Tuesday, April 5, 2011

bersengkang mata kerana apa???

بسم الله الرحمان الرحيم

musim exam muncul lagi..pastinya ada antara kita yang susah untuk tidur terutamanya bila exam menjelang kerana takut, nervous dan sebagainya..

dalam surah al-anfal ayat 11, Allah berfirman yang bermaksud:

"(Ingatlah), ketika Allah membuat kamu mengantuk untuk memberi ketenteraman dari-NYA, dan Allah menurunkan air (hujan) dari langit kepadamu untuk menyucikan kamu dengan (hujan) itu dan menghilangkan gangguan-gangguan syaitan dari dirimu dan untuk menguatkan hatimu serta memperteguh telapak kakimu (teguh pendirian)."

Allah mengurniakan nikmat mengantuk kepada sahabat2 yang menyertai perang badar supaya mereka tenang kerana jika tidak sudah tentu mereka tidak dapat tidur kerana khuatir akan kekalahan pejuang Islam memandangkan tentera Islam pada ketika itu ialah 313 orang manakala tentera musyrikin lebih 1000 orang. jika dilihat dari segi logik akal, tentera Islam akan kalah. tapi Allah memberi pertolongan kepada tentera Islam kerana keyakinan dan keikhlasan mereka untuk mempertahankan Islam.

"(Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat, 'Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah (pendirian) orang-orang yang beriman.' Kelak Aku akan berikan rasa ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir, maka pukullah di atas leher-leher mereka dan pukullah tiap-tiap ujung jari mereka."
Al-anfal ayat 12

begitulah Allah menghantar para malaikat bagi membantu tentera Islam sehingga menimbulkan ketakutan dalam diri tentera kuffar seolah-olah melihat tentera Islam itu tersangatlah ramai bilangannya.

itulah pertolongan Allah kepada orang yang beriman dan ikhlas dalam perjuangan. patutlah kita mengambil iktibar daripada sejarah2 lampau. pertolongan Allah itu pasti kepada hamba-hambaNYA yang benar2 ikhlas.

persoalannya di sini, benarkah kita terutama saya sendiri, ikhlas dalam pengajian kita menuntut ilmu Allah ini atau sekadar untuk lulus ujian semata-mata dan berjaya mengejar cita-cita yang diimpi? saya tinggalkan persoalan ini untuk kita muhasabah diri masing-masing. orang lain tidaklah dapat men'judge' hati kita melainkan kita sendiri. tepuk dada, tanya iman!

p/s : tidaklah salah untuk kita bersungguh-sungguh dalam pelajaran bahkan itu lah yang sangat dituntut dalam Islam kerana ummat Islam itu perlu bersungguh-sungguh dalam semua perkara kebaikan tapi ianya menjadi salah bila mana kesungguhan itu tidak kita combinekan dengan keyakinan pada Allah dan kita meninggalkan taqarrub kita kepada Illahi semata-mata untuk mendapat kecemerlangan dunia yang sementara.

selamat menempuh imtihan dunia kepada sahabat2 gen7 cairo university (6/4)..
xlupa buat sahabat2 '4 betik' ain shams university pada 13 dan 14 april ini..
juga buat seluruh pejuang Islam seantero dunia~~

عليكم بالتوفيق والنجاح في امتحان الدنيا والأخرة


bersengkang mata bukan kerana wajah-MU
hanya sia-sia sahaja..
dan menangis bukan kerana kehilangan-MU
palsu belaka..



wallahua'lam..

No comments: