Monday, May 31, 2010

teruskan..

Bismillah walhamdulillah..

Teruskan doa dan solat hajat untuk kejayaan misi bantuan kemanusiaan Lifeline4Gaza menghadapi serangan daripada lanun-lanun Israel. Semoga Allah memusnahkan segala perancangan jahat Yahudi dan musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam.


[Qunut+Nazilah.bmp]

Terjemahan: Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu,
kami meminta ampun kepada Mu,
kami memohon petunjuk dari Mu,
kami beriman kepada Mu,
kami berserah kepada Mu
dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan,
kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu,
kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud,
dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu
kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam.
Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham,
Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada.
Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan
dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana,
hindarkanlah kami dari segala bala
kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah

[qunut-nazilah.jpg]

Thursday, May 27, 2010

Doakan kejayaan konvoi kemanusiaan antarabangsa Gaza~

Bismillah walhamdulillah.

KUALA LUMPUR, 27 Mei:
“Sama-sama kita doakan kejayaan konvoi ini membantu saudara-saudara kita di Palestin.”





Demikian antara catatan di laman web Lifeline4Gaza semalam mengenai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.

“Insya Allah kami tetap bertekad untuk memastikan barangan ini sampai ke Gaza, walaupun Israel tetap bertegas untuk menghalang. Apakah kami yang membawa bekalan pensil dan pemainan kanak-kanak ini layak digelar pengganas? Ataukah mereka yang menghalang bantuan ini sebenarnya pengganas dan lanun?

“Justeru, sama-sama kita doakan kejayaan konvoi ini membantu saudara-saudara kita di Palestin.”

Lifeline4Gaza melaporkan, dua buah kapal kargo Turki yang menyertai sembilan buah kapal konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza akan membawa antara lain, kelengkapan hospital, ubat-ubatan, peralatan sekolah dan juga bahan-bahan binaan.

Laman web melaporkan media-media di Israel terus membuat pelbagai tuduhan bagi menggagalkan misi konvoi ini.

Namun senarai rasmi barangan yang telah dikeluarkan oleh penganjur utama konvoi petang Selasa, 25 Mei, iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) jelas menunjukkan bahawa kapal-kapal yang menyertai konvoi ini sebenarnya akan membawa keperluan-keperluan asas dan mendesak bagi membantu rakyat Gaza yang saban hari berhadapan dengan maut akibat kekejaman berterusan Zionis Israel.

Keadaan kemanusiaan di Gaza adalah sangat menyedihkan akibat sekatan yang dikenakan oleh Israel sejak lebih lima tahun lalu. Kehidupan di Gaza menjadi semakin mengerikan akibat serangan Operation Cast Lead Israel, di mana hampir semua prasarana dan keperluan asas dimusnahkan. Mereka yang tercedera atau sakit secara umumnya hanya mampu menunggu saat kematian kerana tidak ada kemudahan rawatan dan dihalang daripada mendapat rawatan di pusat-pusat rawatan di luar Gaza.

Di samping sekatan terhadap pergerakan rakyat Gaza ke luar daerah, sebarang bantuan daripada negara luar juga dihalang. Justeru, rakyat Gaza terus cekal dan bersabar hidup di bawah runtuhan-runtuhan tanpa sebarang perhatian daripada dunia luar mahupun negara jiran. Konvoi bantuan kemanusiaan ini diharapkan akan dapat membina semula kehidupan di Gaza.

Ketika menyampaikan taklimat kepada media-media antarabangsa yang akan turut menyertai konvoi tersebut di Stadium Kepez Arena, Antalya, pegawai kanan IHH, Nalan Dal bersama ketua bagi kelengkapan teknikal media IHH, Umit Sonmiz telah menyenaraikan barangan yang akan dibawa oleh kedua-dua buah kapal tersebut, yang masing-masing diberi nama Kapal “Defne Y” dan Kapal “Gaza”.

Kapal “Gaza” akan membawa 2,104 tan simen, 600 tan besi binaan dan 50 tan jubin seramik. Manakala Kapal “Defne Y” akan membawa lebih banyak muatan. Antaranya, kapal ini akan membawa 150 tan besi untuk binaan rakit dan kemudahan dermaga, rumah-rumah mudah-bina (precast homes), 18 penjana kuasa elektrik berkuasa lebih 35KW dan 80 penjana kuasa elektrik di bawah 5KW. Turut disenaraikan adalah kelengkapan untuk taman permainan kanak-kanak seperti gelungsur dan jongkang-jongkit.

Dalam kategori peralatan hospital dan ubat-ubatan, turut disenaraikan alat seperti Ultrasound dan X-ray, katil pesakit, kerusi roda, dan kemudahan rawatan pergigian. Pelbagai jenis ubat-ubatan turut disenaraikan.

Kelengkapan sekolah seperti pensil, pemadam, plastisin, buku tulis juga akan dibawa, di samping keperluan pakaian seperti tuala dan kasut dan juga peralatan memasak dan beberapa jenis makanan.


Link di sini..

Wednesday, May 26, 2010

you are what you think ^_^

Bismillah walhamdulillah


Kali ni saya nak share kisah seekor binatang yang insya Allah ada manfaatnya bersama. cerita ni saya dapat daripada kawan liqa' saya dah lama dah. tapi berkebetulan semasa membaca Tibbians keluaran PERUBATAN Mesir semalam, kisah yang sama dipaparkan cuma berbeza dari segi penyampaian dan bahasa. ok..lets start the story about "A Group of Tiny Frogs"..

Once upon a time, there was a group of tiny frogs who were stuck in a deep hole. A big crowd had gathered around the hole to see who could jump out of it and to cheer the tiny frogs. So, the tiny frogs started trying to jump out of the hole but no one in the crowd really believed that the tiny frogs could reach the top. There were shouts of discouragement that could be heard from the crowd. "Oh, this is very difficult!" "They will never reach the top" "This is impossible!"

Soon, one by one the tiny frogs collapsed. The crowd continued to yell, "Stop! You'll hurt yourself! You'll never make it! No one will make it! You might as well give up! You've failed once; of course you'll fail again!" More tiny frogs got tired and also give up...but one tiny green frog continued to jump higher and higher. This one wouldn't give up!

Finally, with one final jump, the tiny frog gave his best jump ever and reached the top! Alla of the other tiny frogs were surprised. A contestant ask the tiny frog how he had found the strength to succeed and reach the goal? It turned out that the winner was DEAF!!! Full stop...

ok..alih bahasa kembali...jadi, apa yang boleh kita simpulkan adalah "You are what you think!!!"

Dalam hidup ni, kita akan menemui pelbagai cabaran, dugaan dan kritikan-kritikan sama ada yang membina mahupun yang ingin menjatuhkan kita. Apa yang perlu kita lakukan??

1.
Jangan cepat melatah apabila di kritik sebaliknya cuba koreksi diri dan muhasabah diri.
2. Jadikan kritikan tu sebagai semangat untuk kita bangkit dan ubah diri ke arah yang lebih baik
3.
Just ignore the spurious criticism. Pekakkan telinga seperti katak tadi (walaupun katak tu memang deaf pun).

Jadikan kritikan tajam sebagai penghormatan

Dr. Aidh Al-Qarni dalam bukunya "La Tahzan" menasihati kita supaya tidak menghiraukan kritikan-kritikan yang diterima. Sedangkan Sang Pencipta, Rasulullah dan para sahabat juga sering dicaci dan dicerca oleh orang-orang pandir yang tidak berakal, inikan pula kita manusia yang sering melakukan kesalahan.

Maka, berwaspadalah terhadap kritikan yang diterima, kuatkan jiwa untuk mendengarnya. Bersikaplah seperti batu karang; tetap teguh berdiri meskipun diterpa butiran-butiran salji yang menderanya setiap saat dan ia justeru semakin kukuh kerananya.

Yang terbaik adalah dengan menjawab segala kritikan-kritikan dan tohmahan yang diterima dengan berdiam diri dan memperbaiki akhlak dan meluruskan setiap kesalahan diri supaya orang yang mengkritik tu akan malu dengan sendiri. Jangan zalimi diri anda dengan membuatkannya tertekan dengan kritikan yang diterima.

Anda adalah anda...

Bantulah diri anda dengan sentiasa memberi semangat kepada diri anda kerana jika tidak, anda juga boleh menjadi pengkritik kepada diri sendiri. Jika anda mengharapkan hidup anda senang dengan sering mendapat pujian dan terhindar dari celaan, itu adalah mustahil kerana itulah realiti hidup. Most important is to build your strength by holding tightly to Allah's way. InsyaAllah ketenangan milikmu..

"DIA-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah sedia ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentera langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(Al-Fath : 4)

Saturday, May 22, 2010

perjalanan seorang hamba..

Bismillah walhamdulillah..

Bersyukur kepada Allah kerana masih lagi memberi kita peluang untuk bernafas pada hari ini. Sedang membaca emel-emel dalam inbox yang tidak putus-putus hadirnya, mata terhenti pada emel seorang seniorku ketika sempat saya menjejakkan kaki beberapa bulan di matriks melaka suatu ketika dulu (credit utk k.peanut). Terus tangan memainkan peranan bersesuaian dengan impulse yang diterima.

Emel dibuka dan dibaca. Termenung seketika memikirkan isi kandungannya dalam bentuk sajak. Kembali merenung masalah-masalah yang berlaku ketika ini terutama yang menimpa masyarakat Malaysia. Gejala sosial yang semakin hari semakin menular..Tiada lagi rasa malu dalam diri. Tiada lagi rasa takut pada azab Allah. Islam diletakkan dibelakang, budaya barat pula diagung-agungkan. Bagaimanakah nanti ketika bertemu Sang Pencipta suatu hari nanti???

Jom kita hayati sajak yang saya dapat dari emel k.peanut tadi. Semoga bermanfaat kepada semua.^_^


Hari ini aku berfikir sendiri,
lama sudah kuhidup di dunia ini,
suka,duka,takut semua telah kulalui.

Ingat lagi masa lahirku,
tangisku menceriakan ibuku,
laungan azan memenuhi ruang bilikku,
terima kasih ayah sedarkanku
dari tidurku
dari rehatku
dari kejahilanku

sejak saat itu,
sejak laungan azan ayahku,
bermulalah hidupku
pengembaraanku
persinggahanku
yang tidak tahu di mana noktah akhir perjalananku itu

setiap saat berlalu pergi
banyak tempat telah diterokai
UK,Ireland,Australia semuanya belum kuterokai
namun kurasakan telah byk yg kupelajari
di dalam hidup ini

Gembira bersama kawan
ceria bersama taulan
suka bersama rakan
itulah kudapat dari sebuah persahabatan

Namun tatkala usiaku
jauh meniggalkan zaman remajaku
kufikir,kufahami dan kulihat dengan mataku
Manusia kini tenggelam dengan kegembiraan
tenggelam dengan percintaan
tenggelam dalam lautan persahabatan

Tiada lagi hijab menutupi badan
tiada lagi kain menutup aurat di badan
laki perempuan bersentuhan
tanpa kisah perintah dari Tuhan

Kini kutakut
bukan hantu yang kutakut
tapi perubahan zaman yang paling kutakut

Di mana hilangnya erti laungan azan seorang ayah
di mana perginya makna bisikan iqamah
yang menjagakan kita dari mimpi yg indah
yang menyedarkan siapakah kita
apakah matlamat kita
ke mana halatuju kita

Sudah lupakah kita
Islam agama kita
Quran pegangan kita
Sunnah cara hidup kita
Redha Allah matlamat kita
dan
Syurga Allah halatuju kita

Ya Robbi
Ampunilah hambamu ini
Aku banyak membuat dosa dalam hidup ini
Imanku sentiasa diuji dengan duniawi
Dunia yang tiada erti
Yang byk merosakkan hati
Kembalikanlah aku dalam fitrahMu ya Illahi......

Thursday, May 20, 2010

^_^

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah hari ni berakhir practical exam for microb. hanya tinggal 1 lagi practical pharma. teruskan perjuangan!! yeah, fighting!!

Sebelum exam tadi, dapat mesej dari izzah nathir:

Masa lalu adalah kelmarin yang telah MATI,
Masa depan adalah esok yang BELUM LAHIR,
maka selamatkanlah hari ini yang MASIH HIDUP,
manfaatkan masa yang ada..all da best!!

terima kasih Izzah atas kata-kata semangat ni..
ok..jom semua "jangan pandang belakang"..
mana ada orang jalannya ke belakang kan..kan..kan..


"Ya Allah, pimpinlah kami ke jalan yang lurus, jalan yang ENGKAU redhai"

Tuesday, May 18, 2010

hati gembira~


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala nikmat-NYA yang tidak putus-putus terhadap umat-NYA. semalam call adik kat matriks pahang, terkeluar pulak cite kakak sulung @ panggilan manja (kok) yang bakal bersalin bulan ni. teringat nak call kok juga tapi dah lewat malam pula kat Malaysia.

tuptup..pagi tadi, handsetku menari-nari mendendangkan lagu dari kumpulan ae-man menandakan masuk satu mesej.

"kak, kok tepon k.na tadi, dia dah masuk labor room tapi xberanak lagi."
mesej dari k.na (kakak ke2) rupanya. Patutla semalam saya terpanggil-panggil untuk call kok. dah nak bersalin rupanya.

mesej ke2 berbunyi pada pukul 2.10 petang waktu mesir.
"kak, kok dah selamat lahir anak lelaki, 2.32 kg." terus call amin mengkhabarkan berita ni..

lelaki lagi. masuk yang ni, ketiga-tiga anak kok adalah lelaki.
apepun, alhamdulillah, syukur pada-MU ya Allah kerana telah menyelamatkan dua nyawa. ketika saya telefon kok tadi, suaranya kedengaran lemah cket. masih dalam kepenatan menyabung nyawa demi seorang anak. kasih seorang ibu~ farees n harees jangan nakal-nakal lagi tau..cian mama letih~

hmm..ini bermakna bilangan anak sedaraku sekarang dah mencecah 10 orang. arghhh..rindunya pada telatah mereka..walaupun nakal semuanya, tapi itulah yang menjadi pengubat lara dan penyeri rumahtangga kami..hehe

memang lumrah kanak-kanak diciptakan untuk menggembirakan hati yang gundah. perasaan marah, sedih dan penat pun akan hilang bila melihat telatah mereka yang mencuit hati. betapa suci naluri seorang kanak-kanak. semoga anak-anak yang lahir akan menjadi penyambung generasi kebangkitan Islam di masa hadapan..ameen


~credit to abe nik atas kiriman photo ni~


putera-puteri penceria suasana



p/s: sedih membaca berita utama di utusan malaysia on9 hari ini mengenai remaja yang menanam bayi mereka hidup-hidup.
berita lanjut
Astaghfirullah al'azim, sanggup pula mereka menanam bayi yang tidak berdosa itu semata-mata untuk menutup dosa yang dilakukan.


"Ya Allah, jauhkan ahli keluarga kami dan keturunan kami daripada melakukan dosa-dosa yang terkutuk itu"

Sunday, May 16, 2010

Biarkan ia pergi~

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, dah tamat 2 final practical exam, parasitology n pathology. hanya tinggal lagi 2 practical exam: microbiology n pharmacology. hmm..balik-balik terus tidur sebab kepenatan. malamnya ahli beit tanya: "k.az, camner exam tadi?"
jawabku:"alhamdulillah". walaupun ada juga salah 2,3 diagnose. arghh..boleh ke doktor salah diagnose?adehh..

selesai solat maghrib berjemaah dan baca Quran, maisah dan nasuha memulakan projek. nasuha sebagai pesakit dan maisah doktor memandangkan esoknya maisah akan exam final practical physiology. sambil-sambil menonton adegan di depan, saya mencapai buku "La Tahzan- Dr.'Aidh bin Abdullah Al-Qarni". dah lama tidak disentuh buku itu. membelek-belek helaian, hati tertarik pada tajuk "Yang lalu, biarlah berlalu". terasa kena dengan jiwaku pada ketika itu.

Ya..usah dikenang masa yang telah lalu kerana hidup kita adalah untuk hari ini. bukan kelmarin yang dah pergi dan bukan juga esok yang belum pasti. Terasa tenang sikit hati terhadap jawapan exam tadi. sekarang adalah masa untuk fight untuk exam yang seterusnya. tiada masa lagi nak kenang exam yang dah lepas.

Kata Dr. 'Aidh dalam buku tersebut, "orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tidak ubah seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Ada ungkapan nenek moyang kita dahulu yang patut direnungkan oleh orang-orang yang menangisi masa lalu: "Janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya".

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan, air mengalir ke depan, setiap khalifah akan berjalan ke depan. Oleh itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.

"Masa hidupku hanyalah pada hari ini"

fighting!!!

Saturday, May 8, 2010

My mother, your mother n our mother...

Bismillahirrahmanirrahim..

"Alhamdulillah..kak belajar bersungguh-sungguh. ma n ayah selalu doakan kak. hari ni ayah n ma g hantar mirah (my sister) ke matriks pahang."

Inilah balasan mesej ma ketika saya mesejnya ucap selamat hari ibu. Tapi bagi saya tiap-tiap hari adalah hari ibu. Nak tahu kenapa??

Sebab, walaupun jauh beribu-ribu batu, saya tetap teringatkan ma setiap detik. Apabila mengenang kembali jasa-jasanya, membuatkan air mata menitis tanpa disedari. Besar sungguh jasa dan pengorbanan seorang ibu hingga tidak mampu lagi untuk diungkapkan.

Thanks Allah for giving me a great mom like her~


Let this song tell us more about someone known as "Mother"...




Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother

Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you

And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?

Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother

Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you

Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay right close to?

Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother

Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you

And buy you new clothes
comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah

Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.