Thursday, August 20, 2009

salam RAMADHAN

alhamdulillah..
sedar tak sedar kita sudah menghampiri bulan Ramadhan yang penuh keberkatan..
terasa kenikmatan Ramadhan..
tahun ni saya berkesempatan untuk meyambut Ramadhan bersama keluarga tercinta setelah hampir 2 tahun menyambut Ramadhan di perantauan..

namun, kemeriahan Ramadhan di Mesir masih jelas terasa..
sambutan Ramadhan di sana lebih meriah berbanding kemeriahan aidil fitri..
betapa mereka menghormati bulan Ramadhan..

bersama kita meningkatkan amalan-amalan di bulan yang mulia ini..

mudah-mudahan segala amalan yang kita lakukan selama ini akan diterima Allah s.w.t..
ambillah peluang berada di bulan Ramadhan ini untuk sama-sama kita beribadat kepada Allah, memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan solat-solat sunat..


siiru a'la barakatillah

Friday, August 14, 2009

penantian itu...

assalamualaikum..

kesibukan dengan EGP 09 menyebabkan saya tak sempat untuk menjenguk blog ni..
rasa seperti terlalu lama blog ni ditinggalkan..
saya teringin sangat untuk bercerita mengenai EGP, namun terpaksa disimpan untuk edisi seterusnya..

alhamdulillah, akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba..
tersangat tak sabar untuk bertemu family tercinta..
insya Allah saya akan bertolak pulang ke Malaysia untuk bercuti selama dua bulan..
terasa sedih juga terpaksa meninggalkan bumi mesir walau untuk seketika..
teringat kenangan puasa dan beraya kat sini..
sangat menyeronokkan walau jauh daripada keluarga..
pengalaman yang cukup berharga untuk dikenang..

kepada adik2ku kat mesir yang disayangi terutama syifa', jaga diri baik2 sepanjang k.az tiada..jangan nakal2..
terima kasih kepada Tema dan Syifa' yang banyak menolong dan sudi untuk jaga rumah k.az..pastikan kemas ye;p

ok..cukup di sini buat kali ni memandangkan ada tetamu kat rumah..
ilalliqa'



Tuesday, August 4, 2009

Virus H1N1

emel yang saya dapat daripada seorang sahabat..harap bermanfaat untuk semua demi keselamatan bersama..


sumber : http://h1n1. moh.gov.my/ KenyataanAkhbarT erkini.php

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia 2 Ogos 2009

Pada 2 Ogos 2009 sejumlah 39 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 2 kematian dilaporkan. Semua kes adalah kes tempatan dan warga negara Malaysia. Daripada 39 kes yang dilaporkan hari ini, 35 merupakan kejadian dari 8 kluster baru dan 4 kes sporadik atau terpencil.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 2 Ogos 2009 adalah sebanyak 1,429 kes dengan 6 kematian. Daripada 1,429 kes yang dilaporkan tersebut, 574 (40%) merupakan kes import dan 855 (60%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,394 kes (98%) telah sembuh, hanya 19 kes atau 1% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan 8 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sepuluh (10) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

Terdapat sebanyak 8 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, di mana 5 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti(1), wanita hamil(2) dan imuniti rendah(2).

Maklumat berkaitan dengan kes kematian ke-enam, kes adalah seorang budak lelaki berumur 11 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 29 Julai 2009 dengan symptom demam selama 1 hari. Tiada simptom batuk dan lain-lain tanda-tanda gangguan pernafasan. Semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pada 30 Julai 2009. Hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada jam 11.00 pagi 1 Ogos 2009. Akibat komplikasi jangkitan pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 8.30pagi 2 Ogos 2009 semasa dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi.

Maklumat berkaitan 8 kluster baru influenza A(H1N1) adalah seperti di
Lampiran 1. Manakala 4 kes sporadik, terdiri daripada 2 kes kematian, seorang wanita hamil 7 bulan, dan seorang pesakit luar.

Merujuk kepada situasi global, sehingga 2 Ogos 2009, sejumlah 183,826 kes dengan 1,301 kematian telah dilaporkan daripada 167 negara. Peningkatan sebanyak 940 kes dengan 95 kematian berbanding dengan hari sebelumnya. Pertambahan negara adalah Channel Island dan Moldova.

Bagi memastikan rawatan awal dengan antiviral influenza dapat diberikan dengan segera bagi mereka yang berisiko tinggi dan menunjukkan simptom-simptom jangkitan influenza, Kementerian Kesihatan telah membuat ketetapan dengan serta-merta seperti berikut;
*bahawa semua kes-kes yang mempunyai simptom jangkitan influenza serta mempunyai faktor risiko(mengandung, obesiti, asma, penyakit paru-paru kronik, diabetik dan golong imuniti rendah), hendaklah diberi rawatan antiviral influenza sertamerta tanpa perlu membuat ujian pengesahan influenza A(H1N1). Ini adalah untuk kes-kes yang dikesan dalam masa 48 jam selepas onset.

*Ujian pengesahan jangkitan influenza hanya perlu untuk kes-kes yang dirawat di hospital.

*Bagi pelajar sekolah termasuk institusi pengajian tinggi adalah diingatkan bahawa mereka yang bersimptom hendaklah mengelakkan diri daripada menghadiri kelas atau kuliah termasuk aktiviti berkumpulan. Mereka hanya dibenarkan menghadiri aktiviti-aktiviti ini selepas 1 hari bebas simptom jangkitan influenza A(H1N1).

Maklumat semasa Influenza A (H1N1) termasuk aktiviti pencegahan boleh didapati melalui laman web Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh. gov.my dan http://h1n1. moh.gov.my ataupun melalui Talian Hotline influenza A(H1N1) Kementerian Kesihatan 0388810200 dan 0388810300 yang beroperasi antara 8.00 pagi hingga 5.30 petang setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am.

Kementerian Kesihatan yakin dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak, penularan influenza A(H1N1) di Malaysia dapat dibendung dengan sebaik mungkin untuk kesejahteraan semua.


Sekian dan terima kasih



TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD ISMAIL BIN MERICANKetua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 2 Ogos2009

Monday, August 3, 2009