Tuesday, July 28, 2009

Kegagalan & Kemenangan

assalamualaikum..
terasa sudah lama saya tidak meng'update' blog ini..kesian dibiar begitu sahaja..
selain kekangan masa, keterbatasan idea untuk memulakan penulisan setelah begitu lama ditinggalkan..
rupanya bukan mudah untuk menjadi seorang penulis..
kadang-kadang tangan sudah berada di keyboard, tapi fikiran masih melayang-layang memikirkan apa yang perlu ditulis..
alhamdulillah, rata-rata keputusan final exam bagi pelajar perubatan telah pun keluar kecuali universiti alexandria kerana mereka baru sahaja habis exam pertengahan julai yang lalu..
tahniah saya ucapkan kepada yang berjaya..kepada yang diberi peluang untuk duur thani, masih ada waktu untuk kalian teruskan usaha disamping pergantungan sepenuhnya kepada Allah yang Maha Berkuasa..


kejayaan bukanlah beerti seseorang itu telah menang kerana disebalik kejayaan itu terkandung berbagai ujian..
kemenangan hakiki adalah apabila seseorang itu mampu untuk redha dan syukur dengan segala kurniaan Allah sama ada dalam kenikmatan mahupun kesusahan..
mereka tidak merasa sombong dan takabbur dengan nikmat yang diperoleh dan tidak merasa kecewa dan putus asa dengan dugaan dan ujian daripada Allah..

mereka yang tidak mendapat natijah yang diimpikan bukanlah kerana mereka gagal atau tidak mencuba yang terbaik, tapi Allah ingin mengangkat darjat mereka dengan memberi sedikit sahaja ujian untuk menguji kesabaran dan keimanan mereka kepada-NYA..
DIA ingin hamba-NYA sentiasa mengingati dan memohon kepada-NYA..



DIAlah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
bukan DIA tidak mahu memberi kejayaan, namun DIA ingin menangguhkan dulu kejayaan itu supaya kita benar-benar menghargai erti sebenar kejayaan dan kegagalan dalam hidup ini..DIA mahu kita mengkaji dan meneliti erti perjalan sebuah kehidupan supaya apabila kita berhadapan dengan cabaran yang lebih besar, kita mampu untuk menghadapinya..

kepada sahabat-sahabat..

kegagalan bukan bermakna saya gagal,
ia bermakna saya belum berjaya..
kegagalan bukan bermakna saya tidak mencapai apa-apa,
ia bermakna saya telah pelajari banyak perkara..
kegagalan bukan bermakna saya telah diperbodohkan,
ia bermakna saya ada keyakinan kuat untuk mencuba sesuatu yang baru..
kegagalan bukan bermakna saya telah diaibkan,
ia bermakna saya berani meneroka sesuatu yang baru..
kegagalan bukan bermakna saya tidak mendapat apa-apa kejayaan,
ia bermakna saya perlu melakukan sesuatu dengan cara yang lain..
kegagalan bukan bermakna martabat saya telah tercemar,
ia bermakna bahawa saya bukanlah sempurna..
kegagalan bukan bermakna saya telah membazir hidup saya,
ia bermakna saya ada alasan untuk memulakan hidup baru..
kegagalan bukan bermakna saya perlu menyerah kalah,
ia bermakna saya mesti berusaha lebih kuat lagi..
kegagalan bukan bermakna saya tidak mungkin berjaya,
ia bermakna saya perlu bersabar..

~orang yang tidak pernah gagal adalah mereka yang tidak pernah berbuat apa-apa~

No comments: