Thursday, December 31, 2009

Ahlan Wasahlan 2010

Assalamualaikum..
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah yang masih lagi memberi peluang kepada kita untuk menghirup udara-NYA di bumi ini. Sekarang kita berada di ambang tahun baru yang ke-2, setelah kita melalui tahun baru Hijrah selama 14 hari. Seperti biasa, hari ini pengajian tetap diteruskan. Jalan raya yang basah dan dipenuhi air seolah-olah hujan pada malam harinya. Mungkin juga hujan tapi saya tak sedari kerana rumah saya pada tingkat 3 dan tingkap bilik ditutup rapat untuk meghilangkan sejuk.

Fikiran tiba-tiba melayang mengingat kembali kisah lama. Ketika itu saya dalam perjalanan untuk menyertai Semarak Fitrah PERUBATAN 2008. Keadaan jalan raya yang dipenuhi air, dengan hujan yang turun tidak henti (walaupun tak selebat hujan di Malaysia, tapi disebabkan sistem perparitan yang kurang elok, air melimpah di atas jalan), sehinggalah saya berjaya mendapatkan bas. Tapi seperti biasa, perlu bersesak-sesak pula di atas bas. Ia satu peristiwa manis yang takkan saya lupa, merasai hujan di bumi Mesir:p
Kembali semula kepada tahun baru yang semakin menampakkan wajahnya. Setiap kali tahun baru, pasti semua orang akan mula berfikir apa azam untuk tahun ini. Pastinya kita menginginkan tahun 2010 yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Azam perlulah disertakan dengan niat yang ikhlas dan usaha yang berterusan untuk memastikan azam tercapai. Namun, perlu juga diingat bahawa segalanya datang dari Allah. Jadi, sentiasalah bertawakal dan berdoa kepada Allah supaya DIA memudahkan urusan kita dan menjadikan kita hamba yang sentiasa redha dan syukur.

Di samping itu, sama2lah kita turut mendoakan saudara Islam kita di Palestin, Iraq, Afghanistan dan seluruhnya supaya Allah melindungi mereka daripada keganasan musuh Islam dan memberikan syahid kepada pejuang2 Islam. Semoga tahun baru yang bakal menyinari, terus bersinar dengan cahaya2 Islam.

No comments: