Sunday, July 25, 2010

::finally::

Bismillah walhamdulillah..

akhirnya dapat juga sikit waktu untuk update blog. final exam dah pun berakhir 19hb yang lalu. dah habis exam, makin payah pula nak buka blog. time exam, tangan ni asyik gatal je nak buka blog. itu la cabaran musim exam. tambah-tambah sebab 24 jam kat rumah. dah abes exam ni jarang pula ade kat rumah
sengihnampakgigi.

habis je exam hari tu, saya dan ahli beit, cik Kabuto (bukan nama sebenar) terus ke rumah kelantan (kat sini ada banyak umah negeri..semua negeri ada). Al-maklumlah tepat ngan kitorang habis exam, rumah kelantan buat bazaria siswa (19-22hb)
celebrate. banyak la makanan yang dijual cam nasi kerabu (favourite rmai ni), nasi ikan keli percik, nasi ayam paprik, ABC, dan banyak lagi peace boleh kata tiap hari la jugak kami pergi. memang dah xmasak kat rumah. pada hari yang sama, rumah pahang dan terengganu pun buat bazaria juga. tpi kami xberkesempatan ke sana atas sebab-sebab yang xdapat dielakkan..ecece

hari terakhir bazar, kami disajikan dengan persembahan dikir barat dari ikhwah Kelantan. tapi saya pun xsempat tengok juga sebab petang tu badan rasa xsihat. kepala pening. terus balik rumah. lepas maghrib terus je tidoo.

hari ni terasa nak update blog..tapi xder la isi sangat pun post kali ni..saje nak menconteng-conteng sambil menunggu untuk berangkat ke alex..bercuti kat sana 2 hari sambil menjenguk sahabat2 kat sana yang dah lama xjumpa
peluk hehe

ok..kepada semua batch ASU especially 3 Kenanga (kanak-kanak ribena yang banyak ragam
menari), insyaAllah kita jumpa lagi untuk sesi depan (insyaAllah semua najah naik tahun 4). sama-sama doakan kejayaan buat semua. kepada yang dah berangkat dan akan berangkat ke TANAH SUCI MEKAH, jangan lupa untuk doakan kami di sini juga. moga diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke sana. kepada yang akan pulang ke Malaysia dan yang telah pulang, selamat bercuti dan manfaatkan waktu dengan sebaiknya. dan xlupa buat yang stay kat sini, ambillah sebanyak mungkin mutiara2, kelas2 pengajian sepanjang cuti ni sebagai bekal. kepada semua, selamat merebut peluang yang ada walau di mana kalian berada. semua mempunyai peranan masing-masing.kenyit

kanak2 ribena 3 Kenanga love



owh yer, sebelum terlupa..RAMADHAN pun dah semakin menghampiri..hari ini sudah 13 syaaban 1431 H..bermakna lebih kurang 2 minggu lagi pintu RAMADHAN akan terbuka..sudah bersediakah kita untuk melangkah ke arahnya?? Banyakkanlah amal ibadat kita daripada sekarang..semoga ianya berkekalan sampai bila2..selamat beramal
senyumkenyit

Ilalliqa'~

Monday, July 12, 2010

.usaha lagi.

Bismillah walhamdulillah..

Masa balik dari oral pharma tadi, saya melihat 2 orang pakcik yang dah berusia, sedang berusaha mengejar bas yang dah agak jauh pun (bukan kejar dengan kereta cam dalam KCB yer
jelir). tapi mereka tetap juga tak putus asa untuk kejar bas tu. saya, kalau nampak orang kejar bas, memang sangat 'excited'. bukan apa, nak sangat supaya mereka dapat naik bas tu. ye la, kesian pula kalau kejar-kejar tapi xdapat naik bas tu. terutama kalau yang kejar tu pakcik yang dah berumur. sedih

kat Mesir ni, amalan kejar bas ni memang famous kecuali bagi akhawat=perempuan, biasanya pakcik bas akan berhenti (tapi kami pernah je kejar bas..hehe..lawak plak rasa..pengalaman
sengihnampakgigi)..ok, apa yang saya nak highlightkan kat sini adalah USAHA pakcik tadi. bagi kita yang melihat, mesti rasa xkan dapat dah naik bas tu sebab bas tu dah agak jauh pun. tapi dengan semangat dan keyakinan bahawa dia akan dapat juga naik bas tu, pakcik tu terus juga kejar. dan alhamdulillah memang dapat naik pun.

terfikir pula..kalau kita relatekan dengan hidup kita di dunia ni,macam tu. perlu berusaha untuk dapatkan sesuatu tanpa melupakan pergantungan dengan Allah. USAHA+DOA+TAWAKAL..insyaAllah kejayaan menanti..walau bukan sekarang, mungkin di masa depan..

ok,xder idea sangat sebenarnya
ketukmeje. saja ingin berkongsi cerita pakcik tu

bittaufiq wannajah semua, especially buat team ASU..
teruskan semangat untuk menghadapi paper last..
1 jer lagi paper yang tinggal..
yok semangat yok!!!
kenyit

Saturday, July 10, 2010

.penawar.

Bismillah walhamdulillah...

"Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami memberi nikmat Kami kepadanya dia berkata, 'Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku' Sebenarnya itu adalah ujian,tetapi kebanyakn mereka tidak mengetahui."
[Az-Zumar 39:49]



p/s: bersyukurlah sentiasa
senyumkenyit

Friday, July 9, 2010

.:mutiara:.

