Wednesday, May 11, 2011

intifada..

بسم الله الرحمن الرحيم




15 mei 1948 menyaksikan satu penghinaan bagi Ummat Islam Palestin apabila Amerika Syarikat dan sekutunya British memberi kelulusan kepada penubuhan negara haram Israel..
tragedi nakbah palestin menyaksikan 800 000 rakyat Palestin diusir dan menjadi pelarian..
sehingga kini dianggar lebih daripada 5 juta rakyat palestin yang menjadi pelarian dan tidak di beri pembelaan..

semasa cultural day yang dibuat di University saya pada beberapa minggu yang lalu, kami sempat melawat booth palestin..mereka sangat mengharapkan Ummat Islam seluruh dunia bersatu dan bersama2 mereka dalam menentang Israel dan sekutunya demi untuk mempertahankan Palestin..saya masih ingat kata2 salah seorang dari mereka:
" it is not about Fatah or Hamas, it is because of Palestin..doctors here, one day will become leaders in Palestin."
Allahuakbar!!!

justeru sahabat2 seluruh ummat Islam, sama2 kita lakukan apa sahaja yang termampu utk sahabat2 kita di Palestin yang masih berjuang untuk membebaskan negara mereka daripada Israel dan sekutu2nya laknatullah..
mereka adalah saudara-mara kita, ahli keluarga kita kerana Ummat Islam itu bersaudara..cubit paha kanan, paha kiri terasa..

tiada lagi waktu utk kita terus hanyut dengan hiburan yang disogok oleh barat..
tiada lagi waktu untuk kita bersenang2 dengan kemewahan dunia yang sementara..
sekarang masanya untuk berubah ke arah menjadi insan yang lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap agama..
masa untuk memilih kepimpinan Islam rather than kepimpinan sekular..

anda, kamu, dia, mereka, kita dan saya diberi akal untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk..
gunakanlah nikmat kurniaan Allah yang tak ternilai ini dengan sebaiknya..
peringatan buat diri ini yang sering lalai dan leka kerana kita hamba yang hina..

wallahu3lam...

3 comments:

hazwani hamzah said...

assalamualaikum... hohoho nakbah tu ape?

azliani ismail said...

wa3laikumussalam wrt..

hari nakbah tu maksudnya : hari kecelakaan..

nakbah Palestin = penubuhan negara Haram Israel pada 15 mei 1948 yang menyebabkan lebih 800 000 rakyat palestin menjadi pelarian..dan kini dianggarkan lebih 5 juta orang..

setiap tahun 15 mei nie akan dijadikan hari untuk kita memperingati peristiwa nie utk menaikkan semangat utk menuntut hak umat islam Palestin..

boleh tgk dlm website2 utk lebih details:
1) http://jomnaikkapal.blogspot.com/2011/05/hari-nakba-anda-prihatin.html

2)http://map2street.blogspot.com

3)ikhwanweb.com

4)http://www.youtube.com/watch?v=fDhr7wiZcsg

dan banyak lagi sumber2 yg boleh dirujuk ^.^

hazwani hamzah said...

kongsi satu website:

http://zainurrashid.com/

pernah dgr pasal dr ni? hoho die ade gak ckp pasal palestin kat blog die.. boring2 tgk lah.. baca post die tajuk dialog gerhana.. tu la situasi kat mesia skang.. bukan je hospital seremban tp hospital melaka pun mcm tu juga.. :(