Friday, April 30, 2010

Aku Merinduimu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah, sampaikan rinduku ini pada mereka berdua yang telah banyak berkorban dan berjasa padaku bermula dari aku berada di alam rahim. Mendidik dan mentarbiah diriku. Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku dari kecil. Berkatilah mereka dan kurniakanlah mereka rezeki yang halal dan bahagiakanlah mereka hingga syurga-MU..amiinn

Aku Merinduimu

Album : Album Mini Motivasi Devotees

Tidak dapat kugambarkan

Rindu yang lahir dari hati ini

hanya yang mampu tuk kulafazkan

Aku Merinduimu


Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu


Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu


Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu

Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju

Wednesday, April 28, 2010

patah tumbuh, hilang berganti..



Alhamdulillah diberi kekuatan oleh Allah untuk menaip kali ini. Syukur di atas nikmat-NYA yang tidak terhingga. Andai tiada kudrat dari-NYA, tidaklah mampu untuk saya menaip. "Patah tumbuh, hilang berganti"..ungkapan yang tidak asing lagi bagi kita. Namun, tak semua yang patah itu akan tumbuh dan bukan semua yang hilang itu akan berganti. Contohnya, masa. Apabila masa telah berlalu, kita tidak akan dapat lagi untuk undur kembali. Jadi, sama-samalah kita menjaga masa kita dengan benda yang berfaedah. Bukan tidak boleh untuk melayan facebook, games, movies dan sebagainya, namun perlulah dilihat mana priority kita ketika itu. "Utamakan yang penting dari yang penting kerana yang penting itu lebih penting dari yang penting."

Hari ini, diri diuji lagi. Ujian yang tidaklah sehebat Rasulullah, para sahabat dan para ulama', namun sudah cukup untuk membuatkan saya terduduk dan termenung. Mungkin ianya sebagai kaffarah dari dosa-dosa yang lalu, mungkin juga sebagai peringatan buat diri yang sering alpa, dan mungkin juga sebagai bukti bahawa sebenarnya kita tidak berhak ke atas sesuatupun yang kita miliki melainkan ianya adalah hak mutlak Allah S.W.T.

Apa yang berlaku??? jeng..jeng..jeng...
Beg galas saya di'ambil orang' ketika saya tinggalkan seketika untuk mengambil wudhu'. Hanya beg saya yang diambil walaupun bersama-sama saya itu ada juga beg kawan saya. Allah ingin 'mengetuk' diri saya dari terus leka. Silap saya juga sebab tidak berusaha minta tolong orang sekeliling untuk melihat beg itu. "Tawakkal tanpa usaha..inilah padahnya." Pointnya, usaha dan tawakkal perlu seiring!!

hmm..dalam beg tu ada buku teks Pathology dan Pharma, handset, kad pelajar dan sedikit duit. Apapun, alhamdulillah beberapa hari lepas, saya sempat keluarkan kad bank dari beg tu (memang kebiasaan saya tinggalkan kad bank di rumah). Saya tak mengharapkan dia akan pulangkan barang-barang tu semua, cuma at least dia dapat pulangkan buku-buku saya tu pun xpe. (hmm, baru terasa sayang pada ilmu^_^)..

Makcik yang jaga masjid tu pesan supaya kami lebih berhati-hati walau di mana pun. Pesannya, banyakkan sabar dan berdoa pada Allah; "حسبنا الله ونعم الوكبل".. saya hampir menitiskan air mata mendengar nasihat mak cik tu. bukan sebab sedih kehilangan beg(walaupun sedih la jgak=), tapi lebih kepada terharu. Mak cik tu perasan saya hampir keluar air mata, lantas dia berkata,"jangan menangis untuk sesuatu yang sifatnya sementara." Subhanallah..terima kasih ya Allah kerana mengilhamkan kata-kata nasihat itu kepada mak cik tersebut..

Kebetulan abang saya, amin on9..tegur ym dia dan cerita pasal ni..Katanya,"xpe la, bukan rezeki awak.tepon tu boleh beli baru. Lain kali hati-hati." Terima kasih amin. Walau simple jer ayatnya, tapi mampu menenangkan hati ini.heee..

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sama-sama membantu mencari (mardhiyah-berkejar-kejaran dari masjid nur ke stesen bas abasiah, fakhriah, syek, ejum, k.poh, alia n khairiyah yang berada di tempat kejadian-berlegar-legar di kawasan masjid-gaya ala2 detektif:p..juga marami yang terlibat secara tak langsung-tolong menelefon handsetku) dan sahabat-sahabat lain yang memberi semangat (nadiaizzah, ime dll). Terasa kuat sikit bila ada sahabat-sahabat yang sudi menolong tambah-tambah hidup di rantau orang ni^_^

Sungguh, segala apa yang ada di bumi adalah milik mutlak Allah S.W.T..Sebenarnya kita tidak berhak atas setiap sesuatupun kerana kita hanyalah meminjam daripada-NYA. La Tahzan..innallahama'ana~

p/s utk semua: sentiasalah berhati-hati walau di manapun anda berada dan mohonlah perlindungan Allah dari segala bahaya yang mendatang ^_^
~sama-sama berdoa supaya 'dia' menyedari kesilapannya dan segera bertaubat..

Saturday, April 24, 2010

Lifeline 4 Gaza | Break The Siege


CONTRIBUTING ONLY TO DEENULLAH


Lifeline 4 Gaza | Break The Siege


Lifeline 4 Gaza, atau Talian Hayat Untuk Gaza adalah satu usaha kerjasama di antara NGO-NGO di Malaysia untuk menyertai kempen antarabangsa bagi menembusi kepungan Israel terhadap Gaza. Lifeline 4 Gaza akan bergerak bersama Free Gaza Movement yang berpangkalan di Cyprus, IHH di Turki, MERC dan Kispa di Indonesia dan NGO-NGO lain dari USA, Greece, Perancis, Sweeden, Jerman, Itali, Venezuela dan lain-lain.



Konvoi tersebut dijangka akan berlepas dari Istanbul pada 15 Mei 2010, disertai 20 kapal dan bot kargo. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubat
an, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan tokoh-tokoh kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.



Kepungan



Rejim Zionis Israel telah membina Tembok Kematian di Gaza dan Tebing Barat, yang telah menjadikan Gaza sebagai penjara terbesar di dunia. Tembok yang setinggi 8-12 meter dan sepanjang 850 km itu menjadi senjata utama Rejim Zionis untuk “membunuh” penduduk Gaza serta mencengkam mereka secara perlahan-lahan. Tembok itu telah digunakan untuk menghalang kemasukan bahan-bahan keperluan asas kehidupan termasuk makanan, minyak, bahan perubatan dan lain-lain. Gaza tidak hanya menjadi penjara terbesar tetapi hak untuk hidup rakyat Gaza juga telah dinafikan. Zionis ganas ini telah menggunakan kekuatan lobi mereka untuk menyekat dan melaksanakan embargo ke atas Gaza dengan dokongan Amerika Syarikat, Britain dan kuasa-kuasa besar dunia.



Tidak cukup dengan embargo dan Tembok Kematian, pihak Zionis juga telah menyerang Gaza pada 27 Disember 2008 selama 23 hari. Serangan yang amat brutal itu telah menggunakan senjata-senjata terlarang seperti bom fosforus, peluru uranium dan lain-lain. Mereka telah menggugurkan lebih daripada 1.5 juta kilogram bom dari semua arah iaitu daratan, lautan dan udara.



Hampir keseluruhan infrastruktur utama bandar Gaza hancur. Banyak bangunan-bangunan penting seperti pusat pentadbiran kerajaan, hospital, universiti, masjid, gereja, sekolah, janakuasa elektrik, bekalan air bersih dan lain-lain telah hancur akibat serangan rejim Zionis tersebut yang jelas telah mensasarkan keperluan orang awam.


Kapal kargo, Gazze yang baru dibeli oleh IHH dengan harga USD 850,000 dan berkapasiti 3150 tan.


Misi



Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-4 iaitu Lifeline4Gaza selepas kejayaan misi ke-3 konvoi Viva Palestina. Ia merupakan satu usaha besar-besaran yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 20 buah kapal dan bot.



Kempen ini akan diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Erdogan. Bantuan tersebut akan dibawa terus ke Gaza dengan menggunakan hubungan diplomatik kerajaan Turki yang memang mempunyai Perjanjian Keselamatan dengan rejim Israel semenjak peperangan dunia yang ke-2 lagi. Mengikut butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal daripada Turki.



Konvoi ini amat penting kerana sekiranya ia berjaya maka kapal-kapal tersebut akan digunakan untuk menghantar semua barangan keperluan Gaza dari semasa ke semasa. Ini bermakna sekatan embargo Israel ke atas Gaza akan terangkat walaupun Tembok Kematian Israel masih berdiri utuh.



Lifeline 4 Gaza mensasarkan untuk mengutip RM 10 juta bagi membiayai pembelian kapal,kargo, dan barang keperluan yang akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa keganasan Israel di Gaza.



Apa Tindakan Kita??



1. Hulurkan sumbangan. Bantuan kewangan dan segala bentuk derma merupakan keutamaan ketika ini.



2. Sebarkan maklumat mengenai misi ini kepada keluarga dan rakan-rakan. Dengan kemajuan teknologi hari ini, penyebaran maklumat menjadi perkara yang amat mudah.



Untuk mereka yang berada di Malaysia, sumbangan boleh disalurkan kepada mana-mana NGO yang bergabung di bawah Lifeline 4 Gaza, atau terus ke akaun bank Lifeline 4 Gaza:



Nama akaun : “TABUNG PALESTIN HALUAN”
Nombor akaun: 5-644-902-085- 28
Bank : Maybank Berhad



Bagi pelajar perubatan di Mesir, khususnya di Kaherah, anda bolehlah menghulurkan sumbangan melalui wakil universiti masing-masing yang bertanggungjawab terhadap kempen ini bermula 22//2010 – 1/5/2010. Maklumat lanjut boleh layari blog ini.



Diharapkan usaha seperti ini akan dapat melahirkan generasi Malaysia yang prihatin terhadap isu kemanusiaan, dan yang lebih penting dapat menginsafi nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.



Ikuti perkembangan Lifeline 4 Gaza di laman web rasmi mereka dan di Facebook Fan Page.

Thursday, April 15, 2010

Turn to no other but Allah...


Hati ini dipagut untuk menyiapkan juga artikel ni walau mata dah mengantuk. Sedang tangan membelek planner PERUBATAN 2010, hati tertarik pada satu kata-kata "turn to no other but Allah." Yup, hanya pada-NYA kita perlu meletakkan sepenuh pengharapan. Kerana DIA yang menciptakan dan DIA juga yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216

Anak-anak perlu diberi didikan yang sempurna dari rumah kerana pentarbiahan itu bermula dari ibu bapa. Mereka perlu dikawal daripada melihat kartun-kartun yang boleh menyebabkan mereka mempercayai selain Allah. Contohnya "sailormoon" yang terkenal dengan "dengan kekuatan bulan" ataupun "aladin" dengan teko ajaibnya. Semua ini secara tidak disedari boleh menyebabkan anak-anak ini menganggap bahawa ada kekuasaan lain selain Allah jika kita tidak menjernihkan fikiran mereka.

Jika kita survey para remaja kita sekarang, berapa ramai yang tinggal solat, puasa dan perkara-perkara yang wajib bagi seorang muslim melakukannya. Apabila perkara asas dalam Islam mereka tidak kembali kepada Allah, bagaimana pula dengan kehidupan mereka seharian??tepuk dada tanya iman..

Dan mohonlah pertolongan (daripada Allah) dengan sabar dan solat, dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'.
Al-Baqarah: 45


Namun, ada juga dalam kalangan masyarakat kita yang mengatakan: "Aku tak solat pun, Allah tetap bagi kejayaan.", "Aku tetap ada harta dan boleh makan walaupun aku tak ikut perintah Allah."

Imam Ghazali ada mengatakan:
"To completely trust in Allah is to be like a child who knows deeply that even if he does not call for the mother, the mother is totally aware of his condition and is looking after him"

Inilah sifat Pengasih dan Pemurah Allah S.W.T kepada setiap hamba-NYA. Orang yang bukan Islam juga Allah berikan mereka kekayaan dan kebahagiaan hidup di dunia sehinggakan mereka lupa bahawa Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu tetapi di Akhirat kelak, sifat Penyayang Allah S.W.T hanya pada umat-NYA yang betul-betul beriman dan beramal kepada-NYA.

