Monday, May 23, 2011

be a good doctor..

بسم الله الرحمن الرحيم

daripada Abu Hamzah Anas bin Malik r.a pembantu Rasulullah s.a.w katanya: berkata Rasulullah s.a.w: "Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasih untuk dirinya sendiri."
(diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa persaudaraan dalam Islam adalah berkait rapat dengan aqidah. persaudaraan kita bukan atas dasar kebendaan tapi atas dasar aqidah.

suka untuk saya nukilkan nasihat daripada doktor saya, Prof Ahmad Elsegeiny pada kelas petang tadi, beliau mengingatkan kami tentang hadis ini dan 'relation'nya dengan kehidupan kami sebagai doktor kelak. he said that we must thankful Allah for make us as a Muslim and Doctor.

why? because as a doctor, we have to be polite to our patient, be merciful to them, always care about their health and most important to respect them. when we look at our patients, we've to thankful because we don't be a patient. so, we must concentrate well to treat them as we want them to get well soon.

he also said that we have to treat them as we like to be treated by the others. if they're older than us, treat them as our mother and father. if they're same age with us, treat them as our brother and sister, and if they're younger, treat them as our son and daughter.

dan di akhir2 kelas beliau turut mengingatkan kami supaya sentiasa berkata baik dan senyum menghadapi patients walau dalam keadaan apa pun sebab senyum itu sedekah dan berkata baik itu sedekah.
~sangat suka bila beliau mengajar sebab selalu relate dengan agama Islam.

umumnya, semua orang perlu berkata baik dan menghadiahkan senyuman antara satu sama lain kerana dengan kata2 yang baik dan senyuman yang manis akan menyebabkan hati yang gundah menjadi tenang lebih2 lagi la jika anda adalah seorang doctor atau bakal doctor sebab senyuman anda boleh menjadi ubat kepada pesakit. yer, saya faham tugas seorang doctor sangat sibuk dan sentiasa stress tapi perlu juga diingatkan bahawa seorang doctor itu merawat seorang manusia yang bernyawa yang punya hati dan perasaan, bukannya sebuah robot.. mudah-mudahan mereka juga turut mendoakan kita hanya dengan senyuman dan kata2 yang baik kita berikan kepada mereka walau dalam keadaan kita letih dan penat ^.^

الكلمة الطيبة صدقة

Wednesday, May 11, 2011

intifada..

بسم الله الرحمن الرحيم




15 mei 1948 menyaksikan satu penghinaan bagi Ummat Islam Palestin apabila Amerika Syarikat dan sekutunya British memberi kelulusan kepada penubuhan negara haram Israel..
tragedi nakbah palestin menyaksikan 800 000 rakyat Palestin diusir dan menjadi pelarian..
sehingga kini dianggar lebih daripada 5 juta rakyat palestin yang menjadi pelarian dan tidak di beri pembelaan..

semasa cultural day yang dibuat di University saya pada beberapa minggu yang lalu, kami sempat melawat booth palestin..mereka sangat mengharapkan Ummat Islam seluruh dunia bersatu dan bersama2 mereka dalam menentang Israel dan sekutunya demi untuk mempertahankan Palestin..saya masih ingat kata2 salah seorang dari mereka:
" it is not about Fatah or Hamas, it is because of Palestin..doctors here, one day will become leaders in Palestin."
Allahuakbar!!!

justeru sahabat2 seluruh ummat Islam, sama2 kita lakukan apa sahaja yang termampu utk sahabat2 kita di Palestin yang masih berjuang untuk membebaskan negara mereka daripada Israel dan sekutu2nya laknatullah..
mereka adalah saudara-mara kita, ahli keluarga kita kerana Ummat Islam itu bersaudara..cubit paha kanan, paha kiri terasa..

tiada lagi waktu utk kita terus hanyut dengan hiburan yang disogok oleh barat..
tiada lagi waktu untuk kita bersenang2 dengan kemewahan dunia yang sementara..
sekarang masanya untuk berubah ke arah menjadi insan yang lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap agama..
masa untuk memilih kepimpinan Islam rather than kepimpinan sekular..

anda, kamu, dia, mereka, kita dan saya diberi akal untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk..
gunakanlah nikmat kurniaan Allah yang tak ternilai ini dengan sebaiknya..
peringatan buat diri ini yang sering lalai dan leka kerana kita hamba yang hina..

wallahu3lam...

Tuesday, May 10, 2011

jangan pilih menantu tak solat..

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah diberi sedikit waktu untuk berkongsi. agak lama jugak blog ni tak dijenguk. kekangan masa satu faktor tapi faktor lain pun ada jugak seperti kebekuan jari untuk menaip dan kemalasan diri (ini memang penyakit yang sangat bahaya..tapi taip benda lain rajin la plak :p)..susah jugak rupanya menjadi seorang penulis. sekalung tahniah buat penulis2 di luar yang masih istiqamah dengan dunia penulisan (saya fail kot bab2 nie @_#)

ok..sedang asyik membelek 'mukabuku', terjumpa video ceramah dari Ustaz Azhar Idrus. tajuknya : "Jangan pilih menantu yang tak solat"..asyik gelak je tiap kali dengar ceramah ust Azhar nie even dengar melalui video (tak pernah ikuti secara live)..tapi jangan over sangat gelak, nanti hati sakit@mati terus @_#


soalan saya petik dari ceramah tadi: jika anda adalah seorang ibu@ayah yang nak carikan menantu untuk anak perempuan anda..

situasi 1: seorang yang alim, bagus, selalu solat di masjid, datang untuk pinang anak anda. tapi dia adalah seorang yang kurang berharta..hanya ada motor buruk

situasi 2: seorang yang berpangkat, ada harta, kereta besar tapi kurang dari segi amalan agama especially solat

yang mana 1 pilihan anda?? (secara jujurnya ^.^)

wallahu3lam..saya pun xberani nak comment lebih sebab kadang2 untuk berhadapan dengan realiti sangatlah pahit..apapun doa saya moga Allah memberi kita pilihan yang terbaik dalam apa jua keputusan yang dibuat demi Islam tercinta ^.^

apa yang boleh saya simpul:
1. solat merupakan tiang agama. meninggalkan solat dengan sengaja, maka runtuhlah agama. bila agama runtuh, dengan apa lagi kita ingin berpaut??

2. menurut Imam Ghazali, berdosa besar jika ibu bapa memilih calon menantu yang tak solat kerana orang yang tak solat, dia tidak tunduk kepada Allah. antar sebab perkahwinan berlaku adalah untuk mendapat redha Allah. tapi jika solat pun dah tak laksanakan, di mana redha Allah dalam rumahtangga??
hadis Rasulullah S.A.W:

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَكِيمٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ النِّسَاءُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Artinya: Wanita dinikahi karena empat faktor. Karena hartanya, nasabnya, kecantikannya, dan karena agamanya. Maka, menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung.

3. Saidina Ali mengharamkan majikan mengambil pekerja yang meninggalkan solat. jadi, perlulah seorang majikan itu memastikan setiap pekerja menunaikan solat supaya perniagaan pun diredhai Allah dan insyaAllah rezeki makin berlipat ganda.

kalaulah benda2 nie semua diamalkan oleh setiap individu, masya Allah betapa hebatnya ummat Islam kerana bukan sedikit hikmah yang diperoleh melalui solat.
* ummat Islam menjadi lebih disiplin dalam tugas
* menepati masa
* tidak menghabiskan waktu dengan sia-sia
* amanah dengan tugas
* tidak menjadikan hiburan yang melalaikan sebagai pegangan kerana sudah memperoleh ketenangan jiwa yang hakiki melalui solat

banyak lagi hikmah yang terkandung dalam solat. sebab itu Allah meletakkan solat di tempat yang tertinggi sehingga perkara pertama yang ditanya di dalam kubur kelak ialah SOLAT..

ada hadis yang meriwayatkan:
"perkara pertama yang akan ditanya kepada seorang hamba di dalam kubur ialah solat"
او كما قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

jadi sahabat2, marilah sama2 kita melihat kembali di mana solat kita. sama2 perbaiki solat kita. sama2 menasihati adik2, kakak2 dan abang2 kita tentang pentingnya solat. semoga Allah mengurniakan kekhusyukan dalam solat buat kita.ameen~

saya tinggalkan anda dengan kata2 nie

"sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan"