Monday, June 8, 2009

10 wasiat sebagai bekalan

Antara pesanan terakhir Asy-Syahid Al-Imam Hassan Al-Banna sebelum beliau dipanggil Illahi dengan kematian yang paling mulia ; " Bacalah.. Renunglah.. Kemudian teruslah Beramal.."

1. Apabila saudara mendengar azan, bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah A-Quran, tatapilah buku atau pergilah mendengar perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikitpun untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah seberapa daya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa jua perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong itu tidak memberi apa-apa kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram.

6. Janganlah bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam perjuangan.

7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh para pendengar, kerana yang demikian itu adalah suatu tabiat yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi-peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan dengan apa-apa yang boleh memberikan kebajikan.

9. Berkenal-kenallah dengan setiap saudara muslimin yang saudara temui sekalipun ia tidak meminta untuk berkenalan kerana asas seruan Islam ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan-kewajipan kita adalah lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, bantulah saudaramu seperti saudara melakukan tugas sendiri, maka ringankanlah perlaksanaannya.

No comments: