Friday, April 8, 2011

pensil??

بسم الله الرحمان الرحيم

mula-mula nak ucap tahniah kepada team debat ain shams (ASU) yang menang dalam pusingan pertama petang tadi lawan dengan team azhar sempena medicophilic month anjuran biro akademik perubatan. tak sangka pula penyokong ASU yang datang siap bawa banner lagi. ingat datang tangan kosong. (tapi tak sempat nak makan pula kek batek sarah T_T)

ok..lari tajuk..

sebenarnya nak cerita pasal pensil..
anda kenal pensel kan?
pernah guna pensil?
pernah tak anda fikir benda tersirat yang boleh kita kaitkan dengan sebatang pensil?

haa..kita boleh ibaratkan diri kita dengan sebatang pensil..
tak percaya?
ok...

1. pensil dicipta oleh manusia yang dikurniakan Allah akal dan kemahiran untuk mencipta..
tanpa manusia yang memegang, menulis, melukis dan sebagainya, pensil tu takkan dapat menconteng dengan sendirinya. ia memrlukan tempat untuk bergantung.
begitu juga kita manusia. kita tidak terjadi dengan sendiri. kita diciptakan Allah untuk memberi manfaat kepada penduduk bumi. memakmurkan bumi dengan kalimah-NYA. dan untuk melakukan semua amanah yang diberikan, kita memerlukan satu tempat pergantungan yang boleh memimpin kita melalui jalan yang lurus. tak lain pergantungan kita ialah ALLAH S.W.T..

2. selepas kita dah banyak kali guna, mestilah pensil tu pun tumpul kan?masa tu kita akan tajamkan balik pensil tu dengan sharpener untuk menghasilkan karya yang lebih menarik dan cantik. kita pula, dalam perjuangan kita sehari-hari sebagai khalifah, mesti ada masa kita akan rasa down dan lemah. tapi di saat kita lemah, kita tidak boleh terus lemah. kita memerlukan 'sharpener' untuk menarik kita kembali. memberi kekuatan dan semangat untuk kita teruskan langkah. tak lain juga 'sharpener' kita adalah kembali Allah dan Rasul-NYA. serta carilah sahabat-sahabat yang mampu mengingatkan kita kepada-NYA. juga semangat dari kedua ibu bapa.

3. setiap kesalahan yang dilakukan oleh pensil, kita boleh padam menggunakan pemadam. haaa, kita pun macam tu jugak. mustahil kita tidak melakukan kesilapan dalam hidup kerana memang diciptakan manusia itu lemah dan sering terlupa. tapi, Allah mengajar kita untuk memadam balik kesilapan tu dengan 'istighfar' dan taubat nasuha.

4. jangka hayat pensil akan tamat bila karbon yang ada sudah habis. manusia pun begitu. satu waktu yang ditetapkan, kita akan kembali semula kepada PEMILIK kita yang hakiki. jadi, gunakanlah waktu yang berbaki ini, sebelum ajal menjemput pergi untuk perkara-perkara kebaikan dan memanfaatkan ummah. sesungguhnya Islam tetap akan gemilang tanpa kita tapi kitalah yang akan rugi jika tidak menjadikan ISLAM sebagai CARA HIDUP.

kesimpulannya, segala benda yang ada di langit dan di bumi adalah milik Allah. sekiranya kita melihat setiap ciptaan Allah itu dengan mata hati, kita akan melihat hikmahnya Allah menciptakan segalanya untuk kita berfikir dan mengambil pengajaran kerana bezanya kita dengan makhluk ciptaan Allah yang lain adalah akal fikiran. so, gunakanlah sebaiknya untuk menghayati dan memahami..

wallahu'alam..

No comments: