Tuesday, May 18, 2010

hati gembira~


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala nikmat-NYA yang tidak putus-putus terhadap umat-NYA. semalam call adik kat matriks pahang, terkeluar pulak cite kakak sulung @ panggilan manja (kok) yang bakal bersalin bulan ni. teringat nak call kok juga tapi dah lewat malam pula kat Malaysia.

tuptup..pagi tadi, handsetku menari-nari mendendangkan lagu dari kumpulan ae-man menandakan masuk satu mesej.

"kak, kok tepon k.na tadi, dia dah masuk labor room tapi xberanak lagi."
mesej dari k.na (kakak ke2) rupanya. Patutla semalam saya terpanggil-panggil untuk call kok. dah nak bersalin rupanya.

mesej ke2 berbunyi pada pukul 2.10 petang waktu mesir.
"kak, kok dah selamat lahir anak lelaki, 2.32 kg." terus call amin mengkhabarkan berita ni..

lelaki lagi. masuk yang ni, ketiga-tiga anak kok adalah lelaki.
apepun, alhamdulillah, syukur pada-MU ya Allah kerana telah menyelamatkan dua nyawa. ketika saya telefon kok tadi, suaranya kedengaran lemah cket. masih dalam kepenatan menyabung nyawa demi seorang anak. kasih seorang ibu~ farees n harees jangan nakal-nakal lagi tau..cian mama letih~

hmm..ini bermakna bilangan anak sedaraku sekarang dah mencecah 10 orang. arghhh..rindunya pada telatah mereka..walaupun nakal semuanya, tapi itulah yang menjadi pengubat lara dan penyeri rumahtangga kami..hehe

memang lumrah kanak-kanak diciptakan untuk menggembirakan hati yang gundah. perasaan marah, sedih dan penat pun akan hilang bila melihat telatah mereka yang mencuit hati. betapa suci naluri seorang kanak-kanak. semoga anak-anak yang lahir akan menjadi penyambung generasi kebangkitan Islam di masa hadapan..ameen


~credit to abe nik atas kiriman photo ni~


putera-puteri penceria suasana



p/s: sedih membaca berita utama di utusan malaysia on9 hari ini mengenai remaja yang menanam bayi mereka hidup-hidup.
berita lanjut
Astaghfirullah al'azim, sanggup pula mereka menanam bayi yang tidak berdosa itu semata-mata untuk menutup dosa yang dilakukan.


"Ya Allah, jauhkan ahli keluarga kami dan keturunan kami daripada melakukan dosa-dosa yang terkutuk itu"

2 comments:

Cikgu Fatin Diana said...

slm..

tahniah az, dpt plk ank sdro..rmai dh tuh,nati blik m'sia blh la bwk sy g tgk ank2 buah awk..he2

p/s: sy pn ad 3 dh ank sdro loni..suko sgt, klu ad 10 xtau la gno..he.

az said...

wslm..
syukran..alhamdulillah rezeki dari Allah (hehe..cam anak sndiri plak)

p/s: klau dh 10 nnti, alamatnya melompat la fatin..sengih xhenti2:p