Friday, July 9, 2010

.:mutiara:.

Bismillah walhamdulillah...

hari ni tiba-tiba plak rajin nak baca buku 400 kata-kata hikmah Saidina Ali bin Abi Talib K.W.H (tapi belum baca semua pun lagi
sengihnampakgigi)..tengah2 exam ni la rajin nak capai buku selain buku kuliah..jadi saya nak kongsi 3 mutiara untuk kali ni..kalau rajin saya kongsi lagi lain kali kenyit

1. Orang yang paling jauh bermusafir ialah mereka yang sedang mencari seorang sahabat yang disukainya.

~kalau ikut ape yang dinukilkan kat dalam buku tu sebab sahabat sedemikian amat susah untuk ditemui..hmm..ye la..walau baik macam mana pun kita dengan sahabat, pasti akan ada jugak yang tak kena serba sedikit sebab manusia tiada yang sempurna..tapi kita perlu sentiasa membaiki diri ke arah kebaikan dari saat ke saat, minit ke minit..that's why we must to complete each other..dan paling penting saling memahami, berlapang dada dan bersangka baik antara satu sama lain..sebagai seorang sahabat, kita perlulah sentiasa cuba untuk menjadi sahabat yang terbaik dalam erti kata yang sebenar.."xperlu dapatkan apa yang kita suka, tapi sukailah apa yang kita dapat"
ros

Rasulullah s.a.w bersabda:

الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ، يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا

“Seorang Mukmin terhadap mukmin yang lainnya seperti bangunan, saling memperkokoh sebagiannya dengan sebagian lainnya”. (Muttafaq alaih).

2. Keyakinan berada di atas keimanan dan kesabaran berada di atas keyakinan. Barangsiapa yang melampau pengharapannya kepada Allah S.W.T, maka angan-angan akan menguasai hatinya, seterusnya menjadi hamba kepada hatinya.

~ Dalam kehidupan seharian, kita perlu sentiasa tawakal dan yakin bahawa Allah akan sentiasa bersama hamba-NYA yang beriman, sabar dan redha dengan ketentuan hidup..justeru, sebagai hamba, kita perlu sentiasa berdoa dan berdoa supaya Allah sentiasa memelihara dan memberikan kita kejayaan di dunia dan akhirat dan segala macam doa yang kita mahu..doa perlulah dengan bersungguh ibarat kita ingin meminjam sesuatu daripada orang lain..mesti bersungguh kan?? tapi adab dalam berdoa, jangan la kita terlampau sehingga kita mahu Allah berikan apa yang kita nak dalam sekelip mata sehingga kita terus berangan dan malas untuk berusaha..ya, kita perlu yakin dengan pertolongan Allah tapi kita juga perlu berusaha, sebab ianya xkan datang bergolek..doa hanya sebagai wasilah...

3. Manusia memudharatkan diri sendiri melalui 3 perkara:

  1. berlebih-lebihan dalam makan kerana percayakan kesihatan dirinya
  2. bekerja keras memikul bebanan yang tidak mampu dipikul kerana percaya kepada kekuatan dirinya
  3. amat kurang bekerja kerana hanya berserah kepada ketentuan Allah
~ jangan berlebihan dalam makan, sebab makan hanya perlu untuk meneruskan hidup dan memberi tenaga agar dapat melakukan ibadah kepada Allah dan bekerja..tapi kesihatan diri bukan bergantung 100 % pada pemakanan, tapi pada Allah yang memberikan nikmat sakit dan sihat pada kita.."makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan" peace

~bersederhana dalam semua perkara dan pekerjaan..buatlah sekadar yang termampu takut amanah yang bertimbun, tak mampu pula untuk dikendong..

~berserah pada Allah itu perlu tapi usaha juga perlu setimpal..bagaimana mahu cemerlang dalam hidup kalau hanya menunggu pertolongan Allah tanpa melakukan sesuatu..xbekerja, xproaktif la..minda kita juga perlu di latih untuk berfikir..badan pula perlu di arah untuk bekerja..

ok..itu saja dulu..

owh..saya juga perlu belajar sekarang, kalau tidak, saya juga akan memudharatkan diri dengan berharap kejayaan akan datang bergolek..
babai

semoga mendapat manfaat..wallahu'alam

No comments: