Sunday, January 9, 2011

ayah!!

Bismillah walhamdulillah...

mesej ditaip:
"Ya Allah..kasihanilah ibu bapaku sepertimana mereka mengasihaniku sewaktu kecil..kurniakan mereka rezeki yang halal lagi bekat..amiin"~selamat hari lahir ayah :)

bip...bip...mesej diterima:
Amiin..terima kasih anakku

hari ni merupakan hari lahir ayah yang ke-60..
cepatnye masa berlalu. setahun ke setahun. rambut ayah juga sudah beruban tapi padaku ayah masih muda dan segak ^_~. masih gagah dan gigih berusaha untuk memberi yang terbaik kepada kami adik-beradik. Allah, aku bersyukur pada-MU kerana mengurniakan seorang ayah yang sentiasa mengambil berat tentang pendidikan agama anak-anaknya.

seringkali ketika bersama ayah, diriku akan didendangkan dengan nasihat dan amanat supaya meletakkan Allah dalam apa jua yang dilakukan, melazimi hari-hari dengan bacaan Al-Quran dan menghiasi malam-malam dengan qiamullail serta berdoa kepada-NYA kerana hanya DIA yang bisa membantu kita.

ayah..diri ini kagum denganmu..ketegasanmu dalam mendidik kami, membuatkanku semakin belajar pada erti sebenar hidup bukan hanya untuk suka-suka.
maafkan kak atas segala salah silap selama ini yang mengguris hati ayah. tidak pernah terlintas di hati namun apakan daya diri ini sangat lemah. sentiasa memerlukan nasihat dan bimbingan daripada ayah.

terima kasih ayah atas segala pengorbanan yang ayah curahkan untuk membesarkan kami. sesungguhnya kami tidak mungkin dapat membalas pengorbanan ayah walaupun dengan segunung emas. hanya doa mampuku titipkan semoga Allah sentiasa memelihara ayah dalam nikmat IMAN dan ISLAM, diberi kesihatan dan umur yang panjang serta dimurahkan REZEKI..amiin ya RABB~

lagu ini ditujukan khas buat ayah tercinta ^_^



~disaat hati ini lemah, nasihatmu menjadi penguat~
~qiamullail..baca Quran..doa~

No comments: