Sunday, July 12, 2009

Award from syimah...

selama ni asyik baca orang kena tag..terdetik juga, apa la diorang ni nak meng'tag' orang..tup2, syimah pulak yang meng'tag' saya..tapi, untuk menghargai sahabatku ini yang telah bersusah payah meng'tag', saya jawablah juga apa yang boleh..maaf la kalau tak seperti apa yang diharapkan..

1- Copy this award and place it at your blog


2- Give 5 interesting facts about the giver..

About syimah yer…
*dulu2 kami tak adalah rapat sangat tapi bila jumpa kat mesir, terasa ukhuwwah tu erat macam dah rapat kat malaysia ( berkat bumi mesir agaknya)

* ingatkan seorang yang pendiam tapi rupanya xder la pendiam sangat

* seorang suka tersenyum (betul ke???)

* kata kawan2, syimah ni pandai masak tapi setakat ni saya xberpeluang lagi untuk merasai masakannya (lain kali saya singgah alex, syimah kena masak..he2)

3- give 10 things about yourself

Kena cakap jugak ke pasal diri sendiri?? Ish3..
* antara 'insan istimewa' dalam kuliah

* takut kucing tapi tak benci..(suka tengok kucing yang comel)

* tinggal di sekitar sabi’e bersama 3 orang lagi ahli bait (acik, ateh dan ucu)

* suka makan..pantang ada makanan kat depan mata..tapi sekarang terasa nak makan buah-buahan tempatan (esp. durian)

* mula belajar masak ketika di mesir sebab semua kena berdikari, kena buat sendiri coz jauh dari mak ayah (masak ala kadar je untuk isi perut)

* mudah marah (sekarang tengah cuba untuk buang sikap ni)

* sedang cuba menjiwai watak yang diamanahkan

4-Give this award to 4 bloggers lain

Hmm..nak bagi sape ye..kebanyakan dah kena..terima je la sape yang bertuah ni..
-- akh amin

-- saidah
-- sue ha
-- fatin
-- solehani

Friday, July 10, 2009

liqa' jama'i

alhamdulillah, dengan rahmat Allah, liqa' jama'i akhawat kelantan berlangsung dengan jayanya pagi jumaat, 10 julai 2009..

syukran kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini..(teringat pula program semasa sekolah dulu)

antara pengisian adalah slot 'talk show' yang dikendalikan oleh ahli panel yang cukup mantap..
ada juga slot berbentuk modul, yang mana kami dibahagikan kepada 2 kumpulan..
kumpulan pertama dikehendaki mencari kertas A4 putih dan kumpulan kedua mencari kertas suratkhabar..
dengan kertas-kertas yang dijumpai, kami dikehendaki melakukan apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan kehidupan insani..

apa yang ditekankan dalam liqa' jama'i kali ini adalah konsep dakwah, cabaran dan persiapan yang perlu ada bagi seorang penda'i..

sebagaimana yang kita ketahui dan sedia maklum, akhlak remaja kita sekarang terutama di Malaysia, semakin membimbangkan..
mereka sebenarnya amat merindukan teman-teman yang mampu untuk mengajak mereka kembali kepada jalan kebenaran dan menjauhi perkara-perkara yang mungkar..

jadi, peranan kita sebagai seorang yang memahami tuntutan agama, terutama para azhari dan azhariah, untuk mendampingi mereka dengan cara yang berhikmah dan mengembalikan mereka ke jalan yang benar..

amat penting bagi seorang pendakwah untuk melengkapkan ilmu dan thaqafah serta mempelajari method-method dakwah yang berkesan supaya kita mampu mendampingi remaja-remaja kita yang kekurangan kasih-sayang ini..
seorang penda'i juga perlu mendekatkan diri kepada Allah dengan melazimi qiamullail dan sentiasa berzikir kerana dari situlah kita akan mendapat kekuatan rohani..


suka saya ulangi tiupan semangat daripada orang lama di sini:

jika bukan kita, siapa lagi??

jika bukan di sini, di mana lagi??

dan jika bukan sekarang, bila lagi??

sama-sama kita renungkan...

nukilan buat amin

assalamualaikum wrt..

semoga kita sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Allah selalu..
tersinggah ke blog abangku amin yang kini berada di manipal, india..
terasa sayu membaca post terbaru darinya..
seingat saya, hampir 3 tahun kami tidak bersua dan hampir sebulan kami tidak bertanya khabar memandangkan masing-masing sibuk dengan kuliah..

jika saya berkesempatan untuk membuka ym, beliau pula yang tiada..begitulah sebaliknya..
namun, kata-kata semangat yang diberikan sehari sebelum saya exam masih terngiang-ngiang..
itulah kasih seorang abang..
setiap kali kami berbicara, pasti akan ada kata-kata nasihat darinya..

terkenang zaman kanak-kanak..
ketika bersama, pasti ada sahaja perkara yang menyebabkan kami bergaduh..
tapi jika berjauhan, pasti ombak rindu akan melanda..
benarlah kata pepatah air dicincang tidak akan putus..
gembira bila mendengar yang dia juga akan pulang bercuti raya nanti..
insyaAllah, moga segala urusan kami dipermudahkan..
jumpa di rumah bonda dan ayahanda tercinta=)

Thursday, July 9, 2009

Jom sertai

cuti musim panas bermula lagi. seperti biasa, banyak program-program yang dianjurkan untuk mengisi masa-masa luang yang ada. antaranya Seminar Perubatan Islam Mansurah. jadi, kepada sahabat-sahabiah di sekitar mesir yang mempunyai keluangan waktu, jemput menjengah Mansurah pada 11 julai 2009 ini.

selain itu, pada 15 & 16 julai ini, akan diadakan Hari Tautan Ukhuwwah dan Mahabbah (HABBAH '09) kepada seluruh akhawat Kelantan di sekitar Mesir. banyak aktiviti menarik menanti antaranya ceramah kesihatan, medical checkup, forum dan pada hari kedua akan diadakan acara padang & sukaneka. pastikan antunna tidak ketinggalan. (iklan akan menyusul)

Alhamdulillah..


alhamdulillah, hari ini, dengan rasminya berakhirlah final exam bagi pelajar tahun 2 universiti ain shams. subjek terakhir kami adalah psychology (soalan mcq sebanyak 45 soalan dalam masa 1 jam). dan dengan rasminya juga cuti kami bermula walau agak lewat daripada universiti-universiti lain.

Kelahiran baru..

8 julai,tepat jam 3 pagi waktu mesir, ketika sedang berbual-bual dengan k.zah dan syifa' sambil melayan karenah sumayyah (anak k.zah) yang masih belum mahu tidur kerana tidak berapa sihat, saya dikejutkan dengan bunyi mesej yang datang daripada abang ipar. alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, kakak saya (k.na) dah selamat melahirkan seorang lagi putera seberat 3.07 kg selamat dilahirkan pada 6 julai 2009 jam 12.44 tengah hari di Hospital Mukah, Sarawak. kelahiran baru ini merupakan anak ke-2 k.na merangkap anak saudara saya yang ke-9. i.Allah doakan semoga putera ini akan menjadi penyambung generasi perjuangan Rasulullah dalam menegakkan syiar Islam. amiinn..


juga tahniah kepada k.bal dan ust yusri yang menimang cahaya mata sulung baru-baru ini.

selamat pengantin baru..

tahun ini, sekali lagi Rumah Kelantan Baru (RKB) meriah dengan 2 orang pasangan pengantin, Ust Toha dan K.za serta Ust Che Rahim dan K.mahanum yang selamat menyempurnakan majlis mereka pada 5 julai yang lalu. terlerai sudah persoalan yang bermain di fikiran tentang siapakah k.za yang menjadi pasangan ust toha. rupanya k.za yang dicari-cari tu adalah orang yang saya kenal. apepun, semoga mereka sentiasa di bawah rahmat dan inayah Allah dalm melayari mehnah hidup berumah tangga tambah-tambah di negara orang. semoga kebahagiaan mengiringi mereka hingga ke akhirnya..

selamat kembali ke malaysia..

sayonara buat mak dan ayah angkat Bait Nawa (nama rumah kami) iaitu K.lah dan ust Syah yang telah meninggalkan bumi Mesir pada 30 julai yang lalu. akhirnya sampai juga hajat 'mok' untuk melahirkan anak di Malaysia. alhamdulillah perjalanan mereka selamat dan dipermudahkan. terima kasih kerana sudi melayan karenah kami serta memberi nasihat dan panduan yang berguna buat kami untuk meneruskan hidup di perantauan. insyaAllah, andai diizinkan Allah, kita akan berjumpa di Malaysia

Thursday, June 18, 2009

Kasih kita

Hampir 3 tahun berpisah, masing-masing mengikut haluan sendiri, mengejar cita-cita. Namun kenangan antara kita tetap segar bermain di minda apatah lagi bila mendapat tahu kita akan kembali berkumpul untuk 'reunion'. Teringat detik-detik bersama. Saat mencantikkan kelas, undian design baju 5sc1 dan aktiviti kita bersama. Pelbagai ragam, yang senyap, yang bising, yang rajin, yang selalu tiada dalam kelas, yang tidur dan sebagainya tetapi ragam itulah yang menambahkan seri kelas kita. Paling tidak dapat dilupakan saat Majlis Restu Ilmu sempena SPM kat PCB dan reunion last kita di Oriental Restaurant (kecoh mengalahkan pengunjung lain). Masih terngiang-ngiang persembahan lagu "Lilin Seorang Guru" terutama bila mendengar lagu itu. Alangkah indahnya andai saat itu dapat kita ulangi semula. Namun waktu yang berlalu tak mungkin untuk kita ulang kembali. Saat itu hanya mampu berada dalam lipatan memori terindah untuk kenangan yang abadi.

Terima kasih kepada yang merancang reunion ini memandangkan raidah dan naibah kita, kedua-duanya berada di Jordan. Semoga perancangan ini dipermudahkan Allah. Insya Allah ikatan ukhuwwah berlandaskan iman kepada Allah akan terus mekar, semekar bunga mawar di taman yang indah.

Lagu Cebisan Kenangan dendangan Amar ini saya tujukan khas buat sahabat 5sc1. Semoga ukhuwwah antara kita terus berkekalan hingga akhirnya.

Ukhuwwah yang terbina persis sekuntum bunga
Meskipun kini, kita terpisah demi kasihNYA
Namun cebisan kenangan kita
Sentiasa bermain di bayangan mata
Detik waktu yang berlalu
Menjadi memori kau dan aku

Sewaktu kita bersama
Saling setia menimba ilmu
Tanpa mengenal erti penat jemu
Ingatkah kau lagi
Kita bersama memijak onak duri
Di tanah gersang mengutip semangat suci
Kini segalanya tersurat dalam sanubari

Bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
Ada rahmat yg tersembunyi
Bertemu berpisah kerana Allah
Lumrah kehidupan insan beriman
Moga saat nan indah ku harap berulang lagi

Tuesday, June 16, 2009

Al-Khawarizmi ilmuan matematik Islam

:: Al-Khawarizmi (800-847) ::

... Tokoh terbesar pada masa keemasan Baghdad. Salah seorang penulis Muslim yang menggabungkan ilmu matematik klasik barat dan timur, mengklasifikasikan dan akhirnya membangkitkan kesedaran daratan Eropah ...

Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi hidup pada zaman khalifah al-Ma/mun (813-833) iaitu ketika zaman khalifah Abasyiah, di kawasan Khwarizmi, sebuah daerah di timur laut Kaspia.

Al-Khawarizmi adalah seorang ilmuan genius pada masa keemasan Baghdad yang sangat besar sumbangannya terhadap ilmu algebra dan aritmetika. Karyanya, kitab Aljabr Wal Muqabalah merupakan pertama kalinya dalam sejarah di mana istilah algebra muncul dalam konteks disiplin ilmu. Karangan itu sangat popular di negara-negara barat dan diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Latin dan Italia. Bahasan yang banyak dinukil oleh ilmuwan barat dari karangan Al-Khawarizmi adalah tentang persamaan kuadrat.

Dalam bidang aritmetika, Al-Khawarizmi menulis kitab Al-Jam wal Tafriq bi Hisab al-Hid (Book of Addition Substraction by the Methode Calculation). Edisi asli berbahasa Arab telah hilang, tetapi versi lainnya ditemukan pada tahun 1857 di perpustakaan Universiti Cambridge. Karya Al-Khawarizmi itu dikenal sebagai buku pelajaran pertama yang ditulis dengan menggunakan sistem bilangan desimal. Meskipun masih bersifat dasar, ini merupakan titik awal penyeimbangan ilmu matematik dan sains. Di Eropah, karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin sebagai Alchwarizmi, Alkarismi, Algorithmi, Algorismi. Para pelajar Eropah mengaitkan Al-Khawarizmi dan New Arithmetic yang pada akhirnya menjadi basis notasi angka, di mana notasi penulisan angka Arab dikenal dengan Algorism atau Algoritma.

Setelah Al-Khawarizmi meninggal, keberadaan karyanya beralih kepada komuniti Islam termasuk menjabarakan bilangan dalam sebuah methode perhitungan. Dan tentunya, tidak dapat kita lupakan karyanya seperti huruf-huruf algebra, algoritma, penulisan notasi angka nol, nilai akar bilangan, dan dalam bidang lainnya.

Monday, June 8, 2009

10 wasiat sebagai bekalan

Antara pesanan terakhir Asy-Syahid Al-Imam Hassan Al-Banna sebelum beliau dipanggil Illahi dengan kematian yang paling mulia ; " Bacalah.. Renunglah.. Kemudian teruslah Beramal.."

1. Apabila saudara mendengar azan, bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah A-Quran, tatapilah buku atau pergilah mendengar perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikitpun untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah seberapa daya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa jua perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong itu tidak memberi apa-apa kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram.

6. Janganlah bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam perjuangan.

7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh para pendengar, kerana yang demikian itu adalah suatu tabiat yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi-peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan dengan apa-apa yang boleh memberikan kebajikan.

9. Berkenal-kenallah dengan setiap saudara muslimin yang saudara temui sekalipun ia tidak meminta untuk berkenalan kerana asas seruan Islam ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan-kewajipan kita adalah lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, bantulah saudaramu seperti saudara melakukan tugas sendiri, maka ringankanlah perlaksanaannya.

sanah helwah ya ukhti...




menu utama : nasi kerabu
soya buatan ucu
kek buatan ateh n 'mok'