Friday, July 10, 2009

nukilan buat amin

assalamualaikum wrt..

semoga kita sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Allah selalu..
tersinggah ke blog abangku amin yang kini berada di manipal, india..
terasa sayu membaca post terbaru darinya..
seingat saya, hampir 3 tahun kami tidak bersua dan hampir sebulan kami tidak bertanya khabar memandangkan masing-masing sibuk dengan kuliah..

jika saya berkesempatan untuk membuka ym, beliau pula yang tiada..begitulah sebaliknya..
namun, kata-kata semangat yang diberikan sehari sebelum saya exam masih terngiang-ngiang..
itulah kasih seorang abang..
setiap kali kami berbicara, pasti akan ada kata-kata nasihat darinya..

terkenang zaman kanak-kanak..
ketika bersama, pasti ada sahaja perkara yang menyebabkan kami bergaduh..
tapi jika berjauhan, pasti ombak rindu akan melanda..
benarlah kata pepatah air dicincang tidak akan putus..
gembira bila mendengar yang dia juga akan pulang bercuti raya nanti..
insyaAllah, moga segala urusan kami dipermudahkan..
jumpa di rumah bonda dan ayahanda tercinta=)

2 comments:

aku dr amin said...

aduh adikku yang amat kurindui
ketahuilah adik
betapa pengalaman dan dugaan cabaran dalam hidup itu benar benar membuatkan kita menjadi seorang yang cukup dan semakin matang dalam hidup ini
tiada yang indah selain melihat wajahmu yang ceria
moga rindu abang akan terubat untuk bertemu adik yang tercinta
pasal tag tue nanti la ada masa abang buat yer.
malas lagidan agak sibuk juga.
exam menjaelang sebulan lagi ni

azliani ismail said...

salam imtihan..imtihan hanya untuk menguji sejauh mana kefahaman kita..
namun bukanlah nilai kejayaan yang hakiki itu dinilai melalui cemerlang nya kita dlm imtihan, bahkan ia dinilai melalui sejauh mana redha, sabar dan syukur kita ke hadrat Illahi disamping ilmu yang dipraktik..
all da best my bro!!