagi tak, kita sama-sama berkumpul di Alex masa cuti winter dulu? Seronokkan??? Main basikal, masak, makan, tidur, paling penting borak sama-sama (kalau dah namanya perempuan, bab ni mesti bila berjumpa..bukan jumpa selalu pun,msti la banyak cerita kan
Tapi, bila dah masing-masing sibuk sekarang, tanggungjawab pun makin banyak
Ketahuilah sahabat,
diri ini sentiasa mengingatimu,
apabila terasa rindu,
kenangan itulah yang sentiasa bermain di mindaku,
seronoknya hari itu biarlah berkekalan walau jauh di mata,
harapanku agar ukhuwwah yang kita bina ini,
berlandaskan hanya pada-NYA,
kerana hanya DIA yang bisa menyatukan hati2 kita,
andai kepada-NYA diletakkan segala pergantungan,
pastilah DIA akan sentiasa memelihara hamba-NYA.
xpandai nak bermadah pujangga macam orang lain
owh..sebelum terlupa, selamat pengantin baru buat k.kma..
semoga bahtera yang belayar bakal menuju 'destinasi yang diidamkan'
akhirnya ada juga yang start kawin dalam kalangan kami
p/s: salam imtihan buat semua..bittaufiq wannajah fil imtihan dunia wal akhirat..insyaAllah
sama-sama hayati lagu ni~