Entah mengapa semalam dan hari ni mood untuk study merudum..
jealous kot bila melihat kebanyakan U dah pun habis dan hampir nak habis exam..psycho btul
xpe2..kita kena semangat..be STRONG enough!!!
U a.shams baru je nak mula exam..bermula dengan tahun 1 esok, 24hb..(all da best ya adik2 ASU)
ku cuba untuk senyum dalam kepahitan (tak mahu ulang kesilapan dulu lagi)
Ujian itu TARBIYAH bukan??
lantas saya menelefon ma dan ayah memohon doa daripada mereka supaya anak mereka ini kuat..
Alhamdulillah, line baik..dapat telefon dengan jelas walaupun di akhir percakapan, line tiba2 buat hal..tapi xpe sebab dah habis cakap
dapat pula mesej daripada amin "Gud lak exam kamu dik"
rasa semangat itu menjengah kembali..
Terima kasih ma,ayah, amin~
membelek kembali emel daripada saidah..tersentuh pada ayat last:
Moga dirimu sentiasa teguh berdiri walau dihempas gelombang dan badai , walau hatimu terhiris, sakit dan pedih... belajar agak susah kan?? Saya yang belajar sket2 ni pun dah sakit kepala, apatah lagi kamu... apapun, usaha lagi, lagi dan lagi....!! ganbatte na~ fighting~ u are stronger!!!..sometimes life will be like a bed of roses and sometimes it’ll be like a bunch of thorns...as we passed the path, we’ll see it is all hikmah. HE wants us to learn something.
Take care ~ hope ur life will be full with colours *\(^^)/*.thanx..(belum reply lagi emel ni..sabar yer)
terus, k.wani pula tegur then minta buka fb sebab dia ada tagged notes..
kat sini saya siarkan notes daripada k.wani (dah minta izin dia dah)
notes ni saya hadiahkan khas buat semua yang menghadapi ujian dalam hidup..(ade ke yang xder ujian??hmmm)
semoga memberi sedikit motivasi dan keyakinan buat semua..
selamat menghayati
Surah al-Baqarah ayat 286:
"Allah tidak akan membebani seseorang itu diluar kemampuannya"
Surah at-Talaq ayat 2-3:
"Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan memberikan jalan keluar baginya. Dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yg bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yg dikehendaki)NYA. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"
saya teringat akan kata-kata seorang ustaz ni:
"Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita."
Hadis riwayat al-Bukhari:
"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"
Saya teringat pasal kisah perang khandaq (perang parit) di mana ketika itu tentera al-Ahzab cume berjumlah kira-kira 10 000 orang, sedangkan kaum muslimin yang menyertai peperangan Khandaq itu hanyalah sekitar 3000 orang sahaja, tapi kerana keyakinan kaum muslimin yang tinggi kepada Allah , mereka teruskan juga berperang dengan semangat yang jitu, di mana akhirnya kemenangan jatuh kepada pihak muslimin..
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas semua ciptaannya, kisah perang ni, alhamdulillah telah menguatkan semangat saya, bahawa seandainya kita percaya dan yakin dan berserah kepada Allah setelah berusaha, insyaAllah, doa itu akan dimakbulkan kerana Allah sentiasa bersama orang-orang mukmin.. segala yang mustahil itu dengan begitu mudah dijadikan possible dengan izin dariNya yang Maha Berkuasa ke atas semua makhlukNya..
Begitulah juga kita student medik.. kalau nak difikirkan ilmu yang patut kita belajar dan tahu boleh dibandingkan lebih kurang banyaknya seperti tentera al-Ahzab, sedangkan kemampuan kita cuma sekadar tentera kaum muslimin.. jika difikir dengan akal, seolah-olah mustahil perkara itu untuk dilakukan.. tapi sebenarnye apakah yang boleh membuatkan sesuatu yang mustahil itu menjadi nyata? tentulah hanya dengan bertawakal dan yakin dengan kekuasaan Allah setelah kita puas berusaha.. seperti firman Allah dalam surah Ghaafir (al-Mu'min) ayat 60 yang berbunyi seperti di bawah:
"... Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu"
Bantuan dari Allah datang dari pelbagai cara, mungkin kita tak sedar pun bila bantuan itu datang, so yakinlah dengan Allah.. sesungguhnya cuma Allah yang mengetahui kenapa ujian ini diturunkan.. bukanlah untuk membebankan hambaNya, tapi untuk menguji kita. Jatuh bangun seseorang dalam kehidupan adalah perkara biasa, segalanya sekadar untuk mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih matang di masa hadapan.. jangan dipertikai kepada keadaan jadi begitu, sebaliknya teruskan usaha, pandang ke depan dan teruskan yakin kepada Allah.. insyaAllah semuanya akan kembali ke seperti yang kita mahu..
Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari,
Kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis di mana matahari?
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita dengan PELANGI YANG INDAH
Alihkan pandangan matamu ke arah laut,
airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan,
Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya
Jika rasa kecewa,
alihkan pandanganMu kearah sungai
airnya tetap mengalir walau berjuta batu menghalangnya
Jika rasa sedih
pandanglah ke arah langit
ingatlah bahawa ALLAH SENTIASA BERSAMAMU
Doa ketika ditimpa bala:
Riwayat Abu Daud dan Ibn Hibban:
Daripada Abu Bakrah r.a., Nabi saw bersabda: "Ya Allah! Aku mengharapkan rahmat Engkau, janganlah Engkau membiar aku menentukan diriku sendiri walau sekelip mata. Perelokkanlah keadaanku seluruhnya, Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau"
- Hasbunallah wa ni ' mal wakil.. "cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung"..
*Syukran k.wani*
"Ya Allah, aku bersyukur pada-MU kerana di sebalik ujian yang KAU timpakan, KAU masih memberiku keluarga dan sahabat yang sentiasa mengingatkanku tentang KEAGUNGAN dan KEKUASAAN-MU"
p/s: mah"MOOD" dah ade..ape lagi..jom stdy!!!
jadual exam:
27/6 written pathology
28/6 oral pathology
4/7 written microbiology
5/7 oral microbiology
11/7 written pharmacology
12/7 oral pharmacology
18/7 written parasitology
19/7 oral parasitology
9 comments:
doakan keberjayaan bersama :)
mahMOOD!! lai lai lai hehe
cik yuyu~ ameen ya RABB ^_^
mahMOOD dah dtg tu..cepat pegang sblm dia lari..heee~
afwan azliani.. :D
bittawfiq wannajah..saya pun suka ayat saya itu^^
k.wani~ :p
saie~ syukran saidah :)
mesti la awk suka sbb tu awk tulis ayat tu..ye x??hehe
semoga kejayaan milik awk:)
anonymous~ syukran atas doa..
semoga kejayaan dunia akhirat juga milik awak n kita semua:)
gud luck az:)
Innallaha ma'ana..
doa & usha pncing b'tali sakti, diikat kejap t'simpul mati, doa tnpa usha itu bhong,usha tnpa doa itu smbong..
mg kita najah d SANA..:)
fatin~ syukran fatin :)
fatin dah pandai bermadah loni..hehe
i.Allah..ameen ya RABB
Post a Comment