Sunday, January 9, 2011

bertahan!!

Bismillah walhamdulillah..

SABAR !!

mesti anda semua pernah mendengar perkataan nie kan? mungkin juga tiap2 hari dengar. mungkin juga setiap saat dan detik.

SABAR !!

memang mudah untuk dilafazkan. "Sabar lah wahai diri.."
tpi susah untuk dilaksanakan. "ish amu nie, lambatnyaaaaaaa!!"

TAPI..

bila kita betul2 mengamalkannya, natijahnya adalah sangat INDAH.

"Wahai orang-orang yang beriman! mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar."
~Al-Baqarah: 153~

"Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar"
~Ali-Imran:146~

ok..memandangkan sekarang adalah fatrah imtihan bagi semua pelajar perubatan di mesir nie dan bersamaan juga dengan fatrah musim sejuk, maka jom sama2 kita tingkatkan KESABARAN dan PENGORBANAN kita dalam menuntut ilmu.

"Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar."
~Ali-Imran : 142~

Syeikh Yusri berpesan "Ilmu ada yang bermanfaat dan ada yang memudaratkan.ilmu yang bermanfaat itu mendekatkan ahlinya kepada Allah,manakala ilmu yang mudarat itu menjauhkan ahlinya daripada Allah..ilmu bukanlah maklumat(knowledge),sains(kajian),pemerhatian, akan tetapi ianya adalah cahaya yang dicampakkan ke dalam hati hambanya yang dikehendaki"..semoga ilmu perubatan yang kita belajar sekarang merupakan juzu' cahaya yang Allah campakkan...Syaikhu Masyaikhuna al-Allamah al-Qutb Syeikh Soleh al-Ja'fari rahimahullah pernah diminta oleh murid2nya memberikan wirid kepada mereka sedang imtihan sudah hampir..Maka kata Syeikh Soleh : "Jadikanlah muzakarah dan mutalaah kitab2 kalian sebagai wirid..maka ianya akan mendapat pahala seperti kalian berwirid"

walaupun dalam kesibukan kita untuk fokus belajar, jangan pula kita lupakan tugas kita sebagai seorang hamba, khalifah, anak, adik, abang, kakak, sahabat atau apa sahaja title yang anda pegang. mohonlah KEKUATAN daripada Allah kerana lemahnya kita selaku hamba. mohonlah kemaafan daripada ibu bapa, adik-beradik dan sahabat2 kerana kesalahan2 kita kepada mereka sama ada secara sengaja atau tidak.

saya titipkan kata-kata daripada seorang sahabat dalam blognya:

Jika sebelum ini, kita Qiam seminggu sekali pun susah, mungkin sekarang kita sudah merancang utk menjadikan ia lebih kerap.

Jika sebelum ini, kita sukar utk menghafaz walaupun surah-surah juzu’ 30, mungkin sekarang ini kita telah pun meletakkan amalan ini dalam jadual planner harian kita.

Jika sebelum ini, kita sukar menghabiskan walaupun sebuah buku,mungkin sekarang ini kita sudah senaraikan pun buku-buku yang perlu kita hadamkan untuk bulan ini dan seterusnya.

Jika sebelum ini, kita sering melewat-lewatkan serta ala kadar dalam menyiapkan assigenment serta tugasan diberi, mungkin sekarang ini kita telah insaf dan sentiasa alert dengan setiap tugasan.

Jika sebelum ini, kita kurang sekali menghubungi ibu bapa utk bertanya khabar, mungkin sekarang ini kita telah menjadikan ia sebagai satu reminder yang wajib utk kita lakukan kerana ibu dan ayah sebenarnya sangat mendambakan PERHATIAN dari anak-anaknya walaupun sekejap tetapi KERAP.

Jika sebelum ini kita sukar memberikan senyuman dan bermanis muka, maka sekarang ini pasti kita boleh mula berubah dan sentiasalah memberikan sedekah yang mudah ini.

semoga fatrah imtihan ini memberi satu inspirasi baru bagi kita untuk berubah ke arah yang lebih baik. BERUBAHlah ke arah KEBAIKAN, kerana itu tuntutan ISLAM. dan ISTIQAMAH lah dalam perubahan yang dilakukan.

buat sahabat2:
"As we sail through life, don't avoid storms and rough waters. just let it pass. just sail. always remember, calm seas never make skillful sailors. All the BEST"





salam imtihan buat semua sahabat. ingatlah, kita bukan sahaja mengejar kejayaan dunia, namun turut memburu kejayaan akhirat kerana itulah KEJAYAAN yang HAKIKI !!
bittaufiq wannajah ^_~

No comments: