Sunday, May 16, 2010

Biarkan ia pergi~

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, dah tamat 2 final practical exam, parasitology n pathology. hanya tinggal lagi 2 practical exam: microbiology n pharmacology. hmm..balik-balik terus tidur sebab kepenatan. malamnya ahli beit tanya: "k.az, camner exam tadi?"
jawabku:"alhamdulillah". walaupun ada juga salah 2,3 diagnose. arghh..boleh ke doktor salah diagnose?adehh..

selesai solat maghrib berjemaah dan baca Quran, maisah dan nasuha memulakan projek. nasuha sebagai pesakit dan maisah doktor memandangkan esoknya maisah akan exam final practical physiology. sambil-sambil menonton adegan di depan, saya mencapai buku "La Tahzan- Dr.'Aidh bin Abdullah Al-Qarni". dah lama tidak disentuh buku itu. membelek-belek helaian, hati tertarik pada tajuk "Yang lalu, biarlah berlalu". terasa kena dengan jiwaku pada ketika itu.

Ya..usah dikenang masa yang telah lalu kerana hidup kita adalah untuk hari ini. bukan kelmarin yang dah pergi dan bukan juga esok yang belum pasti. Terasa tenang sikit hati terhadap jawapan exam tadi. sekarang adalah masa untuk fight untuk exam yang seterusnya. tiada masa lagi nak kenang exam yang dah lepas.

Kata Dr. 'Aidh dalam buku tersebut, "orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tidak ubah seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Ada ungkapan nenek moyang kita dahulu yang patut direnungkan oleh orang-orang yang menangisi masa lalu: "Janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya".

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan, air mengalir ke depan, setiap khalifah akan berjalan ke depan. Oleh itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.

"Masa hidupku hanyalah pada hari ini"

fighting!!!

No comments: