Monday, March 16, 2009

Panduan Permohonan Melanjutkan Pelajaran Perubatan di Timur Tengah


Written by Biro Penerbitan dan Penerangan PERUBATAN Mesir
Friday, 13 March 2009 08:34

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, tanggal 12 Mac sekali lagi Malaysia melihat kecemerlangan demi kecemerlangan dicatat di dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2008. Tahniah diucapkan kepada semua.


Baru-baru ini pihak persatuan Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN) melalui Pengurusan PERUBATANonline turut menerima beberapa emel dari adik-adik yang berminat untuk mengetahui lanjut tentang prosedur melanjutkan pengajian di dalam bidang Perubatan di Mesir.

Justeru, di pihak PERUBATAN, kami mengambil insiatif menyusun semula beberapa maklumat permohonan daripada pihak berautoriti dengan harapan dapat membantu adik-adik memohon dan mendaftar melalui saluran yang sah dan berdasarkan prosedur yang betul.

Adalah diperingatkan supaya, semua permohonan kemasukan ke Timur Tengah mesti melalui Kementerian Pengajian Tinggi.

1) Muat turun borang permohonan:
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_medic_mesir.pdf

2) Permohonan juga perlu disertakan dengan borang berikut:
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_ssln_2009.pdfhttp://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_tiada_halangan.pdf

Secara umumnya, permohonan boleh dibuat melalui dua bentuk.

1) Permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam atau Majlis Amanah Rakyat atau mana-mana tajaan atau pinjaman.

2) Permohonan persendirian terus kepada Kementerian Pengajian Tinggi.


Bagi permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA), anda hanya perlu ke laman
http://esilav2.jpa.gov.my/ kemudian MENELITI dan MELALUI prosedur yang telah ditetapkan oleh kedua-dua badan tersebut. Prosedur permohonan kepada KPT akan diselesaikan melalui badan-badan ini setelah permohonan biasiswa diterima.

Semakan maklumat terkini JPA di
http://www.jpa.gov.my/ dan pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853892 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2009@jpa.gov.my

Semakan maklumat terkini MARA di
http://www.mara.gov.my/ dan pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111 (sambungan 1133, 1109, 1120, 3623, 3624, 3629, 3620 dan 3619) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat webmaster@mara.gov.my

Adik-adik diminta untuk mengambil perhatian serius tentang syarat-syarat permohonan, tarikh tutup permohonan, tarikh temuduga dan tarikh Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor (bagi pemohon biasiswa JPA sahaja) dan sebagainya.
(Sumber:
http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/pdf/2009_piln/iklanPILN2009.pdf)

Bagi tajaan-tajaan lain, adik-adik digalakkan untuk mendapatkan maklumat tajaan dan pinjaman dari Yayasan Kerajaan Negeri masing-masing. Dan ketiga-ketiga borang KPT di atas juga turut penting untuk dipastikan diisi dan melalui prosedur-prosedur pengesahan sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Bagi pemohon persedirian, anda PERLU melalui KPT dengan,

1) Muat turun borang permohonan:
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_medic_mesir.pdf

2) Permohonan juga perlu disertakan dengan borang berikut:
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_ssln_2009.pdfhttp://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_tiada_halangan.pdf

Berikut adalah lampiran prosedur permohonan yang turut disertakan di dalam Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar Perubatan di Mesir kemaskini Mac 2009. Prosedur ini PERLU DITELITI sebaiknya.

JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI,
ARAS 1-3, BLOK E9, PARCEL E, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA

PROSEDUR PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR PERUBATAN UNIVERSITI DI MESIR SESI AKADEMIK 2009/2010

1. Setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti pengajian bidang perubatan di universiti Mesir hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir iaitu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Kepujian dengan sekurang-kurangnya gred 3B dalam semua mata pelajaran.

2. Setiap permohonan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di universiti Mesir perlu mengemukakan dokumen sepertiberikut:

i. Dua (2) salinan Borang KPT/PERUBATAN/MESIR/2006 (Permohonan Dan Pendaftaran Pelajar Perubatan Universiti Di Mesir)

ii. Satu (1) Borang KPT/SSLN/2009 (Borang Permohonan Sijil Sokongan Luar Negara)

iii. Cabutan Sijil Lahir asal dan empat (4) salinan yang telah disahkan

iv. Sijil terjemahan SPM (Bahasa Arab) yang asal dan empat (4) salinan yang telah disahkan

v. Terjemahan cabutan Sijil Lahir (Bahasa Arab) dan 4 salinan yang telah disahkan

vi. Terjemahan Cabutan Sijil Lahir dan sijil SPM dalam Bahasa Arab perlu dibuat di Institut Terjemahan Negara Malaysia di alamat berikut :


Institut Terjemahan Negara Malaysia
Wisma ITNM
No. 2, Jalan 2/27E
Wangsa Maju, Seksyen 10
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4149-7210

vii. Terjemahan Sijil SPM dan terjemahan Cabutan Sijil Lahir perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri Malaysia di alamat berikut:

Ketua Setiausaha
Kementerian Luar Negeri
Bahagian Konsular
Wisma Putra,
No.1, Jalan Wisma Putra, Presint 2
62602 PUTRAJAYA
Tel:03-8887-4159
Faks: 03-8889-2923

viii. Tujuh (7) keping gambar warna berukuran pasport;

ix. Empat (4) salinan pasport Malaysia yang telah disahkan dan(Muka surat yang mengandungi maklumat pelajar)

x. Bayaran pengurusan dan pendaftaran sebanyak USD 50.00 bagi permohonan perubatan ke universiti di Mesir melalui bank draf dan hendaklah dicatatkan atas nama


Director, Malaysian Students
Department Cairoxi.

xi. Kenyataan pengesahan borang yang bersetem 3. Borang kemasukan dan dokumen lain yang telah lengkap diisi hendaklahdikemukakan ke alamat di bawah pada atau sebelum 31 Mei 2009:

Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (UHEJPM)
Jabatan Pengajian Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2 Blok E9, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA4.

4. Permohonan hanya melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). KPT tidak mendaftar mana-mana ejen penempatan pelajar bagi menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah

5. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah ditujukan kepada Unit Hal Ehwal Jabatan Penuntut Malaysia, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03-8883 5873.

Unit Hal Ehwal Jabatan Penuntut Malaysia
Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi.

Untuk mengetahui lanjut tentang PERUBATAN, adik-adik boleh layari
http://info.perubatan.org. Adik-adik juga boleh mendapatkan kemaskini semasa, berita dan artikel di http://perubatan.org/v3 dan mengunjungi blog-blog pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir di http://komuniti.perubatan.org. Jika berkesempatan untuk membaca panjang, ruang perbincangan di iLuvIslam juga mungkin membantu adik-adik.Sebarang persoalan berkenaan boleh diajukan di presiden@perubatan.org atau di penerbitan_penerangan@perubatan.org

Semoga berjaya semua.Sekian, terima kasih.

Menggungguli Kecemerlangan, Mengerat Kebersamaan

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)



utk maklumat lanjut, blh layari:
http://perubatan.org/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=875:permohonan-melanjutkan-pelajaran-perubatan-di-timur-tengah&catid=140:admin&Itemid=121
&
http://www.ytrg.terengganu.gov.my

Thursday, March 12, 2009

Saiyyidatina Khadijah..Isteri mithali



Saidatina Khadijah binti Khuwailid, Isteri Rasulullah SAW, ialah wanita pertama beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan mengukuhkan tekad, Nabi Muhammad dalam melaksanakan risalah dakwah Islamiah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan dan menghilangkan keletihan serta penderitaan suaminya dalam berdakwah.
Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan Rasulullah.
Rasulullah ketika menceritakan keperibadian Khadijah bersabda, maksudnya: “ Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan… daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.”


Siti Khadijah berasal daripada keturunan terhormat serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas.Beliau adalah wanita kaya serta mampu hidup mewah dengan hartanya sendiri. Namun semua itu dengan rela dikorbankannya untuk memudahkan tugas suaminya. Hal ini membuktikan beliau adalah wanita yang mendorong kemajuan pahlawan umat manusia, melindungi pejuang terbesar dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan suaminya. Sikap inilah yang menjadi sumber kekuatan Rasulullah S.A.W. Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah, Siti Khadijah setia menyertai Baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan Baginda.
Sekiranya Baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga Rasulullah pulang.
Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya upaya untuk menenangkan serta menghiburkan Rasulullah sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah, Siti Khadijah pasti bersama dan membantu Baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.


Kecintaan Siti Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya jelas berlandaskan keyakinan kuat terhadap keesaan Allah. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah. Allah Maha Adil dalam memberi rahmatNya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan.

Firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97)

Begitu hebat cinta dan kasih sayang Siti Khadijah kepada Rasulullah yang berlandaskan taqwa kepada Allah sehinggakan beliau sanggup mengorbankan harta dan jiwa demi untuk memastikan kelangsungan perjuangan Rasulullah S.A.W. Beliau juga merupakan tulang belakang yang kuat untuk Rasulullah dalam menyebarkan risalah Islam.