Friday, July 31, 2009

Mansurah

Pada 24 julai yang lalu, saya sempat turun ke Mansurah untuk berjumpa sahabat di sana di samping membeli sedikit keperluan untuk pulang ke Malaysia. Memandangkan jadual yang terlalu ketat, saya hanya sempat berada berada di sana selama 2 hari saja..

Sempat juga saya turut serta mengikuti kelas Ust Salman pada petang 24/7 dan pagi 25/7..kelas Ust pada petang 24/7 adalah berkaitan dengan Isra' Mikraj dan ada la sikit jamuan makan-makan..alhamdulillah nampaknya saya 'langkah kanan'..apalagi time tu memang perut tengah menyanyi..apa taknya, 2 jam berada dalam bas ke Mansurah..

Antara isi2 penyampaian daripada Ust yang nak saya kongsikan adalah ayat 1 dari surah Al-Isra'..Allah berfirman:

سبحا ن الذى أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام الى المسجد الأقصا الذى بركنا حوله لنريه من ءايتنآ انه هو السميع البصير

Maksudnya: "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-NYA pada suatu malam dari Masijidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

Allah memulakan surah Al-Isra' ini dengan ayat "سبحان" yang menunjukkan bahawa hanya Allah yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu..Dia lah yang Maha Suci yang berhak disembah oleh sekalian makhluk..


kemudian Allah menggunakan perkataan "بعبده" iaitu hamba-NYA..menjelaskan kepada kita bahawa Rasulullah juga adalah hamba kepada Allah S.W.T seperti juga manusia lain..yang membezakan Baginda dengan umat manusia adalah Baginda seorang Rasul yang diutus Allah untuk menyampaikan risalah Islam dan terpelihara dari dosa..banyak sifat2 hamba yang dijelaskan Allah dalam Al-Quran dan antaranya adalah dalam surah Al-Furqan ayat 63-74..antaranya saya petik:


1) orang2 yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang2 jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata2 yang baik.


2) orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Rabb mereka.


3) orang2 yang berkata: "Ya Rabb kami, jauhkanlah azab jahannam daripada kami, sesungguhnya azab itu adalah kebinasaan yang kekal".


4) orang2 yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan dan tidak pula kikir dan adalah (perbelanjaan) itu di tengah2 antara yang demikian.


5) orang2 yang tidak menyembah selain Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina.


6) orang yang bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya dan mengerjakan amal soleh.


7) orang2 yang tidak memberikan penyaksian palsu.


8) orang2 yang apabila diberi peringatan dengan ayat2 Rabb mereka, mereka tidak menghadapinya sebagai orang2 yang tuli dan buta.


9) orang2 yang berkata: "Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri2 kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertqwa"


itulah antara sifat2 hamba yang dapat saya petik dan banyak lagi sebenarnya yang terdapat dalam ayat2 Allah S.W.T..


Seperti yang kita semua maklum, peristiwa Isra' Mikraj ini berlaku pada waktu malam kerana malam adalah waktu yang paling sesuai untuk seorang hamba itu menghadap dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah..waktu di mana doa seorang hamba yang soleh itu mustajab..ketika mana insan yang lain masih lagi lena dibuai mimpi, tapi hamba-NYA yang beriman bangun untuk bersujud dan berzikir kepada Rabb..


Pada permulaan Isra' dan Mikraj, ketika Rasulullah berada di rumah, datang malaikat Jibril dan membelah dada Rasulullah untuk mensucikan hati Rasulullah S.A.W dengan air zamzam..pengajarannya di sini, untuk memulakan sesuatu, kita perlulah terlebih dahulu membersihkan hati daripada sebarang kemaksiatan supaya apa yang kita perolehi itu diberkati Allah S.W.T..


Dan, pada akhir Isra' dan Mikraj, Rasulullah S.A.W bertemu dengan Allah S.W.T..menunjukkan kepada kita bahawa perjalanan kita di atas bumi ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mencari "مرضاة الله"..dan pada akhirnya kita akan bertemu Allah untuk dihisab segala amalan kita selama ini..


Ada lagi yang diterangkan oleh Ust Salman berkaitan dengan perkara2 yang berlaku kepada Rasulullah S.A.W ketika perjalanan Isra' dan Mikraj baginda..tapi saya rasa cukup perkongsian ilmu yang saya nyatakan di atas..walau sedikit cuma dan kebanyakannya telah pun kita ketahui, saya harap ia menjadi sematan di dada semua..


terima kasih kepada Su yang sudi menumpangkan saya dan junior (syifa')..memandangkan Su baru pindah, jadi sempat juga saya kenal rumah Su yang baru..dan terima kasih juga sebab bawa kami berjalan2 di Istad (taman yang berhampiran dengan rumah Su)..tapi oleh kerana kami tak bawa kamera, tak dapatlah nak upload foto.. alfu syukran juga kepada k.hanan dan ahli bait yang menumpangkan kami di rumah pada hari kedua kami di Mansurah..jemput2 turun ke Kaherah pula pada 8-11 ogos untuk sama2 memeriahkan Perayaan Sambutan Hari Kemerdekaan Ekspo Gempak PMRAM 2009..untuk maklumat lanjut boleh lawati http://www.egp-pmram.blogspot.com/



No comments: