Tuesday, May 10, 2011

jangan pilih menantu tak solat..

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah diberi sedikit waktu untuk berkongsi. agak lama jugak blog ni tak dijenguk. kekangan masa satu faktor tapi faktor lain pun ada jugak seperti kebekuan jari untuk menaip dan kemalasan diri (ini memang penyakit yang sangat bahaya..tapi taip benda lain rajin la plak :p)..susah jugak rupanya menjadi seorang penulis. sekalung tahniah buat penulis2 di luar yang masih istiqamah dengan dunia penulisan (saya fail kot bab2 nie @_#)

ok..sedang asyik membelek 'mukabuku', terjumpa video ceramah dari Ustaz Azhar Idrus. tajuknya : "Jangan pilih menantu yang tak solat"..asyik gelak je tiap kali dengar ceramah ust Azhar nie even dengar melalui video (tak pernah ikuti secara live)..tapi jangan over sangat gelak, nanti hati sakit@mati terus @_#


soalan saya petik dari ceramah tadi: jika anda adalah seorang ibu@ayah yang nak carikan menantu untuk anak perempuan anda..

situasi 1: seorang yang alim, bagus, selalu solat di masjid, datang untuk pinang anak anda. tapi dia adalah seorang yang kurang berharta..hanya ada motor buruk

situasi 2: seorang yang berpangkat, ada harta, kereta besar tapi kurang dari segi amalan agama especially solat

yang mana 1 pilihan anda?? (secara jujurnya ^.^)

wallahu3lam..saya pun xberani nak comment lebih sebab kadang2 untuk berhadapan dengan realiti sangatlah pahit..apapun doa saya moga Allah memberi kita pilihan yang terbaik dalam apa jua keputusan yang dibuat demi Islam tercinta ^.^

apa yang boleh saya simpul:
1. solat merupakan tiang agama. meninggalkan solat dengan sengaja, maka runtuhlah agama. bila agama runtuh, dengan apa lagi kita ingin berpaut??

2. menurut Imam Ghazali, berdosa besar jika ibu bapa memilih calon menantu yang tak solat kerana orang yang tak solat, dia tidak tunduk kepada Allah. antar sebab perkahwinan berlaku adalah untuk mendapat redha Allah. tapi jika solat pun dah tak laksanakan, di mana redha Allah dalam rumahtangga??
hadis Rasulullah S.A.W:

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَكِيمٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ النِّسَاءُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Artinya: Wanita dinikahi karena empat faktor. Karena hartanya, nasabnya, kecantikannya, dan karena agamanya. Maka, menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung.

3. Saidina Ali mengharamkan majikan mengambil pekerja yang meninggalkan solat. jadi, perlulah seorang majikan itu memastikan setiap pekerja menunaikan solat supaya perniagaan pun diredhai Allah dan insyaAllah rezeki makin berlipat ganda.

kalaulah benda2 nie semua diamalkan oleh setiap individu, masya Allah betapa hebatnya ummat Islam kerana bukan sedikit hikmah yang diperoleh melalui solat.
* ummat Islam menjadi lebih disiplin dalam tugas
* menepati masa
* tidak menghabiskan waktu dengan sia-sia
* amanah dengan tugas
* tidak menjadikan hiburan yang melalaikan sebagai pegangan kerana sudah memperoleh ketenangan jiwa yang hakiki melalui solat

banyak lagi hikmah yang terkandung dalam solat. sebab itu Allah meletakkan solat di tempat yang tertinggi sehingga perkara pertama yang ditanya di dalam kubur kelak ialah SOLAT..

ada hadis yang meriwayatkan:
"perkara pertama yang akan ditanya kepada seorang hamba di dalam kubur ialah solat"
او كما قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

jadi sahabat2, marilah sama2 kita melihat kembali di mana solat kita. sama2 perbaiki solat kita. sama2 menasihati adik2, kakak2 dan abang2 kita tentang pentingnya solat. semoga Allah mengurniakan kekhusyukan dalam solat buat kita.ameen~

saya tinggalkan anda dengan kata2 nie

"sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan"

No comments: