Thursday, January 21, 2010

..::Exam Mode::..

بسم الله الرحمان الرحيم

Terima kasih ucu buatkan kami kek yang special ni (",)

Pertama sekali, salam imtihan buat semua warga azhari dan azhariah, bakal-bakal doktor dan doktorah yang telah, sedang dan bakal menduduki imtihan fasa 1 @ mid year exam @ peperiksaan pertengahan tahun dan nama-nama yang sewaktu dengannya.
Jika di Malaysia sekarang menghadapi gelombang PRK (pilihan raya kampus), kami di sini menghadapi gelombang IMTIHAN.

Tertarik untuk berkongsi kata-kata yang saya dapat daripada sahabat untuk sahabat..

:::Tidak ada daya dan kekuatan bagi manusia kecuali dari Allah. Apabila dia diserahkan pada dirinya sendiri, maka sungguh dia akan hancur dan binasa. Namun kalau dia menyerahkan segala urusannya kepada Allah Ta'ala dan meminta tolong kepada-Nya dalam menuntut ilmu, maka Allah pasti akan menolongnya. Allah 'Azza wa Jalla telah memberikan dorongan untuk berbuat demikian dalam Kitab-Nya yang mulia, Allah befirman : ( إياك نعبد وإياك نستعين ) Hanya kepada-Mu kami beribadah dan hanya kepada-Mu kami meminta pertolongan. [Al-Fatihah] :::

:::Bila mana keyakinan kita adalah keyakinan tertinggi pada Allah, segala yang sempit menjadi lapang, yang sulit menjadi senang, jiwa resah menjadi lapang:::

Semoga menjadi penawar buat kita dalam fatrah imtihan ini..Teruskan ISTIQAMAH dengan ibadah-ibadah sunat yang dilakukan..
..Salam imtihan..

Oppss, jangan lupa untuk bertanya khabar kedua ibu bapa kita ^-^



~Tak lupa juga selamat berkempen dan mengundi buat sahabat2 kampus di Malaysia ^-^

Sunday, January 10, 2010

Palestine bergolak lagi..

Palestin terus bergolak..Hampir saban hari, berita mengenai pengeboman yang dilakukan tentera Israel bergema..Sudah berapa ramai kanak-kanak, wanita, golongan tua dan para mujahid yang syahid demi memperjuangkan Palestin..

Apa peranan kita yang berada jauh dari mereka? Yang tidak mampu untuk turut sama berjuang dengan mujahidin di sana?

Teruskan memboikot barangan-barangan keluaran Israel dan sekutunya..Semoga usaha kita yang sedikit ini, mampu memberi impak yang luar biasa dan memberi semangat kepada para mujahid untuk terus berjuang!!

Di samping itu, teruskan juga mendoakan saudara Islam kita di Palestin kerana DOA adalah SENJATA utama yang mengikat hati orang-orang Mukmin..

Ya Allah..

Sesungguhnya kami
meletakkan-Mu di batang2 leher musuh2 kami..

Dan Kami berlindung
denganMU daripada kejahatan mereka..

Ya Allah..

Leburkanlah
kumpulan-kumpulan mereka..

Pecah-belahkan dan
kacau-bilaukan persatuan mereka..

Goncangkan pendirian
mereka..

Dan hantarlah anjing2-MU
kepada mereka..

Wahai Allah Yang Gagah
Perkasa..

Wahai Allah Yang Maha
Menghukum..

Wahai Allah Yang
bersifat Murka..

Ya Allah..Ya Allah..Ya
Allah

Wahai Allah yang
Menurunkan Kitab..

Wahai Allah Yang
Mengarahkan Awan..

Wahai Allah Yang
Menewaskan bala tentera Al-Ahzab..

Kalahkan mereka dan
menangkan kami ke atas mereka..

Saturday, January 9, 2010

Untuk yang teristimewa...

Sanah helwa buat dua hero yang disayangi..(Ayah dan juga A.wan)



Semoga kalian sentiasa dalam rahmat kasih Allah selalu..

Selalu saja apabila saya menelefon ayah, beliau sering berkata :"Sentiasa solat tahajud dan membaca Al-Quran kerana Al-Quran adalah sumber ketenangan dan kekuatan diri. Ayah dan ma tidak mampu untuk memberi harta yang banyak, hanya ilmu yang mampu dicurah untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Ma dan ayah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak."

Kata-kata beliau akan sentiasa diingati sebagai semangat di kala diri sedang mencari hakikat hidup yang sebenar.

Kawan, sahabat dan teman mungkin boleh dicari ganti. Tapi Ibu Bapa adalah insan yang tidak dapat dicari penggantinya..

~Terima kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu yang tiada tolok bandingnya ini.

Thursday, December 31, 2009

Ahlan Wasahlan 2010

Assalamualaikum..
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah yang masih lagi memberi peluang kepada kita untuk menghirup udara-NYA di bumi ini. Sekarang kita berada di ambang tahun baru yang ke-2, setelah kita melalui tahun baru Hijrah selama 14 hari. Seperti biasa, hari ini pengajian tetap diteruskan. Jalan raya yang basah dan dipenuhi air seolah-olah hujan pada malam harinya. Mungkin juga hujan tapi saya tak sedari kerana rumah saya pada tingkat 3 dan tingkap bilik ditutup rapat untuk meghilangkan sejuk.

Fikiran tiba-tiba melayang mengingat kembali kisah lama. Ketika itu saya dalam perjalanan untuk menyertai Semarak Fitrah PERUBATAN 2008. Keadaan jalan raya yang dipenuhi air, dengan hujan yang turun tidak henti (walaupun tak selebat hujan di Malaysia, tapi disebabkan sistem perparitan yang kurang elok, air melimpah di atas jalan), sehinggalah saya berjaya mendapatkan bas. Tapi seperti biasa, perlu bersesak-sesak pula di atas bas. Ia satu peristiwa manis yang takkan saya lupa, merasai hujan di bumi Mesir:p
Kembali semula kepada tahun baru yang semakin menampakkan wajahnya. Setiap kali tahun baru, pasti semua orang akan mula berfikir apa azam untuk tahun ini. Pastinya kita menginginkan tahun 2010 yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Azam perlulah disertakan dengan niat yang ikhlas dan usaha yang berterusan untuk memastikan azam tercapai. Namun, perlu juga diingat bahawa segalanya datang dari Allah. Jadi, sentiasalah bertawakal dan berdoa kepada Allah supaya DIA memudahkan urusan kita dan menjadikan kita hamba yang sentiasa redha dan syukur.

Di samping itu, sama2lah kita turut mendoakan saudara Islam kita di Palestin, Iraq, Afghanistan dan seluruhnya supaya Allah melindungi mereka daripada keganasan musuh Islam dan memberikan syahid kepada pejuang2 Islam. Semoga tahun baru yang bakal menyinari, terus bersinar dengan cahaya2 Islam.

Saturday, December 26, 2009

Insya Allah...

Insya Allah - Maher Zain
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Thursday, December 17, 2009

Hijrah sumber inspirasi..

Seperti biasa, saban tahun, musim sejuk yang dingin menyapa kembali. bumi mesir kembali mengalami perubahan musim. sudah hampir 2 bulan musim sejuk menjelma. apa yang menarik pada musim sejuk ini? tidur yang banyak kerana malam yang panjang?? sebenarnya musim sejuk ini mengajar erti pengorbanan terutama sebagai seorang pelajar. disebabkan pada musim ini, malam lebih panjang daripada siang, maka sangatlah elok jika di ambil peluang ini untuk study. tapi, harus di ingat, musim ini juga sangat kuat nafsu menggoda. nafsu makan, tidur, malas nak keluar dari saratoga (selimut tebal) dan sebagainya. maka dengan ini, perlulah kepada sifat untuk berkorban.

Bersesuaianlah dengan tahun baru Hijrah yang menjelma ini untuk kita hayati kembali sejauh mana pengorbanan yang telah kita lakukan berbanding dengan pengorbanan Rasulullah S.A.W dan para sahabat. tentulah antara langit dan bumi jauhnya. sesungguhnya pengorbanan mereka amat besar dalam membawa risalah Islam agar terus tertegak di muka bumi Allah ini. kita pula bagaimana?

Kehadiran tahun baru bukanlah semata-mata untuk kita raikan dengan majlis-majlis besar, atau nyanyian lagu-lagu nasyid yang mengingatkan tentang sirah penghijrahan Rasulullah dan para sahabat dari Mekah ke Madinah beribu tahun yang dulu. itu hanyalah dapat membangkitkan semangat dan ingatan kita. Namun, kedatangan tahun Hijrah lebih menggamit kita untuk menghayati erti sebenar hijrah dalam diri kita.

Tiada lagi hijrah selepas pembukaan kota Mekah kerana negara Islam telah pun tertegak. Tapi hijrah kita pada masa ini adalah lebih kepada untuk membaik pulih apa yang telah sedia ada. Pemuliharaan dan pemeliharaan nilai-nilai murni dalam diri individu, keluarga, masyarakat dan negara. Berhijrah ke arah sesuatu yang lebih baik. Ia bukanlah semudah kita mempelajari ABC. Ianya memerlukan kefahaman yang jelas, keikhlasan, pengorbanan dan pengamalan.

Sebagai contoh, seorang yang bergelar pelajar, dalam menempuh hari-hari sebagai seorang pelajar, dia perlu faham kenapa dia perlu ke sekolah, belajar, menyiapkan kerja rumah yang diberikan dan sebagainya. Dari situ dia akan berusaha untuk mengikhlaskan diri dalam pelajaran, dan mengorbankan masa bermainnya untuk memenuhi tuntutan sebagai seorang pelajar.

Begitu juga dalam konteks kita sebagai seorang hamba dan khalifah di bumi ini. Pertamanya, kita perlu faham tentang tujuan hidup kita yang sebenarnya. Allah menjadikan kita atas dunia ini bukanlah semata-mata untuk berseronok, menghabiskan masa dengan shopping, bermain-main, menikmati usia muda dan lain-lain keseronokan dunia. Tapi keberadaan kita atas dunia ini menuntut sesuatu yang lebih daripada itu. Terkadang dalam membawa peranan kita mengikut skrip yang telah disediakan, memerlukan kita untuk bekerja keras dan berusaha mengikut apa yang telah digariskan supaya jalan ceritanya nanti tidak cacat dan menarik.

Namun realitinya kini, skrip yang ada telah dicemari dengan tangan-tangan kotor yang mahu mensabotaj apa yang kita ada kerana mereka dengki dengan apa yang kita miliki hasil perjuangan junjungan besar Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Mereka tidak boleh melihat kita bersenang-lenang dengan kekayaan akhlak dan budi pekerti kita. Mereka iri dengan kegemilangan yang telah kita kecapi selama ini.

Sayangnya kita tidak menyedari semua itu. Dan jika kita sedaripun, kita seolah-olah menyetujui perbuatan mereka kepada kita. Sehinggakan undang-undang Islam diketepikan, pemuda-pemudi harapan kita dilekakan dengan kecintaan kepada dunia yang tidak kekal. Musuh-musuh Islam bergelak ketawa dengan propaganda yang mereka lakukan tanpa menyedari kekuasaan sebenar bukanlah terletak di tangan mereka tetapi di tangan Allah S.W.T.

Jadi, ayuhlah kita bergerak maju ke hadapan, menghayati konsep hijrah Rasulullah S.A.W yang memberi banyak pengajaran kepada kita. Hijrah mengajar kita erti kemenangan jika segala yang kita lakukan adalah berdasarkan syariat yang telah ditetapkan. Kemenangan mutlak akan menjadi milik umat Islam andai keimanan yang jitu diletakkan hanya kepada Allah S.W.T.

Hijrah juga menekankan konsep kebersamaan kita umat Islam sebagaimana Rasulullah S.A.W mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar setibanya mereka di Madinah. Sehinggakan golongan Ansar yang mempunyai lebih daripada satu isteri sanggup menceraikan isteri mereka dan mengahwinkannnya kepada kaum Muhajirin kerana ukhuwah mereka terbina di atas aqidah yang Satu.

Oleh itu,bersamalah kita membina generasi masa hadapan yang lebih gemilang dan cemerlang berlandaskan apa yang telah digariskan syariat. Islam bukanlah mengongkong penganutnya, bahkan kita sendiri yang mengongkong minda dan fikiran kita dari kebenaran yang telah sedia ada di depan mata. Sesungguhnya, sudah terang lagi bersuluh, Islam membawa kita daripada kegelapan kepada cahaya kebenaran.

"Allah Pelindung (bagi) orang-orang yang beriman; DIA mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya."
(Al-Baqarah : 257)

Jom Hijrah ke arah yang lebih baik!!!

Wednesday, November 25, 2009

jom jadi baik..

Assalamualaikum w.r.t

Hari semakin berlalu, usia semakin bertambah, tugas juga semakin berat. Dalam 10 wasiat As-Syahid Imam Hasan Al-Banna, wasiat terakhir yang digariskan beliau adalah:

"Tanggungjawab melebihi masa yang ada"
Sahabat sekalian,
sebenarnya banyak tugas dan tanggungjawab kita yang masih belum tertunai. Tanggungjawab pada diri sendiri, pada keluarga, pada masyarakat, pada negara, pada dunia dan lebih penting tanggungjawab kita kepada pencipta kita Yang Maha Esa. Terkadang dalam sibuk mengejar kejayaan dunia yang sementara, kita sering terlupa sesuatu yang amat penting. Sudah cukupkah amalan yang kita lakukan di dunia ini untuk mendapat sesuatu yang hakiki di akhirat nanti? Layakkah untuk kaki ini menjejak syurga Allah?
Ya Allah..sesungguhnya aku tidak layak untuk syurgaMU..namun, Ya Allah..aku juga tidak mampu untuk menahan azab nerakaMU..oleh itu, KAU bimbinglah kami Ya Allah menuju syurgaMU...

Masa yang berlalu pantas, tidak akan kembali lagi kepada kita. Namun, bukan beerti kita harus berhenti di sini. Teruskan kaki melangkah mengharap keredhaan dan bantuan Allah. Semalam yang berlalu bukanlah untuk ditangisi, tapi sebagai muhasabah untuk melalui hari esok yang menanti.

Saki-baki waktu yang masih kita miliki ini, marilah sama-sama kita pertingkatkan lagi hubungan kita dengan sang Pencipta. Sesungguhnya DIA amat merindui suara-suara hamba-NYA yang meminta pertolongan sama ada ketika senang mahupun susah..

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.

Jom jadi lebih baik!!

Sunday, November 1, 2009

Selamat Hari Lahir Amin~

Mohd Amin Ismail lahir pada 2.11.1987
anak ke-7 daripada 10

bersama anak saudara sebelum berangkat memulakan perjuangan di India..

sedikit berkaitan si amin ni (mempromote abg..hehe)
*suka mengusik- so, rumah sunyi bila dia xder disebabkan tiada suara-suara jeritan akibat diusik
*dari dulu hingga kini asyik perasan wajah iras-iras Shah Rukh Khan (ada ke?0.00000001 % je kot..huhu)
*suka melawak yang entah apa-apa
Finally, doaku:
~semoga menjadi kebanggaan ma dan ayah
~dugaan dan cabaran adalah perkara normal bagi seorang yang bergelar hamba Allah..jadikanlah setiap dugaan itu sebagai satu cara untuk kita mendapat Mardhatillah

~semoga berada di bawah lindungan Allah selalu



Sanah Helwa=)

Hari ni, 1 november, kami 'akhawat', satu kelas berpakat pakai baju warna pink..kronologinya:

31hb mlm~ semasa dalam kelas tusyen pharmacology, saya mendapat mesej dari izzah supaya kami semua memakai baju warna pink pada kuliah keesokan hari untuk meraikan "birthday girl" yang memang amat minat warna pink.

1hb pagi~ terkejut lihat orang yang nak dirai pun pakai baju pink juga. macam tahu-tahu pula kitorang pakai warna pink. rupa-rupanya dia dah tahu. jadi, tak menjadi lah kejutan kami. apepun, seronok tengok sume pakai pink. macam ada pakaian seragam kuliah pula. hehe

selesai kuliah, kami bergambar kenangan..(tak dapat untuk siarkan gambar kat sini..menghormati si dia coz si dia tak suka publish gambarnya di internet)

~sanah helwa k.elle~