Thursday, June 18, 2009

Kasih kita

Hampir 3 tahun berpisah, masing-masing mengikut haluan sendiri, mengejar cita-cita. Namun kenangan antara kita tetap segar bermain di minda apatah lagi bila mendapat tahu kita akan kembali berkumpul untuk 'reunion'. Teringat detik-detik bersama. Saat mencantikkan kelas, undian design baju 5sc1 dan aktiviti kita bersama. Pelbagai ragam, yang senyap, yang bising, yang rajin, yang selalu tiada dalam kelas, yang tidur dan sebagainya tetapi ragam itulah yang menambahkan seri kelas kita. Paling tidak dapat dilupakan saat Majlis Restu Ilmu sempena SPM kat PCB dan reunion last kita di Oriental Restaurant (kecoh mengalahkan pengunjung lain). Masih terngiang-ngiang persembahan lagu "Lilin Seorang Guru" terutama bila mendengar lagu itu. Alangkah indahnya andai saat itu dapat kita ulangi semula. Namun waktu yang berlalu tak mungkin untuk kita ulang kembali. Saat itu hanya mampu berada dalam lipatan memori terindah untuk kenangan yang abadi.

Terima kasih kepada yang merancang reunion ini memandangkan raidah dan naibah kita, kedua-duanya berada di Jordan. Semoga perancangan ini dipermudahkan Allah. Insya Allah ikatan ukhuwwah berlandaskan iman kepada Allah akan terus mekar, semekar bunga mawar di taman yang indah.

Lagu Cebisan Kenangan dendangan Amar ini saya tujukan khas buat sahabat 5sc1. Semoga ukhuwwah antara kita terus berkekalan hingga akhirnya.

Ukhuwwah yang terbina persis sekuntum bunga
Meskipun kini, kita terpisah demi kasihNYA
Namun cebisan kenangan kita
Sentiasa bermain di bayangan mata
Detik waktu yang berlalu
Menjadi memori kau dan aku

Sewaktu kita bersama
Saling setia menimba ilmu
Tanpa mengenal erti penat jemu
Ingatkah kau lagi
Kita bersama memijak onak duri
Di tanah gersang mengutip semangat suci
Kini segalanya tersurat dalam sanubari

Bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
Ada rahmat yg tersembunyi
Bertemu berpisah kerana Allah
Lumrah kehidupan insan beriman
Moga saat nan indah ku harap berulang lagi

Tuesday, June 16, 2009

Al-Khawarizmi ilmuan matematik Islam

:: Al-Khawarizmi (800-847) ::

... Tokoh terbesar pada masa keemasan Baghdad. Salah seorang penulis Muslim yang menggabungkan ilmu matematik klasik barat dan timur, mengklasifikasikan dan akhirnya membangkitkan kesedaran daratan Eropah ...

Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi hidup pada zaman khalifah al-Ma/mun (813-833) iaitu ketika zaman khalifah Abasyiah, di kawasan Khwarizmi, sebuah daerah di timur laut Kaspia.

Al-Khawarizmi adalah seorang ilmuan genius pada masa keemasan Baghdad yang sangat besar sumbangannya terhadap ilmu algebra dan aritmetika. Karyanya, kitab Aljabr Wal Muqabalah merupakan pertama kalinya dalam sejarah di mana istilah algebra muncul dalam konteks disiplin ilmu. Karangan itu sangat popular di negara-negara barat dan diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Latin dan Italia. Bahasan yang banyak dinukil oleh ilmuwan barat dari karangan Al-Khawarizmi adalah tentang persamaan kuadrat.

Dalam bidang aritmetika, Al-Khawarizmi menulis kitab Al-Jam wal Tafriq bi Hisab al-Hid (Book of Addition Substraction by the Methode Calculation). Edisi asli berbahasa Arab telah hilang, tetapi versi lainnya ditemukan pada tahun 1857 di perpustakaan Universiti Cambridge. Karya Al-Khawarizmi itu dikenal sebagai buku pelajaran pertama yang ditulis dengan menggunakan sistem bilangan desimal. Meskipun masih bersifat dasar, ini merupakan titik awal penyeimbangan ilmu matematik dan sains. Di Eropah, karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin sebagai Alchwarizmi, Alkarismi, Algorithmi, Algorismi. Para pelajar Eropah mengaitkan Al-Khawarizmi dan New Arithmetic yang pada akhirnya menjadi basis notasi angka, di mana notasi penulisan angka Arab dikenal dengan Algorism atau Algoritma.

Setelah Al-Khawarizmi meninggal, keberadaan karyanya beralih kepada komuniti Islam termasuk menjabarakan bilangan dalam sebuah methode perhitungan. Dan tentunya, tidak dapat kita lupakan karyanya seperti huruf-huruf algebra, algoritma, penulisan notasi angka nol, nilai akar bilangan, dan dalam bidang lainnya.

Monday, June 8, 2009

10 wasiat sebagai bekalan

Antara pesanan terakhir Asy-Syahid Al-Imam Hassan Al-Banna sebelum beliau dipanggil Illahi dengan kematian yang paling mulia ; " Bacalah.. Renunglah.. Kemudian teruslah Beramal.."

1. Apabila saudara mendengar azan, bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah A-Quran, tatapilah buku atau pergilah mendengar perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikitpun untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah seberapa daya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa jua perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong itu tidak memberi apa-apa kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram.

6. Janganlah bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam perjuangan.

7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh para pendengar, kerana yang demikian itu adalah suatu tabiat yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi-peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan dengan apa-apa yang boleh memberikan kebajikan.

9. Berkenal-kenallah dengan setiap saudara muslimin yang saudara temui sekalipun ia tidak meminta untuk berkenalan kerana asas seruan Islam ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan-kewajipan kita adalah lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, bantulah saudaramu seperti saudara melakukan tugas sendiri, maka ringankanlah perlaksanaannya.

sanah helwah ya ukhti...




menu utama : nasi kerabu
soya buatan ucu
kek buatan ateh n 'mok'