Thursday, April 30, 2009

Tired???


when you are studying hard,
memorising notes,
doing questions,
getting so sick of them....
say :
learning the HIGHEST CREATION of ALLAH is NEVER EASY

Kata-kata ni saya terima melalui mesej seorang sahabat ketika final exam tahun lepas. Teringat pula kata-kata doktorah yang mengajar biochemistry hari ini : "if u feel tired in studying, just remember that u do it because Allah S.W.T and Islam. so, u will feel strength to study". Terima kasih ya Allah kerana mengilhamkan kepada doktorah satu dorongan untuk kami sentiasa bersemangat untuk belajar tentang hakikat kejadian makhluk ciptaan-MU yang cukup unik.


Benar sekali sahabat sekalian. Andai kita terasa letih dalam menempuh liku-liku kehidupan, ingatlah kembali kepada PENCIPTA kita, nescaya keletihan itu tidak akan terasa kerana kita tahu DIA takkan menciptakan sesuatu itu secara sia-sia.




Wednesday, April 29, 2009

PENGORBANAN IBU..


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian,dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya.

Tuesday, April 28, 2009

Permata Hati..

Sudah hampir 2 tahun aku meninggalkan bumi Malaysia. Terasa seperti baru semalam aku menjejakkan kaki di bumi Mesir. Begitu cepat masa berlalu. Seperti mengerti isi hati ku, sejak akhir-akhir ini aku sering bermimpi ma & ayah menyambut kepulanganku di airport. Andai dapat kuluahkan isi hatiku ini, bahawa aku sangat merindui kalian. Namun bila mengenangkan tugasan yang belum selesai dan takkan pernah selesai, ku cuba untuk menahan perasaan itu. Ma n ayah, kasih kalian memberi semangat untukku teruskan kehidupan walau jauh dari pandangan. Masih ku ingat nasihat kalian supaya aku sentiasa belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai penyuntik semangat. Kata-kata azimat yang akan ku genggam sepanjang hidupku.

ma & ayah tercinta



nenda tersayang

Buat sahabat sekalian,
Hargailah kedua ibu bapa kita selagi mereka berada di hadapan mata kita. Jagalah hati dan perasaan mereka supaya setiap perbuatan kita diredhai kerana keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapa. Allah menjelaskan tentang perkara ini dalam kebanyakan ayat Al-Quran dan menjadikan perbuatan ihsan kepada kedua orang tua sebagai keutamaan tertinggi sesudah iman kepada Allah. Firman Allah :

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-NYA dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa.." (An-Nisa’ : 36)
Selain itu, banyak juga hadis Rasulullah yang menjelaskan tentang kepentingan berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a, dia berkata : “Aku telah bertanya kepada Nabi S.A.W, apakah amalan yang paling dicintai oleh Allah S.W.T?” Baginda menjawab : “Solat tepat pada waktunya.” Lalu aku bertanya lagi : “kemudian apa lagi?” Baginda menjawab : “ Berbakti kepada kedua orang tua.” Lalu aku bertanya lagi : “Kemudian apa lagi?” Baginda menjawab : “Jihad di jalan Allah S.W.T.” (Muttafaq ‘alaihi)
Dalam hadis ini jelas menunjukkan bahawa berbakti kepada kedua orang tua teramat dituntut dalam Islam. Ia diletakkan antara dua amalan yang paling besar dalam Islam iaitu solat tepat pada waktu yang merupakan tiang agama dan jihad di jalan Allah adalah puncak tertinggi dari ajaran Islam.
Sentiasalah mendoakan mereka walau di mana kita berada. Sesungguhnya jasa-jasa yang telah mereka curah takkan mampu untuk kita balas walau berg
Buat sahabat sekalian,
Hargailah kedua ibu bapa kita selagi mereka berada di hadapan mata kita. Jagalah hati dan perasaan mereka supaya setiap perbuatan kita diredhai kerana keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapa. Allah menjelaskan tentang perkara ini dalam kebanyakan ayat Al-Quran dan menjadikan perbuatan ihsan kepada kedua orang tua sebagai keutamaan tertinggi sesudah iman kepada Allah. Firman Allah :

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-NYA dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa.." (An-Nisa’ : 36)
Selain itu, banyak juga hadis Rasulullah yang menjelaskan tentang kepentingan berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a, dia berkata : “Aku telah bertanya kepada Nabi S.A.W, apakah amalan yang paling dicintai oleh Allah S.W.T?” Baginda menjawab : “Solat tepat pada waktunya.” Lalu aku bertanya lagi : “kemudian apa lagi?” Baginda menjawab : “ Berbakti kepada kedua orang tua.” Lalu aku bertanya lagi : “Kemudian apa lagi?” Baginda menjawab : “Jihad di jalan Allah S.W.T.” (Muttafaq ‘alaihi)
Dalam hadis ini jelas menunjukkan bahawa berbakti kepada kedua orang tua teramat dituntut dalam Islam. Ia diletakkan antara dua amalan yang paling besar dalam Islam iaitu solat tepat pada waktu yang merupakan tiang agama dan jihad di jalan Allah adalah puncak tertinggi dari ajaran Islam.
Sentiasalah mendoakan mereka walau di mana kita berada. Sesungguhnya jasa-jasa yang telah mereka curah takkan mampu untuk kita balas walau unung mana pun wang ringgit yang kita ada. Semua itu tetap tidak akan mampu untuk dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan mereka mendidik dan membesarkan kita dengan didikan yang terbaik sehingga kita membesar sebagai seorang insan.
Last but not least, sentiasalah pamerkan kasih sayang kita kepada mereka dan taatilah mereka selagi mana mereka tidak melanggar syariat Islam supaya mereka rasa dihargai sebagai ibu bapa walau bukanlah penghargaan yang mereka harapkan.

Monday, April 27, 2009

update..

rasanya seperti sudah lama tak update blog. fatrah exam bermula lagi. realiti seorang yang bergelar pelajar. exam datang dan pergi, mengingatkan diri yang sering alpa dengan nikmat kesenangan dunia yang sementara. hidup tidak semudah yang disangka. betul tak?

Putera sulung wanita pertama KPKM..

Masa yang ditunggu akhirnya tiba apabila telah selamat lahirnya seorang putera kepada K.ngah dan YDP Keluarga Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) pada hari jumaat yg lalu. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka berdua. Kami ahli KPKM mengucapkan sekalung tahniah kepada kalian. Moga kelahiran putera sulung ini memberi sinar kebahagiaan atas rasa syukur kepada Allah dan semoga anak yang lahir ini akan meneruskan kesinambungan perjuangan suci Islam. amiin~

(penantian seterusnya : k.bi, k.bal, k.sha n k.lah – xsabar menunggu bayi2 Mesir yang bakal menggantikan bayi2 yg telah pulang ke Malaysia)

Syukur...

Alhamdulillah, akhirnya pada hari Isnin, 20 April 2009, solat hajat perdana telah berjaya dilaksanakan sempena fatrah exam yang semakin rancak dan bangunan baru Rumah Kelantan yang sedang dalam pembinaan. Seperti program-program besar yang lain, dapat dilihat semangat kerjasama ahli KPKM apabila masing2 sanggup meluangkan sedikit waktu untuk sama2 gotong-royong bagi melancarkan perjalanan program walaupun masing-masing sibuk dengan study. Terasa seolah-olah gotong-royong kenduri di Malaysia. Semoga usaha ini diberkati Allah dan semangat kerjasama dalam diri individu Muslim sentiasa mekar selamanya.

makan bawang je??


Girl’s Day Out ‘09

Pagi Isnin mencatat satu sejarah tersendiri bagi akhawat PERUBATAN muhafazah Kaherah. Sebagai simbolik penangguhan Smart Circle (SC), Biro Pembangunan Insan, Biro Sukan dan Biro Akademik PERUBATAN telah berjaya mengadakan SC Gabungan atau “Girl’s Day Out” bertempat di Hadiqah Dauliah. Walaupun penyertaan yang kurang memberangsangkan terutama bagi akhawat Universiti Ain Shams dan Azhar disebabkan fatrah exam yg semakin hampir, diharapkan Girl’s Day Out kali ini berjaya memupuk semangat UKHUWWAH ISLAMIAH dalam kalangan ahli PERUBATAN yang hadir.

Sabda Rasulullah S.A.W:
“Tidak beriman seseorang mukmin itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri” -H.R Al-Bukhari dan Muslim



Wednesday, April 8, 2009

Alahai internet

sedar tak sedar dah pun masuk bulan 4. Hampir sebulan internet rumahku bermasalah kerana orang yang incharge wayar internet rumah kami sudah pindah. Jadi, kami mengambil inisiatif untuk sewa wayarles dari cc yang berdekatan. Tapi biasalah perangai orang arab yang cukup aku xsuka 'bukhrah..bukhrah..bukhrah'.. Itulah yang selalu terjadi. Nasib baik juga semua assigment yang doktorah bagi sudah siap. Jika tidak, jenuh juga nak pergi cc tiap-tiap hari walau cc tak berapa jauh dari rumah kami. Kalau diikutkan, internet bukanlah priority bagiku tapi susah juga tanpa internet sebab susah la nanti nak telefon ma dan ayah di Malaysia. Moga Allah mudahkan urusan kita semua..

Saturday, April 4, 2009

Finally...

Alhamdulillah, thanks to Allah s.w.t. Finally, we finished our psychology’s assignment. Thanks a lot to our supervisors: Prof. Naglaa El-Mahlawy, Dr. Hussein El Kholy, Dr. Mohamad Ali and Dr. Mahmood Habibi for their advices in finishing our project. Also not forgotten my group’s members: Wan Sherhan bin Wan Ilias, Mohamad Rafiqi bin Hehsan, Mohamad Aiman bin Mohamad, Mohd Hilmi bin Mohd Hatta, Wan Nadia Izzah bt Wan Mohd Noor, Wan Nekmah binti Shahrizan, Nur Hidayah binti Abdul Majid, Izzah bt Abd Rahman, Wan Aliaa Jazilah bt Wan Abd Rahman and Wan Nurul Aiman bt Wan Ismail. Bittaufiq wannajah fil imtihan. Insya Allah

Monday, March 16, 2009

Panduan Permohonan Melanjutkan Pelajaran Perubatan di Timur Tengah


Written by Biro Penerbitan dan Penerangan PERUBATAN Mesir
Friday, 13 March 2009 08:34

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, tanggal 12 Mac sekali lagi Malaysia melihat kecemerlangan demi kecemerlangan dicatat di dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2008. Tahniah diucapkan kepada semua.


Baru-baru ini pihak persatuan Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN) melalui Pengurusan PERUBATANonline turut menerima beberapa emel dari adik-adik yang berminat untuk mengetahui lanjut tentang prosedur melanjutkan pengajian di dalam bidang Perubatan di Mesir.

Justeru, di pihak PERUBATAN, kami mengambil insiatif menyusun semula beberapa maklumat permohonan daripada pihak berautoriti dengan harapan dapat membantu adik-adik memohon dan mendaftar melalui saluran yang sah dan berdasarkan prosedur yang betul.

Adalah diperingatkan supaya, semua permohonan kemasukan ke Timur Tengah mesti melalui Kementerian Pengajian Tinggi.

1) Muat turun borang permohonan:
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_medic_mesir.pdf

2) Permohonan juga perlu disertakan dengan borang berikut:
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_ssln_2009.pdfhttp://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_tiada_halangan.pdf

Secara umumnya, permohonan boleh dibuat melalui dua bentuk.

1) Permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam atau Majlis Amanah Rakyat atau mana-mana tajaan atau pinjaman.

2) Permohonan persendirian terus kepada Kementerian Pengajian Tinggi.


Bagi permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA), anda hanya perlu ke laman
http://esilav2.jpa.gov.my/ kemudian MENELITI dan MELALUI prosedur yang telah ditetapkan oleh kedua-dua badan tersebut. Prosedur permohonan kepada KPT akan diselesaikan melalui badan-badan ini setelah permohonan biasiswa diterima.

Semakan maklumat terkini JPA di
http://www.jpa.gov.my/ dan pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853892 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2009@jpa.gov.my

Semakan maklumat terkini MARA di
http://www.mara.gov.my/ dan pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111 (sambungan 1133, 1109, 1120, 3623, 3624, 3629, 3620 dan 3619) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat webmaster@mara.gov.my

Adik-adik diminta untuk mengambil perhatian serius tentang syarat-syarat permohonan, tarikh tutup permohonan, tarikh temuduga dan tarikh Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor (bagi pemohon biasiswa JPA sahaja) dan sebagainya.
(Sumber:
http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/pdf/2009_piln/iklanPILN2009.pdf)

Bagi tajaan-tajaan lain, adik-adik digalakkan untuk mendapatkan maklumat tajaan dan pinjaman dari Yayasan Kerajaan Negeri masing-masing. Dan ketiga-ketiga borang KPT di atas juga turut penting untuk dipastikan diisi dan melalui prosedur-prosedur pengesahan sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Bagi pemohon persedirian, anda PERLU melalui KPT dengan,

1) Muat turun borang permohonan:
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_medic_mesir.pdf

2) Permohonan juga perlu disertakan dengan borang berikut:
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_ssln_2009.pdfhttp://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_tiada_halangan.pdf

Berikut adalah lampiran prosedur permohonan yang turut disertakan di dalam Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar Perubatan di Mesir kemaskini Mac 2009. Prosedur ini PERLU DITELITI sebaiknya.

JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI,
ARAS 1-3, BLOK E9, PARCEL E, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA

PROSEDUR PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR PERUBATAN UNIVERSITI DI MESIR SESI AKADEMIK 2009/2010

1. Setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti pengajian bidang perubatan di universiti Mesir hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir iaitu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Kepujian dengan sekurang-kurangnya gred 3B dalam semua mata pelajaran.

2. Setiap permohonan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di universiti Mesir perlu mengemukakan dokumen sepertiberikut:

i. Dua (2) salinan Borang KPT/PERUBATAN/MESIR/2006 (Permohonan Dan Pendaftaran Pelajar Perubatan Universiti Di Mesir)

ii. Satu (1) Borang KPT/SSLN/2009 (Borang Permohonan Sijil Sokongan Luar Negara)

iii. Cabutan Sijil Lahir asal dan empat (4) salinan yang telah disahkan

iv. Sijil terjemahan SPM (Bahasa Arab) yang asal dan empat (4) salinan yang telah disahkan

v. Terjemahan cabutan Sijil Lahir (Bahasa Arab) dan 4 salinan yang telah disahkan

vi. Terjemahan Cabutan Sijil Lahir dan sijil SPM dalam Bahasa Arab perlu dibuat di Institut Terjemahan Negara Malaysia di alamat berikut :


Institut Terjemahan Negara Malaysia
Wisma ITNM
No. 2, Jalan 2/27E
Wangsa Maju, Seksyen 10
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4149-7210

vii. Terjemahan Sijil SPM dan terjemahan Cabutan Sijil Lahir perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri Malaysia di alamat berikut:

Ketua Setiausaha
Kementerian Luar Negeri
Bahagian Konsular
Wisma Putra,
No.1, Jalan Wisma Putra, Presint 2
62602 PUTRAJAYA
Tel:03-8887-4159
Faks: 03-8889-2923

viii. Tujuh (7) keping gambar warna berukuran pasport;

ix. Empat (4) salinan pasport Malaysia yang telah disahkan dan(Muka surat yang mengandungi maklumat pelajar)

x. Bayaran pengurusan dan pendaftaran sebanyak USD 50.00 bagi permohonan perubatan ke universiti di Mesir melalui bank draf dan hendaklah dicatatkan atas nama


Director, Malaysian Students
Department Cairoxi.

xi. Kenyataan pengesahan borang yang bersetem 3. Borang kemasukan dan dokumen lain yang telah lengkap diisi hendaklahdikemukakan ke alamat di bawah pada atau sebelum 31 Mei 2009:

Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (UHEJPM)
Jabatan Pengajian Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2 Blok E9, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA4.

