Wednesday, June 23, 2010

...be strong!!!...

Bismillah walhamdulillah..

Entah mengapa semalam dan hari ni mood untuk study merudum..
jealous kot bila melihat kebanyakan U dah pun habis dan hampir nak habis exam..psycho btul
xpe2..kita kena semangat..be STRONG enough!!!

U a.shams baru je nak mula exam..bermula dengan tahun 1 esok, 24hb..(all da best ya adik2 ASU
star)

ku cuba untuk senyum dalam kepahitan (tak mahu ulang kesilapan dulu lagi)
Ujian itu TARBIYAH bukan??
lantas saya menelefon ma dan ayah memohon doa daripada mereka supaya anak mereka ini kuat..
Alhamdulillah, line baik..dapat telefon dengan jelas walaupun di akhir percakapan, line tiba2 buat hal..tapi xpe sebab dah habis cakap
sengihnampakgigi
dapat pula mesej daripada amin "Gud lak exam kamu dik"
rasa semangat itu menjengah kembali..
Terima kasih ma,ayah, amin~

membelek kembali emel daripada saidah..tersentuh pada ayat last:

Moga dirimu sentiasa teguh berdiri walau dihempas gelombang dan badai , walau hatimu terhiris, sakit dan pedih... belajar agak susah kan?? Saya yang belajar sket2 ni pun dah sakit kepala, apatah lagi kamu... apapun, usaha lagi, lagi dan lagi....!! ganbatte na~ fighting~ u are stronger!!!..sometimes life will be like a bed of roses and sometimes it’ll be like a bunch of thorns...as we passed the path, we’ll see it is all hikmah. HE wants us to learn something.

Take care ~ hope ur life will be full with colours *\(^^)/*.


thanx..(belum reply lagi emel ni..sabar yerkenyit)

terus, k.wani pula tegur then minta buka fb sebab dia ada tagged notes..
kat sini saya siarkan notes daripada k.wani (dah minta izin dia dah
sengihnampakgigi)
notes ni saya hadiahkan khas buat semua yang menghadapi ujian dalam hidup..(ade ke yang xder ujian??hmmm)
semoga memberi sedikit motivasi dan keyakinan buat semua..
selamat menghayati
senyumkenyit


Surah al-Baqarah ayat 286:

"Allah tidak akan membebani seseorang itu diluar kemampuannya
"


Surah at-Talaq ayat 2-3:

"Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan memberikan jalan keluar baginya. Dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yg bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yg dikehendaki)NYA. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"


saya teringat akan kata-kata seorang ustaz ni:

"Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita."

Hadis riwayat al-Bukhari:

"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"


Saya teringat pasal kisah perang khandaq (perang parit) di mana ketika itu tentera al-Ahzab cume berjumlah kira-kira 10 000 orang, sedangkan kaum muslimin yang menyertai peperangan Khandaq itu hanyalah sekitar 3000 orang sahaja, tapi kerana keyakinan kaum muslimin yang tinggi kepada Allah , mereka teruskan juga berperang dengan semangat yang jitu, di mana akhirnya kemenangan jatuh kepada pihak muslimin..

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas semua ciptaannya, kisah perang ni, alhamdulillah telah menguatkan semangat saya, bahawa seandainya kita percaya dan yakin dan berserah kepada Allah setelah berusaha, insyaAllah, doa itu akan dimakbulkan kerana Allah sentiasa bersama orang-orang mukmin.. segala yang mustahil itu dengan begitu mudah dijadikan possible dengan izin dariNya yang Maha Berkuasa ke atas semua makhlukNya..

Begitulah juga kita student medik.. kalau nak difikirkan ilmu yang patut kita belajar dan tahu boleh dibandingkan lebih kurang banyaknya seperti tentera al-Ahzab, sedangkan kemampuan kita cuma sekadar tentera kaum muslimin.. jika difikir dengan akal, seolah-olah mustahil perkara itu untuk dilakukan.. tapi sebenarnye apakah yang boleh membuatkan sesuatu yang mustahil itu menjadi nyata? tentulah hanya dengan bertawakal dan yakin dengan kekuasaan Allah setelah kita puas berusaha.. seperti firman Allah dalam surah Ghaafir (al-Mu'min) ayat 60 yang berbunyi seperti di bawah
:

"... Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu"

Bantuan dari Allah datang dari pelbagai cara, mungkin kita tak sedar pun bila bantuan itu datang, so yakinlah dengan Allah.. sesungguhnya cuma Allah yang mengetahui kenapa ujian ini diturunkan.. bukanlah untuk membebankan hambaNya, tapi untuk menguji kita. Jatuh bangun seseorang dalam kehidupan adalah perkara biasa, segalanya sekadar untuk mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih matang di masa hadapan.. jangan dipertikai kepada keadaan jadi begitu, sebaliknya teruskan usaha, pandang ke depan dan teruskan yakin kepada Allah.. insyaAllah semuanya akan kembali ke seperti yang kita mahu..

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari,
Kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis di mana matahari?
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita dengan PELANGI YANG INDAH

Alihkan pandangan matamu ke arah laut,
airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan,
Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya

Jika rasa kecewa,
alihkan pandanganMu kearah sungai
airnya tetap mengalir walau berjuta batu menghalangnya

Jika rasa sedih
pandanglah ke arah langit
ingatlah bahawa ALLAH SENTIASA BERSAMAMU


Doa ketika ditimpa bala:

Riwayat Abu Daud dan Ibn Hibban:

Daripada Abu Bakrah r.a., Nabi saw bersabda: "Ya Allah! Aku mengharapkan rahmat Engkau, janganlah Engkau membiar aku menentukan diriku sendiri walau sekelip mata. Perelokkanlah keadaanku seluruhnya, Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau"



- Hasbunallah wa ni ' mal wakil.. "cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung"..


*Syukran k.wani*


"Ya Allah, aku bersyukur pada-MU kerana di sebalik ujian yang KAU timpakan, KAU masih memberiku keluarga dan sahabat yang sentiasa mengingatkanku tentang KEAGUNGAN dan KEKUASAAN-MU"


p/s: mah"MOOD" dah ade..ape lagi..jom stdy!!!


jadual exam:


27/6 written pathology

28/6 oral pathology

4/7 written microbiology

5/7 oral microbiology

11/7 written pharmacology

12/7 oral pharmacology

18/7 written parasitology

19/7 oral parasitology


~doakan kami yersenyum ~





Sunday, June 20, 2010

...erti syukur...

Bismillah walhamdulillah..

"Ya Allah, kenapa macam ni? kenapa tidak begitu?"
"kenapa aku tidak dapat fokus hari ni?"

persoalan kenapa dan kenapa yang sering kali terlintas di benak fikiran..
kita sering bertanya Allah kenapa Allah sering menguji kita..tapi selalukah kita bersyukur atas setiap ujian dan rahmat Allah pada kita??

berapa banyak waktu yang kita habiskan untuk memikirkan persoalan kenapa dan mengapa ini dan berapa banyak pula waktu yang kita habiskan untuk bertahmid memuji Allah??

Ujian itu rahmat Allah buat hamba-NYA..ujian itu Tarbiyyah..tanda KASIH dari-NYA..
seorang bapa tidak akan tegar untuk memukul anaknya kalau bukan untuk mendidik..
seorang ibu tidak akan rela untuk berleter jika bukan kerana sayang..
nah, ini pula PENCIPTA dan yang dicipta-NYA..
DIA yang Menciptakan, tentu saja DIA mengetahui apa yang terbaik untuk apa yang dicipta..

teringat kata-kata seorang sahabat; "jika kita sering melihat orang yang berada di atas, yang mempunyai nasib yang lebih baik dari kita, kita akan rasa kita tidak bertuah..namun jika kita melihat mereka yang berada di bawah dan mempunyai nasib yang barangkali lebih malang dari kita, nescaya kita akan lebih mensyukuri setiap yang kita miliki"

Allah masih memberi kita tangan untuk kita makan, menulis dan melakukan kerja-kerja..
Allah masih mengurniakan penglihatan untuk kita memerhati dan memahami setiap kejadian..
Allah masih mengurniakan kita kaki untuk berjalan, mengembara mencari ilmu di bumi-NYA..
Allah masih memberi kita kesempatan untuk bernafas dan memakmurkan dunia..
paling penting, Allah masih menganugerahkan kita nikmat Iman dan Islam..
jika Allah menarik nikmat-nikmat tersebut, bagaimana agaknya yer?



Orang yang dilahirkan kurang sempurna, tetap merasa syukur kerana setidak-tidaknya mereka mengetahui nikmatnya hidup sempurna..
mereka berusaha untuk survive dalam hidup walaupun dalam keadaan yang kurang sempurna..
bagaimana dengan kita yang dilahirkan cukup sifat??
masih ingin meragui nikmat yang diberi??
fikir-fikirkan
senyum

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
-Ar-Rahmann-



..Tiada yang sempurna melainkan ALLAH, Pencipta dan Pemilik alam ini..
..yang Berkuasa memberi dan menarik kembali segala nikmat yang diberikan..
..sedang kita tidak berhak sedikitpun atas segalanya..
..kerana ia hanyalah pinjaman sementara..
~bersyukurlah wahai diri yang hina~

Tuesday, June 15, 2010

.....

Bismillah walhamdulillah..

ntah mengapa rajin pula tangan hari ni nak menaip..hajat di hati nak 'puasa' dari blogging buat seketika..tapi bila terbaca post di blog wa, terasa nak tulis sesuatu
sengihnampakgigihmm..macam mana nak mula yer fikir

rindu sebenarnya pada mereka2 yang datang satu 'kapal' dulu (haih..duk 1 mesir pun dah rindu, tak tahulah bila masing2 dah kembali ke Malaysia nanti
nangih)..masa tu tahun 2007..selamat mendarat di Cairo pada 22 september 2007..masih teringat lagi tarikh keramat yang meletakkan kami di bumi asing, yang memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit..jauh dari keluarga, merentas sempadan benua..tak sangka sudah hampir 3 tahun kita di sini (walaupun dah pernah pulang ke tanah air tahun lepas ihikhik)

Ingat lagi tak, kita sama-sama berkumpul di Alex masa cuti winter dulu? Seronokkan??? Main basikal, masak, makan, tidur, paling penting borak sama-sama (kalau dah namanya perempuan, bab ni mesti bila berjumpa..bukan jumpa selalu pun,msti la banyak cerita kan
banyakckp)

Tapi, bila dah masing-masing sibuk sekarang, tanggungjawab pun makin banyak
peace , nak jumpa pun susah kansedih?? Tapi ukhuwwah itu tidak semestinya sentiasa bertemu..andai di hati dan doa terselit wajah-wajah sahabat, itu adalah yang terbaik..klau selalu jumpa pun, tpi tidak letak di hati pun xguna jugak kan???

Ketahuilah sahabat,
diri ini sentiasa mengingatimu,
apabila terasa rindu,
kenangan itulah yang sentiasa bermain di mindaku,
seronoknya hari itu biarlah berkekalan walau jauh di mata,
harapanku agar ukhuwwah yang kita bina ini,
berlandaskan hanya pada-NYA,
kerana hanya DIA yang bisa menyatukan hati2 kita,
andai kepada-NYA diletakkan segala pergantungan,
pastilah DIA akan sentiasa memelihara hamba-NYA.

xpandai nak bermadah pujangga macam orang lain
encem
owh..sebelum terlupa, selamat pengantin baru buat k.kma..
semoga bahtera yang belayar bakal menuju 'destinasi yang diidamkan'
ros
akhirnya ada juga yang start kawin dalam kalangan kamikenyit

p/s: salam imtihan buat semua..bittaufiq wannajah fil imtihan dunia wal akhirat..insyaAllah
sama-sama hayati lagu ni~


Wednesday, June 9, 2010

...ilmu...

Bismillah wal hamdulillah..

Ilmu

Devotees

Ilmu bermanfaat benteng buat diri
Menjadi jurang yang berbeza
Antara bijaksana dan kejahilan
Antara mulia dan kehinaan

Kau ibarat permata
Yang berharga bermakna
Kau kepunyaan semua
Hadirmu adalah cahaya kepada manusia
Anugerah sang pencipta

Tanpa ilmu apa ada pada rupa
Tanpa ilmu apalah ertinya harta
Ilmu mentadbir diri sempurna
Masyarakat berilmu negara sentosa

Nasihat pada yang terlupa
Membantu menjadi insan berguna
Melenyapkan kemunduran juga

Menyapa pada kejayaan
Menjana pembangunan
Warnai kehidupan
Kebahagiaan..


dua tiga menjak ni asyik dengar lagu ni jer..
ya, Islam amat menuntut ummatnya menimba ilmu sebanyak yang mungkin..
sebab itulah pada permulaan Rasulullah S.A.W diangkat menjadi Rasul, Baginda di ajar perkataan "Iqra"..

ilmu Allah itu sangat luas..
bukan hanya apa yang dipelajari dalam kuliah sahaja..
bahkan lebih daripada itu..
belajarlah untuk mencari ilmu kerana kita tidak akan rugi sedikitpun..

dalam hadis 40 oleh Al-Imam An-Nawawi, hadis yang ke-36 (boleh rujuk kitab hadis 40 untuk matan penuh)


"Barangsiapa yang menuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga."


marilah sama-sama kita meningkatkan tahap ilmu kita bukan hanya untuk lulus exam semata kerana ilmu itu bukan hanya di dewan kuliah, malah bertebaran di merata dunia~

p/s : harapnya lepas exam ni pun, masih boleh berkepit dengan buku:p
kalau nak download lagu ni di sini