Saturday, April 2, 2011

jangan biarkan bapa ayam lebih bijak!

بسم الله الرحمان الرحيم

wasiat Luqman al-Hakim kepada puteranya: "Wahai anakku! Jangan biarkan bapa ayam lebih bijak daripadamu, ia menyeru pada waktu-waktu sahur sedang engkau masih mendengkur tidur."

madah penyair:
merpati berkokok merdu pada malam sunyi
di atas dahan pada dinihari sepi
sedang aku mendengkur tidut diulit mimpi
bukan abid mengasyik Illahi
hanya pembohong menipu diri
rintihan merpati mendahuluiku memecah sunyi
aku mendabik dada mendakwa mencurah kasih
tetapi tiada air mata mengalir menangisi
sedang haiwan menangis mengenang Illahi

dipetik daripada terjemahan kitab "Ayyuhal Waladul-Muhibb"

sahabat-sahabat,

berpagi-pagi itu rahmat. Allah membukakan pintu rezeki-NYA kepada hamba-NYA yang bangun pagi dengan memuji-NYA. melaksanakan qiamullail dan amalan-amalan kerana Allah s.wt.

kata Sufyan ats-Tsauri rahmatullahi alaih: "Sesungguhnya Allah Tabaaraka wa Taala telah mencipta satu jenis bayu yang bertiup sepoi-sepoi bahasa pada waktu sahur membawa zikir-zikir dan istighfar kepada Allah Yang Maha Gagah Perkasa."
kata beliau lagi: "Apabila bermula awal malam, penyeru dari Bawah Arasy pun menyeru: 'Duhai bangunlah para 'abid'! Lalu mereka pun bangun dan menunaikan solat. Masya Allah! Kemudian pada separuh malam ada pula yang menyeru: 'Duhai bangunlah golongan Qanitun!' Mereka pun bangun dan menunaikan solat sampai waktu sahur. Apabila masuk waktu sahur ada pula yang menyeru: 'Duhai bangunlah orang-orang yang memohon istighfar!' Mereka pun bangun memohon istighfar. Apabila fajar menyingsing, ada pula yang menyeru: 'Duhai bangunlah orang-orang yang lalai!' Mereka pun bangun dari tilam-tilam mereka bagaikan orang-orang mati yang dibangkitkan dari kubur-kubur mereka."

berpagi-pagilah kita dan hiruplah udaranya yang nyaman sambil memuji kekuasaan Allah s.w.t mencipat dan mentadbir alam. sesungguhnya hanya DIA lah yang Maha Berkuasa atas setiap yang berlaku di langit dan bumi. hanya pada-NYA tempat kita kembali. jadi, perbanyakkanlah bekal menuju akhirat yang kekal abadi sebagaimana kita sentiasa berusaha belajar dengan tekun untuk menghadapi peperiksaan di dunia.

wallahu'alam...

2 comments:

saie said...

allahu rabbi..,susahnya nak bangun.T_T

azliani ismail said...

sy pun kdg2 cmtu jgak..tpi kna cuba jgak bngun..amalkan doa b4 tidur, mudah-mudahan Allah mudahkan kita utk bngun dan menghadapkan diri pada-NYA..

insyaAllah boleh!!!!