4. Permohonan hanya melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). KPT tidak mendaftar mana-mana ejen penempatan pelajar bagi menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah

5. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah ditujukan kepada Unit Hal Ehwal Jabatan Penuntut Malaysia, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03-8883 5873.

Unit Hal Ehwal Jabatan Penuntut Malaysia
Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi.

Untuk mengetahui lanjut tentang PERUBATAN, adik-adik boleh layari
http://info.perubatan.org. Adik-adik juga boleh mendapatkan kemaskini semasa, berita dan artikel di http://perubatan.org/v3 dan mengunjungi blog-blog pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir di http://komuniti.perubatan.org. Jika berkesempatan untuk membaca panjang, ruang perbincangan di iLuvIslam juga mungkin membantu adik-adik.Sebarang persoalan berkenaan boleh diajukan di presiden@perubatan.org atau di penerbitan_penerangan@perubatan.org

Semoga berjaya semua.Sekian, terima kasih.

Menggungguli Kecemerlangan, Mengerat Kebersamaan

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)



utk maklumat lanjut, blh layari:
http://perubatan.org/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=875:permohonan-melanjutkan-pelajaran-perubatan-di-timur-tengah&catid=140:admin&Itemid=121
&
http://www.ytrg.terengganu.gov.my

Thursday, March 12, 2009

Saiyyidatina Khadijah..Isteri mithali



Saidatina Khadijah binti Khuwailid, Isteri Rasulullah SAW, ialah wanita pertama beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan mengukuhkan tekad, Nabi Muhammad dalam melaksanakan risalah dakwah Islamiah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan dan menghilangkan keletihan serta penderitaan suaminya dalam berdakwah.
Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan Rasulullah.
Rasulullah ketika menceritakan keperibadian Khadijah bersabda, maksudnya: “ Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan… daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.”


Siti Khadijah berasal daripada keturunan terhormat serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas.Beliau adalah wanita kaya serta mampu hidup mewah dengan hartanya sendiri. Namun semua itu dengan rela dikorbankannya untuk memudahkan tugas suaminya. Hal ini membuktikan beliau adalah wanita yang mendorong kemajuan pahlawan umat manusia, melindungi pejuang terbesar dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan suaminya. Sikap inilah yang menjadi sumber kekuatan Rasulullah S.A.W. Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah, Siti Khadijah setia menyertai Baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan Baginda.
Sekiranya Baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga Rasulullah pulang.
Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya upaya untuk menenangkan serta menghiburkan Rasulullah sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah, Siti Khadijah pasti bersama dan membantu Baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.


Kecintaan Siti Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya jelas berlandaskan keyakinan kuat terhadap keesaan Allah. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah. Allah Maha Adil dalam memberi rahmatNya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan.

Firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97)

Begitu hebat cinta dan kasih sayang Siti Khadijah kepada Rasulullah yang berlandaskan taqwa kepada Allah sehinggakan beliau sanggup mengorbankan harta dan jiwa demi untuk memastikan kelangsungan perjuangan Rasulullah S.A.W. Beliau juga merupakan tulang belakang yang kuat untuk Rasulullah dalam menyebarkan risalah Islam.

Friday, February 27, 2009

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W


Wahai manusia,

Dengarlah baik-baik apa yang hendakku katakan ini. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini dan sampaikanlah ini kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia,

Sepertimana kamu menganggap bulan dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu menyakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu. Dan DIA pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan melibatkan riba dibatalkan sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia (syaitan) telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil.

Wahai manusia,

Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas diri kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas diri kamu, maka mereka juga berhak diberi makanan dan pakaian dalam suasana bahagia. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan tidak boleh melakukan zina.

Wahai manusia,

Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah S.W.T, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama. Tidak seorang pun yang lebih mulia kecuali dalam TAQWA dan beramal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah S.W.T pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,

Tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya; itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMU.


-
Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijjah tahun ke 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.-