Sunday, October 25, 2009

Indahnya Nikmat itu::.

Islam adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Ia merupakan satu-satunya agama yang diiktiraf di sisi Allah S.W.T selaras dengan firmannya dalam surah Ali-Imran ayat yang ke-19:
Maksudnya : "Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam."

Begitulah ketinggian Islam. Islam bukan sahaja merupakan agama anutan sepertimana agama-agama lain di seluruh dunia, bahkan Islam merupakan cara hidup. Jika dikatakan Islam adalah cara hidup, maka seluruh perkara yang berkaitan dengan hidup termasuklah pendidikan, ekonomi, politik hatta tidur dan makan juga perlu berlandaskan Islam. Sebagaimana Rasulullah S.A.W telah mengajarkan kepada kita adab-adab dan doa-doa harian dalam melakukan sebarang aktiviti.

Nilai dan akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat A.S telah membuktikan ketinggian Islam di mata dunia. Hal ini menarik minat ramai dalam kalangan manusia untuk mendalami Islam secara mendalam dan bukan semata-mata menjadi agama warisan seperti yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Orang bukan Islam yang mendalami Islam disebabkan Islam itu sendiri dan bukan disebabkan cinta atau sebagainya akan lebih menghayati dan mengamalkan Islam lebih daripada orang Islam yang mewarisi Islam daripada keturunan.

Alangkah indahnya andai kita masih diberi taufiq dan hidayah daripada Allah untuk betul-betul menghayati nilai Islam yang ada dalam diri kita ini. Selama ini kita merasa marah dengan golongan kuffar yang memerangi umat Islam tanpa kita sedar ianya berpunca dari sikap kita sendiri yang terlalu mengagung-agungkan kebudayaan mereka. Kita membenci tapi dalam masa yang sama kita seolah-olah menyanjungi mereka sama ada dalam keadaan kita sedar ataupun tidak.

Ayuhlah pemuda-pemudi, pembela agama..Bangkitlah untuk kita sama-sama menjadikan Islam sebagai cara hidup kita supaya kegemilangan yang pernah kita kecapi satu ketika dahulu sebelum kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniah akan berulang kembali.

Umat Islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam
jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah Maha Kuasa
kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa BOLEH!!!

No comments: