Wednesday, May 26, 2010

you are what you think ^_^

Bismillah walhamdulillah


Kali ni saya nak share kisah seekor binatang yang insya Allah ada manfaatnya bersama. cerita ni saya dapat daripada kawan liqa' saya dah lama dah. tapi berkebetulan semasa membaca Tibbians keluaran PERUBATAN Mesir semalam, kisah yang sama dipaparkan cuma berbeza dari segi penyampaian dan bahasa. ok..lets start the story about "A Group of Tiny Frogs"..

Once upon a time, there was a group of tiny frogs who were stuck in a deep hole. A big crowd had gathered around the hole to see who could jump out of it and to cheer the tiny frogs. So, the tiny frogs started trying to jump out of the hole but no one in the crowd really believed that the tiny frogs could reach the top. There were shouts of discouragement that could be heard from the crowd. "Oh, this is very difficult!" "They will never reach the top" "This is impossible!"

Soon, one by one the tiny frogs collapsed. The crowd continued to yell, "Stop! You'll hurt yourself! You'll never make it! No one will make it! You might as well give up! You've failed once; of course you'll fail again!" More tiny frogs got tired and also give up...but one tiny green frog continued to jump higher and higher. This one wouldn't give up!

Finally, with one final jump, the tiny frog gave his best jump ever and reached the top! Alla of the other tiny frogs were surprised. A contestant ask the tiny frog how he had found the strength to succeed and reach the goal? It turned out that the winner was DEAF!!! Full stop...

ok..alih bahasa kembali...jadi, apa yang boleh kita simpulkan adalah "You are what you think!!!"

Dalam hidup ni, kita akan menemui pelbagai cabaran, dugaan dan kritikan-kritikan sama ada yang membina mahupun yang ingin menjatuhkan kita. Apa yang perlu kita lakukan??

1.
Jangan cepat melatah apabila di kritik sebaliknya cuba koreksi diri dan muhasabah diri.
2. Jadikan kritikan tu sebagai semangat untuk kita bangkit dan ubah diri ke arah yang lebih baik
3.
Just ignore the spurious criticism. Pekakkan telinga seperti katak tadi (walaupun katak tu memang deaf pun).

Jadikan kritikan tajam sebagai penghormatan

Dr. Aidh Al-Qarni dalam bukunya "La Tahzan" menasihati kita supaya tidak menghiraukan kritikan-kritikan yang diterima. Sedangkan Sang Pencipta, Rasulullah dan para sahabat juga sering dicaci dan dicerca oleh orang-orang pandir yang tidak berakal, inikan pula kita manusia yang sering melakukan kesalahan.

Maka, berwaspadalah terhadap kritikan yang diterima, kuatkan jiwa untuk mendengarnya. Bersikaplah seperti batu karang; tetap teguh berdiri meskipun diterpa butiran-butiran salji yang menderanya setiap saat dan ia justeru semakin kukuh kerananya.

Yang terbaik adalah dengan menjawab segala kritikan-kritikan dan tohmahan yang diterima dengan berdiam diri dan memperbaiki akhlak dan meluruskan setiap kesalahan diri supaya orang yang mengkritik tu akan malu dengan sendiri. Jangan zalimi diri anda dengan membuatkannya tertekan dengan kritikan yang diterima.

Anda adalah anda...

Bantulah diri anda dengan sentiasa memberi semangat kepada diri anda kerana jika tidak, anda juga boleh menjadi pengkritik kepada diri sendiri. Jika anda mengharapkan hidup anda senang dengan sering mendapat pujian dan terhindar dari celaan, itu adalah mustahil kerana itulah realiti hidup. Most important is to build your strength by holding tightly to Allah's way. InsyaAllah ketenangan milikmu..

"DIA-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah sedia ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentera langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(Al-Fath : 4)