Bismillah walhamdulillah...

hari ni tiba-tiba plak rajin nak baca buku 400 kata-kata hikmah Saidina Ali bin Abi Talib K.W.H (tapi belum baca semua pun lagi
sengihnampakgigi)..tengah2 exam ni la rajin nak capai buku selain buku kuliah..jadi saya nak kongsi 3 mutiara untuk kali ni..kalau rajin saya kongsi lagi lain kali kenyit

1. Orang yang paling jauh bermusafir ialah mereka yang sedang mencari seorang sahabat yang disukainya.

~kalau ikut ape yang dinukilkan kat dalam buku tu sebab sahabat sedemikian amat susah untuk ditemui..hmm..ye la..walau baik macam mana pun kita dengan sahabat, pasti akan ada jugak yang tak kena serba sedikit sebab manusia tiada yang sempurna..tapi kita perlu sentiasa membaiki diri ke arah kebaikan dari saat ke saat, minit ke minit..that's why we must to complete each other..dan paling penting saling memahami, berlapang dada dan bersangka baik antara satu sama lain..sebagai seorang sahabat, kita perlulah sentiasa cuba untuk menjadi sahabat yang terbaik dalam erti kata yang sebenar.."xperlu dapatkan apa yang kita suka, tapi sukailah apa yang kita dapat"
ros

Rasulullah s.a.w bersabda:

الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ، يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا

“Seorang Mukmin terhadap mukmin yang lainnya seperti bangunan, saling memperkokoh sebagiannya dengan sebagian lainnya”. (Muttafaq alaih).

2. Keyakinan berada di atas keimanan dan kesabaran berada di atas keyakinan. Barangsiapa yang melampau pengharapannya kepada Allah S.W.T, maka angan-angan akan menguasai hatinya, seterusnya menjadi hamba kepada hatinya.

~ Dalam kehidupan seharian, kita perlu sentiasa tawakal dan yakin bahawa Allah akan sentiasa bersama hamba-NYA yang beriman, sabar dan redha dengan ketentuan hidup..justeru, sebagai hamba, kita perlu sentiasa berdoa dan berdoa supaya Allah sentiasa memelihara dan memberikan kita kejayaan di dunia dan akhirat dan segala macam doa yang kita mahu..doa perlulah dengan bersungguh ibarat kita ingin meminjam sesuatu daripada orang lain..mesti bersungguh kan?? tapi adab dalam berdoa, jangan la kita terlampau sehingga kita mahu Allah berikan apa yang kita nak dalam sekelip mata sehingga kita terus berangan dan malas untuk berusaha..ya, kita perlu yakin dengan pertolongan Allah tapi kita juga perlu berusaha, sebab ianya xkan datang bergolek..doa hanya sebagai wasilah...

3. Manusia memudharatkan diri sendiri melalui 3 perkara:

  1. berlebih-lebihan dalam makan kerana percayakan kesihatan dirinya
  2. bekerja keras memikul bebanan yang tidak mampu dipikul kerana percaya kepada kekuatan dirinya
  3. amat kurang bekerja kerana hanya berserah kepada ketentuan Allah
~ jangan berlebihan dalam makan, sebab makan hanya perlu untuk meneruskan hidup dan memberi tenaga agar dapat melakukan ibadah kepada Allah dan bekerja..tapi kesihatan diri bukan bergantung 100 % pada pemakanan, tapi pada Allah yang memberikan nikmat sakit dan sihat pada kita.."makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan" peace

~bersederhana dalam semua perkara dan pekerjaan..buatlah sekadar yang termampu takut amanah yang bertimbun, tak mampu pula untuk dikendong..

~berserah pada Allah itu perlu tapi usaha juga perlu setimpal..bagaimana mahu cemerlang dalam hidup kalau hanya menunggu pertolongan Allah tanpa melakukan sesuatu..xbekerja, xproaktif la..minda kita juga perlu di latih untuk berfikir..badan pula perlu di arah untuk bekerja..

ok..itu saja dulu..

owh..saya juga perlu belajar sekarang, kalau tidak, saya juga akan memudharatkan diri dengan berharap kejayaan akan datang bergolek..
babai

semoga mendapat manfaat..wallahu'alam

Sunday, July 4, 2010

:::

Bismillah walhamdulillah...

hari ni ade kelapangan waktu sikit untuk post dalam blog ni..
baru saja habis exam microbiology tadi..
hmm...soalan xder la susah pun, tapi jawapan yang susah
garupale
tawakal pada Allah..DIA yang bisa menentukan segalanya senyum

agak kelam-kabut la juga time jawab tadi
penat
mcq 50 soalan for 50 minutes..
essay 8 soalan ade anak2 dia dalam 3-6 soalan for 70 minutes

ala kulli hal, alhamdulillah sebab Allah bagi juga kekuatan untuk menulis

pengajaran untuk hari ni
senyumkenyit:
1. dalam dewan, baca doa banyak2
2. tenangkan diri dan tawakal pada Allah..mohon Allah bantu dalam menjawab exam
3. dah dapat soalan, cek betul2 : masa, bilangan soalan
4. jangan gelabah tengok soalan walaupun soalan susah..kalau soalan senang, jangan terlampau excited.
5. baca doa dan basmalah sebelum jawab
6. masa jawab, hanya ingat diri n Allah sentiasa bersama..usah hiraukan gangguan sekeliling
7. sebelum hantar, cek nama dan maklumat diri dan cek semua soalan, pastikan dijawab
8. doa dan hantar dengan selamat
9. kalau rasa diri jenis yang mudah nak menyesal, jangan bincang soalan lepas exam..tenang2 aja yok!!
10. tawakal...tawakal...tawakal...dan jangan sesekali menyesal...insyaAllah ada yang baik menanti..ameen
doa

p/s : nak xnak kena ulang lagi soalan tadi sebab esok ada oral microbiology..huhu..doakan kami yer..