Jadi, siapakah kita untuk mendabik dada mengatakan bahawa kita tidak memerlukan Allah untuk berjaya? Sedangkan segala udara yang kita hirup adalah milik-NYA. Siapakah kita untuk angkuh sedangkan kita hidup di bumi yang diciptakan oleh Allah? Kita makan dan minum daripada rezeki pemberian Allah. Segala-gala yang ada di langit dan bumi adalah milik-NYA. Bukankah kita telah diingatkan bahawa "Dunia adalah syurga bagi orang kafir, tetapi neraka bagi umat Islam?" Masihkah lagi kita perlu menyombongkan diri??

Jika jawapannya masih lagi "ya", maka carilah bumi lain yang bukan diciptakan oleh Allah. Carilah tempat untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang di mana tempat itu tidak dapat dilihat oleh Allah. Kerana bumi Allah ini tidak layak bagi insan yang angkuh dan sombong dengan kehebatan diri sendiri.

Kembali kepada Allah adalah sebaik-baik jalan yang mesti ditempuh kerana di sana Allah menjanjikan kebahagiaan yang tiada nilainya. Bukan kebahagiaan dunia yang fana dan banyak tipu daya, bahkan kebahagiaan akhirat yang kekal abadi.

Sahabatku,
kita sentiasa muda untuk melakukan dosa, tetapi kita tidak pernah tua untuk bertaubat"..sedarlah bahawa dunia semakin hampir ke penghujungnya. Dunia pada hari ini semakin tenat dengan kemusnahan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia durjana. Kembalilah kepada Allah sebelum terlambat, sebelum nadi berhenti berdenyut kerana pada ketika itu, pintu taubat sudah tertutup..~sekadar peringatan bersama~

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray


OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way



Tuesday, April 13, 2010

pesanan buat ratuku


بسم الله الرحمان الرحيم

Bismillah walhamdulillah


Agak sekian lama tidak mengupdate blog. Kali ini saya berpeluang untuk mencuri sedikit masa untuk mengpostkan artikel yang ringkas ini. mudah-mudahan di sini ada manfaat untuk semua. Alhamdulillah pada 9 April 2010, Biro Pembangunan Insan dan Biro Sukan & Aktiviti Luar PERUBATAN berjaya melancarkan satu lagi program mega bagi akhawat PERUBATAN seluruh Kaherah melibatkan Universiti Kaherah, Ain Syams dan Azhar iaitu Girl’s Day Out: Gala Busana Muslimah bertemakan “Kerana Aku Wanita”. Antara objektif program adalah :



1. Meningkatkan kualiti ukhuwwah di kalangan pelajar PERUBATAN meliputi semua universiti di Kaherah.

2. Memeriahkan lagi smart circle PERUBATAN dengan pelbagai bentuk pelaksanaan.

3. Memberikan ruang kepada ahli PERUBATAN untuk mempamerkan bakat melalui persembahan masing-masing.

4. Meluaskan ilmu pengetahuan para ahli, khususnya yang berkaitan dengan fesyen muslimah, etika pemakaian yang dibenarkan syara' dan perihal kesihatan berkaitan dengan wanita



Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini dan tahniah kepada semua pemenang. Insya Allah Girl’s Day Out (GDO) ini akan dijadikan acara tahunan bagi warga akhawat PERUBATAN Kaherah tetapi melalui method pelaksanaan yang berbeza. Namun saya di sini bukanlah ingin membicarakan secara penuh tentang program ini. apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah mengenai seorang perempuan, gadis, wanita, akhawat, muslimat dan sewaktu dengannya.



Sebagaimana yang kita semua maklum, wanita itu Allah kurniakan bermillion-million keistimewaan yang tidak terdapat pada lelaki. Wanita dikurniakan dengan sifat lembut dan penuh kasih sayang sesuai dengan fitrahnya sebagai seorang ibu. Teringat bait lagu dari kumpulan Hijjaz:



Lembutmu tak beerti, kau mudah dijual beli

Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti

Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan

Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati



Kelembutan seorang wanita itu perlulah diletakkan pada tempatnya. Kita melihat kisah mujahidah kita sebagaimana Sumayyah yang kuat mempertahankan aqidah Islam walaupun semua ahli keluarganya dibunuh di hadapan matanya semata-mata supaya mereka meninggalkan agama Islam yang dianuti. Pepatah mengatakan “Tangan yang lembut menghayun buaian mampu untuk menggoncang dunia.” Begitulah yang kita idamkan daripada wanita masa kini yang tidak goyah pendiriannya dek peredaran zaman yang semakin memusnahkan. Masih kekal mempertahankan jati diri muslimah walaupun berbagai cubaan kaum kuffar untuk menggadaikan maruah suci seorang wanita itu.



Namun sahabat sekalian, apa yang kita lihat pada hari ini amat menyedihkan hati. Bayangkan jika Rasulullah S.A.W masih hidup, sudah tentu air mata baginda membanjiri dunia ini melihat kerosakan akhlak anak-anak gadis kita. Bagaimana dulu Islam berusaha menjaga maruah wanita sehinggakan penanaman anak perempuan hidup-hidup yang dilakukan oleh kaum jahiliah dihapuskan. Aurat wanita dijaga rapi supaya tidak dikacau oleh mana-mana tangan kasar yang tidak selayaknya. Tapi hari ini, kita menjatuhkan kembali martabat wanita dengan fesyen-fesyen kontemporari yang kononnya dikatakan mengikut perkembangan terkini. Maka makin ramailah wanita-wanita yang mempamerkan perhiasan diri mereka sehingga berlakulah gejala social yang tidak terkawal lagi.



“Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak (terlihat) daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur: 31)



Subhanallah..begitu Islam menitik beratkan kesucian wanita. Muslimahku, barangan yang kita sayangi tentulah kita akan menyimpannya dengan baik bukan? Emas yang dijual di kedai di letakkan dalam kotak kaca bahkan dikunci supaya tidak dicuri orang. Berbeza dengan perhiasan plastic yang hanya diletakkan diluar. Begitu juga umpamanya seorang wanita itu. Semuanya dijaga bukanlah untuk mengongkong kita bahkan untuk memelihara..kerana apa? Kerana wanita itu istimewa.



Sedarlah muslimahku..Dikau terlalu istimewa. Maka tutuplah auratmu dengan sempurna. Labuhkan tudungmu menutupi dadamu. Pakaianmu biarlah longgar dan tidak jarang. Tutur katamu biarlah sopan dan menyenangkan hati orang yang mendengar. Kerana suatu waktu, dikau akan bergelar seorang ibu yang bakal melahirkan generasi baru tunggak harapan ummah.



Sajak ini saya tinggalkan untuk pedoman muslimah di luar sana:


PESANAN BUAT

MUSLIMAHKU

Beritahu pada muslimah itu,

dirinya ibarat kaca;

disentuh terguris,

dihantuk serpih,

dihempap berkecai...


Beritahu pada muslimah itu,

jaga tutur kata;

cakap tinggi nanti dibenci,

terlalu rendah dipijak pula,

cakap sombong mengundang lawan,

hati-hati meluah kata,

kerana pulut santan binasa,

kerana mulut badan binasa...


Beritahu pada muslimah itu,

jaga tingkah laku;

harga diri letaknya di situ,

jangan meluru ikut telunjuk nafsu,

sesekali tersilap langkah,

akan dihukum selamanya,

keturunan dicerca payah,

menyesal kemudian bukan faedah...


Beritahu pada muslimah itu,

jaga pakaian;

ia cermin peribadi,

juga lambang bangsa,

di mana dan dalam keadaan macamanapun,

biar orang kenal...

Dia orang ISLAM...


Beritahu pada muslimah itu,

simpan secebis malu;

kerana malu itu,

sebahagian daripada IMAN...



Saya akhiri post kali ini dengan meninggalkan anda lirik lagu daripada kumpulan Hijjaz: “Puteriku Sayang”


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya